Jangan Bercuti Dengan Percutian Percuma Shaklee, Pasti Menyesal | Aini Salleh

Bila cakap pasal bercuti, sepanjang Aini hidup yang dah nak cecah 40 tahun ini, Aini tak banyak ke mana melainkan melancong dalam negara sahaja. Then, selepas berkahwin, dapatlah melancong ke luar negara macam Thailand dan Bandung. Itulah tempat yang paling jauh yang ni Aini pernah pergi. Dari kecil, memang ada juga pasang angan-angan nak ke…

Bila cakap pasal bercuti, sepanjang Aini hidup yang dah nak cecah 40 tahun ini, Aini tak banyak ke mana melainkan melancong dalam negara sahaja.

Then, selepas berkahwin, dapatlah melancong ke luar negara macam Thailand dan Bandung. Itulah tempat yang paling jauh yang ni Aini pernah pergi.

Dari kecil, memang ada juga pasang angan-angan nak ke luar negara macam ke Jepun ke tengok bunga sakura, ke US, ke Dubai atau ke mana sahaja mengelilingi dunia melihat negara orang.

Tetapi untuk mendapat semua ini, perlukan perbelanjaan yang agak tinggi. Sebab itu, Aini perlu buat sesuatu untuk mendapatkan pengalaman ini.

Then pada suatu hari Aini dapat melihat peluang ini melalui bisnes Shaklee. Dan yang lebih besar lagi apabila dengan bisnes ini Aini boleh memberikan lebih lagi. Dari segi masa, kewangan dan percutian 5 bintang yang 100% ditanggung oleh Shaklee.

Dan inilah yang menjadi pemangkin semangat Aini untuk mulakan bisnes Shaklee dan Aini betul-betul berharap agar Aini boleh menggembirakan parent Aini yang banyak berkorban impian dan masa muda mereka hanya untuk membesarkan Aini dan adik-beradik yang lain.

Nak tau ke kenapa Aini menyesal dengan trip PERCUTIAN SHAKLEE ini? Ok meh Aini ceritakan. Boleh teruskan baca entry ini.

 

Best ke tawaran percutian Shaklee ini?

Uishhh kalau korang nak tahu, semua percutian Shaklee bukan cikai-cikai tau. Shaklee belanjakan sangat banyak untuk meraikan distributornya. Walaupun hanya berbisnes ala dropship je, tetapi still, keuntungan dan kelebihan yang diberikan tak terjangkau dek akal.

Sepanjang Aini berbisnes dengan Shaklee, percutian International dan Regional tak pernah tak best.

Regional trip – kalau ikutkan trip yang lepas-lepas, ada yang ke Bangkok, ada juga naik Star Cruise Libra ke Langkawi-Phuket-Penang. Pernah juga trip ke Phuket. Ke Jepun dan Korea pun ada.

International trip – ini boleh pilih sama ada nak pergi UMRAH atau ke negara lain seperti Switzerland dan Los Angeles USA. Dan ada juga menaiki Mediterranean Cruise Symphony of the Sea, iaitu cruise yang terbesar di dunia ke 3 negara Spain-Itali-France sambil melawat 7 bandar. 

Dan setiap tahun, negara percutian yang dipilih adalah berbeza-beza.

 

Apa keistimewaan percutian dengan Shaklee?

Semua ini adalah tajaan 100% yang akan ditanggung oleh Shaklee.

Tiket flight – tiket yang ditanggung sepenuhnya pergi dan balik. Jika bawa family bersama dan layak berada di business class, maka semua family akan berada dalam business class juga tanpa mengira umur.

Duit belanja – setiap seorang akan dapat duit belanja even pergi bersama-sama suami, anak-anak dan parent. Jika duit poket RM500 seorang, yang join trip 5 orang satu family, maka total akan mendapat RM2,500 untuk satu family.

Hotel – untuk penginapan, semua akan menginap di hotel bertaraf 5 bintang dengan lengkap pakej makan dari pagi sehingga malam.

Bagasi – ini pun disediakan. Malah lengkap dngan free supplement dan beberapa doorgift yang lain. Jika sesiapa yang memilih pakej umrah, akan mendapat telekung Siti Khadijah dan kain ihram serta kelengkapan umrah yang lain.

Tempat – semua tempat bercuti juga ditanggung oleh Shaklee, yang mana tiket, dan percutian bukan pergi ke tempt biasa-biasa. Semuanya tempat yang costly dan menarik. Macam ke Jepun, pergunungan yang memang tourist jarang dibawa ke sana kerana perjalanan ke sana agak mencabar dan kos yang tinggi. Tetapi Shaklee usahakan untuk bawa distributor mereka merasai pengalaman itu.

Makanan – Malah makanan yang disediakan adalah dimasak khas oleh chef menggunakan bahan yang halal dan semua sajian adalah halal dimakan tanpa was-was.

Keistimewaan lain – Segala kebajikan dijaga oleh Shaklee. Even waktu solat pun dijaga. Seperti hari jumaat, yang mana adanya waktu solat jumaat buat orang lelaki, jadi, Shaklee akan menyediakan bas untuk membawa mereka ke masjid berdekatan.

 

Bagaimana Shaklee menghargai distributor/dropship mereka?

Pada tahun 2020, bila Covid-19 menyerang, ramai yang terjejas dari segi kewangan. Malah banyak juga bisnes terjejas dan ada yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bertahan.

Tetapi apa yang Aini nampak, bisnes Shaklee semakin kuat bertapak dan sale tak pernah terjejas walaupun pandemik melanda.  Tetapi disebabkan pandemik, semua trip ke luar negara terpaksa diberhentikan seketika. Termasuklah trip Shaklee. Walaupun sebelum ini, tak pernah sekalipun trip dibatalkan.

Dan sejak dari itu, walaupun pandemik, ini tidak bermakna usaha dan jerit perih SID terbuang macam itu sahaja. Shaklee tetap menghargai semua SID di Malaysia dengan memberikan Cash-In-Lieu sebagai ganti tiadanya trip dari tahun 2020 sehingga 2022.

 

Berapa yang Shaklee berikan pada setiap distributor mereka? 

Korang mesti terkejut. Nak tau? Baca lagi entry ini sampai habis.

Sejak dari tahun 2020-2022, trip Shaklee digantikan dengan Cash-In-Lieu yang mana setiap tiket penerbangan yang sepatutnya diterima oleh semua yang layak ke trip international dan regional akan digantikan dengan cash.

Pada tahun 2021 sepatutnya trip:

  • Regional ke Korea
  • International ke Switzerland/umrah.

Dan kos setiap seorang memakan belanja

  • Regional RM3850 per pax
  • International RM12,150 per pax

Upline Aini, Master Fahana dapat 4 tiket (dia, suami, anak 2 orang) ke international trip

  • First tiket bernilai RM12,150
  • Tiket suami RM10,350
  • Tiket anak-anak 2 x RM10,350

Total cash yang Shaklee bagi RM43,200. Ini cash tau yang di kreditkan masuk dalam akaun Master Fahana one off. Bukan berperingkat.

Dan ada juga yang dapat tket flight bisnes class dan hotel suite, Shaklee bagi RM60,000 untuk total 4 tiket. Banyak kan.

 

Perbezaan dengan syarikat lain

Sebab itu Shaklee berbeza dengan company lain yang mana ada sesetengah company yang tidak membayarkan kos flight dan hotel kepada seller mereka. Semuanya seller kena tanggung sendiri.

Ada juga company yang hanya menawarkan tiket untuk suami dan isteri tetapi tidak pada anak-anak. Sekiranya ingin membawa anak, tiket flight dan hotel adalah tanggungan sendiri.

Malah ada juga sesetengah company yang tak bagi sebarang reward walaupun distributor mereka layak untuk menerima trip ketika Covid-19 melanda. Atas alasan kerana company juga menerima kerugian besar.

Tetapi tidak pada Shaklee. Dan inilah caranya Shaklee menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh distributor/dropship mereka.

 

Adakah Shaklee company dan bisnes terbaik untuk berbisnes?

Jika tanya Aini, semestinya Aini akan jawab ya. Sebab Aini dah nampak dah macam mana pihak syarikat memberikan segala penghargaan kepada distributor dan dropship mereka tanpa pernah culas sedikit pun.

Lagi-lagi sewaktu Covid-19 baharu ini. Ini adalah cukup untuk menggambarkan bagaimana syarikat yang kukuh seperti Shaklee ini masih mampu membayar dan memberi segala reward kepada kami walaupun dikala bencana melanda.

Dan ini belum lagi bercerita berkaitan perwarisan bisnes dan keuntungan yang akan diberikan kepada anak setelah parent meninggal. InsyaAllah ni nanti Aini akan cerita next entry ya.

Sebab itu Aini rasa menyesal tak grab peluang dapatkan trip dan buat bisnes Shaklee ini bersungguh-sungguh. One day Aini pasti akan melayakkan diri pergi trip PERCUTIAN SHAKLEE. Nak merasai nikmatnya trip 5 bintang. InsyaAllah.

Nak join bisnes bersama Aini dan team, boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *