Pengalaman Menyertai Blog Mega Shaklee ǀ Aini Salleh

Pengalaman Menyertai Projek Blog Mega Shaklee | Aini Salleh

Alhamdulillah Aini berjaya juga join projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang telah berlangsung selama dua minggu yang lalu. Dan Alhamdulillah rezeki Aini dapat first prize winner dari hundreds of participants. Alhamdulillah. Semuanya rezeki dari Allah. Dan yang paling penting ialah pengalaman yang paling berharga sepanjang menyertai projek Blog Mega Shaklee ini.

Alhamdulillah dapat first prize winner yang terawal submit entry dan compliance dengan syarat yang dinyatakan

Masa awal Master Norita announce berkaitan dengan projek blog, Aini terus join walaupun tak tahu apa yang akan dilakukan. Macam kelakar pun ada. Tapi yang Aini tau ianya berkaitan blog. Sebab Aini memang dah plan nak aktifkan semula blog Aini. Mungkin inilah caranya untuk bantu Aini hidupkan semula blog yang hidup segan, mati tak mahu. Syukur Alhamdulillah Allah datangkan projek ini tepat pada masanya.

Journey bermula: Cabaran

Bila dapat je tajuk untuk first artikel pada Rabu (8 Februari 2023) malam, Aini mula menulis pada keesokkan paginya. Kiranya malam tu ambil mood dulu la. Tetapi nak dijadikan cerita, Aini ambil masa yang sangat lama untuk siapkan satu artikel tu. Almost half day jugalah walaupun tajuknya adalah general dan tidak complicated.

Dan antara cabaran yang Aini nak kena hadap ialah dengan tak berapa familiar dengan features blog, tak tahu nak masukkan link contributor dan nak masukkan gambar, memang agak mencabar juga la. Dan dengan status Aini sebagai housewife sambil jaga baby di rumah dan as coach kurus FBM, terdapat keterbatasan waktu, dan Aini perlu berusaha lebih untuk menyiapkan satu artikel yang diberikan. Tapi inilah proses. Proses yang mengajar Aini untuk menjadikan ianya sumber kekuatan Aini untuk menjadi blogger yang berjaya insyaAllah

Sedar tak sedar, rupanya pada hari itu, Aini terlajak buat intermittent fasting (IF) sehingga 22 jam. Dan artikel IF inilah merupakan artikel yang pertama Aini tulis untuk projek ini. Actually Aini biasa buat IF paling lama adalah 20 jam, tetapi tak sangka hari khamis tu, tanpa sedar, Aini mampu buat IF selama 22 jam.

Alhamdulillah pengalaman baru buat IF paling lama dan pengalaman berblogging bersama team projek Blog Mega Shaklee.

Kenapa terkejar-kejar?

Sebenarnya Aini terkejar-kejar juga nak siapkan artikel ini sebab dalam task ini melibatkan sparring partner. Tugas sparring partner ialah perlu mendapatkan link artikel Aini dan masukkannya ke dalam entry mereka. Jadi kalau Aini siap lambat, automatically kerja sparring partner Aini pun akan terjejas. End up bukan seorang sahaja yang terjejas tetapi entry yang lain pun akan tergendala untuk di publish. Sedangkan semua ada harapan untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan. Jadi Aini taknak menjadi penghalang untuk mereka tidak mendapat hadiah hanya kerana Aini siapkan entry lambat. So I am struggling to finish it as early as I can.

Putus asa

Pada awalnya Aini memang excited sebab hadiah yang diberikan agak lumayan. Tetapi Aini hampir berputus asa juga lepas hantar artikel pertama sebab hadiah Vivix hanya akan diberikan kepada 25 peserta yang terawal yang submit link. Dan bila Aini kira, Aini adalah di antara 25 yang kedua terawal. Means instead of hadiah Vivix, Aini berpeluang mendapat hadiah Collagen.

Tetapi Aini cakap dalam hati,

“Takpe Aini, jangan putus asa sebab masih ada satu lagi entry untuk melayakkan Aini dapat Vivix. Dan Aini kena ingat, bila Allah kata ianya milik Aini, insyaAllah Aini akan dapat. Tiada siapa boleh halang.”

Inilah keyakinan yang Aini ada untuk terus buat yang terbaik. Aini yakin Aini boleh dapat hadiah Vivix dan Aini yakin Allah akan bantu Aini dapatkan Vivix tu.

Jadi selepas tajuk kedua dikeluarkan, Aini nekad untuk buat yang terbaik. Aini berjaga malam untuk siapkan artikel entry kedua yang bertajuk Set Kurus Shaklee. Kalau ikutkan hati nak je tidur dahulu dan buat keesokkan paginya. Tetapi memandangkan Aini ada baby yang masih kecil dan clingy, yang sentiasa ingin didukung dan bermain membuatkan Aini tak boleh nak tidur.

Dan dengan pengalaman semasa menulis artikel pertama membuatkan Aini perlu usaha lebih dan bersungguh-sunggguh untuk hantar lebih awal dan dapatkan result yang lebih baik. Pada masa yang sama, dalam hati, Aini masih lagi meletakkan kepercayaan kepada Allah 100% yang Aini boleh menang Vivix. So, I just need to do my best and make it happened. Tersengguk-sengguk jugalah beberapa kali semasa menulis artikel ????

Tetapi cabaran dalam artikel kedua ini ialah berkaitan produk. Jadi bila perlu bercerita berkaitan dengan produk, dengan hanya berbekalkan ilmu nutrisi Shaklee yang tidak seberapa ada dalam diri ni, membuatkan Aini perlu usaha lebih untuk baca journal dan research paper berkaitan produk. Bukan setakat untuk selesaikan tugasan, tetapi untuk diri Aini sendiri sebagai usaha menambah ilmu berkaitan produk. Dan mujurlah ada perkongsian dari Kak Salwa Zeyn yang memberikan gambaran awal berkaitan Vivix. Jadi Aini hanya menambah kefahaman dan info berkaitan aktif ingredient sahaja. Alhamdulillah.

Aini berjaya siapkan task 10 minit sebelum jam 6 pagi. Dan terus tunaikan solat sunat tahajjud sementara menunggu waktu subuh. Dan Aini berasa lega dapat siapkan tugasan awal seperti yang Aini nak. Alhamdulillah. Actually Aini masih belum tidur dari semalamnya. Tapi legalah juga sebab dapat submit awal. Dan lepas list name keluar, Aini adalah orang kelima terawal yang submit tugasan. Alhamdullillah.

Aini sejenis yang perfectiniost la juga, so instead of tidur siang hari tu, Aini sambung baca journal berkaitan resveratrol dan kesihatan untuk bantu add on dan kukuhkan lagi fakta berkaitan Vivix. Dah habis baca, ambil masa cantikkan blog pula. Disebabkan tak tahu dan tak familiar dengan blog, jadi terkial-kial juga la nak edit itu ini. Sampaikan Aini terdelete menus bar yang sedia ada dan terpaksa buat menus bar yang baru, edit sidebar dan sebagainya. Sabar ya Aini, ini semua proses nak didik diri jadi blogger yang berjaya, insyaAllah.

Kemenangan

Tibalah hari diumumkan pemenang, bila moderator beritahu yang nama contributor perlu berada di main page, dalam hati Aini dah terdetik dah mesti tak menang sebab Aini linkkan nama contributor di sidebar sebab Aini yakin arahan asal adalah di sidebar. Tetapi mungkin sebab Aini yang tersalah dengar jadi Aini dah pasrah. Dapat menang Collagen atau Nutriferon pun ok. Ni pun rezeki juga. Tetapi bila tiba-tiba nama dipanggil. Terkejut yang amat. Main capai je tudung yang ada berdekatan. Allah, malunya sebab tak bersedia.

Tapi Alhamdulillah Allah beri juga kemenangan buat Aini dalam projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini. Dan rezeki anak dapat menang Vivix. Kenangan dan pengalaman yang terindah

Ok gambar di atas adalah anugerah yang Aini terima sebagai pemenang yang paling compliance dengan semua syarat yang diberikan. Dan antara orang yang terawal submit task. Alhamdulillah.

Semoga dengan kemenangan ini menjadikan Aini lebih bersemangat nak aktif berblog dan konsisten, insyaAllah.

Target future projek

Aini harap dengan adanya future projek Blog Mega Shaklee 2.0 nanti akan membantu Aini lebih prepare dan berusaha untuk buat yang lebih baik dalam penulisan dan di samping dapatkan pengalaman baru. Dan Aini berharap semoga entry yang Aini tulis akan membantu lebih ramai diluar sana yang mendapat manfaat darinya. Disamping boleh menjadikan ianya sebagai guideline dan panduan untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik in future. InsyaAllah.

Kenapa nak join blog mega Shaklee 2.0?

Aini tak sabar nak join projek Blog Mega Shaklee 2.0 sebab Aini nak kekalkan aura dan semangat berblogging bersama sahabat yang lain. Buat beramai-ramai akan membantu untuk Aini kekalkan momentum berblogging dan disamping mendapatkan inspirasi dari yang lain. InyaAllah.

Nantikan entry Aini yang terbaru ya dan terima kasih sudi support Aini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *