Diet FBM dan Set Kurus Shaklee | Aini Salleh
Apa itu diet FBM? Bagaimana FBM membantu dalam proses kurus? Apa kaitan dengan SET KURUS SHAKLEE? Dalam entry Aini yang lepas, Aini ada share berkaitan dengan FBM secara general. Ok kali ini Aini share dari mana datangnya formula FBM ini. Apa itu FBM? FBM atau nama penuhnya Fat Burning Machine ini merupakan formula…
Apa itu diet FBM?
Bagaimana FBM membantu dalam proses kurus?
Apa kaitan dengan SET KURUS SHAKLEE?
Dalam entry Aini yang lepas, Aini ada share berkaitan dengan FBM secara general. Ok kali ini Aini share dari mana datangnya formula FBM ini.
Apa itu FBM?
FBM atau nama penuhnya Fat Burning Machine ini merupakan formula yang disusun secara terperinci untuk membantu tubuh badan kita berfungsi sebagai mesin bakar lemak secara automatik.
Jangan salah faham, kita tak perlu beli mesin pun.
Tetapi badan kita sendiri yang akan membantu untuk jana tenaga dan melakukan pembakaran lemak dengan sendiri.
FBM ini adalah hasil perkongsian ilmu dari mentor Aini yang banyak belajar berkaitan kesihatan untuk bantu kurus dan reverse penyakit.
Di samping itu, Aini sendiri menuntut dan mendalami ilmu kesihatan ini agar lebih faham tentang mekanisma yang berlaku di dalam tubuh badan kita.
FBM merupakan satu-satunya program untuk reverse penyakit yang mana terkait dengan insulin resistance. Apabila ini berjaya dikawal, insyaAllah automatik badan kita akan mendapat pakej 4 in 1 iaitu
- kurus dengan sihat
- bebas penyakit
- reverse penyakit yang sedia ada
- awet muda
Bagaimana FBM membantu dalam proses kurus?
1. Menukarkan lemak kepada sumber tenaga utama
Seperti yang kita sedia maklum, kita memerlukan tenaga dari 3 sumber iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Jadi untuk membantu proses kurus dengan cepat dan sihat, kita akan menggunakan lemak yang sedia ada di dalam tubuh sebagai sumber tenaga utama.
Dalam erti kata lain, lemak yang berlebihan yang berada di dalam tubuh kita akan digunakan ditukarkan menjadi tenaga untuk kita lakukan aktiviti seharian. Dan lemak-lemak ini dikenali sebagai lemak di lapisan bawah kulit (subcutaneous fat) dan lemak di organ (visceral fat).
Ramai yang beranggapan bahawa karbohidrat penting untuk membantu kita kekal bertenaga seharian. Tetapi kita selalu lupa bahawa selain karbohidrat, lemak juga boleh ditukarkan menjadi tenaga. Tak perlu bergantung harap dengan sumber karbohidrat semata.
Dan disebabkan salah faham inilah yang meletakkan kita disituasi kegemukan tanpa sedar. Dan disebabkan ini jugalah yang menjadikan kita susah untuk kurus walaupun dah berusaha pelbagai cara dan akhirnya berputus asa.
2. Reverse insulin resistance
FBM juga membantu untuk memulihkan rintangan insulin yang mana menjadi punca utama terjadinya penyakit metabolik.
Penyakit metabolik ini termasuklah seperti
- darah tinggi
- kencing manis
- kanser
- penyakit kulit seperti eczema dan allergy
- penyakit yang berkaitan dengan kewanitaan seperti PCOS, cyst dan fibroid
- penyakit yang berkaitan dengan autoimmune seperti Psoriasis
- terkait dengan perut seperti gastrik, gerd dan leaky gut
Maka, dengan adanya formula FBM akan membantu kita reset semula sel-sel tubuh dan pulihkan kembali rintangan insulin di dalam badan.
Formula FBM mempunyai 4 langkah utama iaitu
1. Detox
2. Aktifkan ‘Fat Burning Mode’
3. Insulin friendly mealplan
4. Exercise
Dan tanpa ke empat-empat langkah ini, maka ianya bukanlah formula FBM.
Apa kaitannya dengan set kurus?
Dalam FBM, Aini akan fokus pada SET KURUS SHAKLEE yang merangkumi 3 step penting iaitu
LANGKAH 1 : Detox dan optimumkan fungsi organ perkumuhan
LANGKAH 2 : Booster dan optimumkan metabolisma tubuh adan
LANGKAH 3 : Membina otot dan membekalkan tenaga
Dan ketiga-tiga langkah ini boleh didapati dengan pengambilan SET KURUS SHAKLEE. Bacaan lanjut untuk fungsi produk boleh baca dalam entry Perjalanan Kurus Aini
Keistimewaan diet FBM
Antara yang bestnya dalam FBM ini ialah
- Boleh makan nasi – akan diajar teknik masak dengan betul
- Boleh makan masakan Melayu
- Boleh makan dessert – tips makan tanpa rasa bersalah
- Boleh makan dikedai – akan diguide cara yang betul untuk memilih lauk pauk
Konsep yang dipegang oleh formula FBM ialah
Makan dengan ILMU yang betul dan cara MASAK yang betul, proses kurus dan elak penyakit itu akan menjadi lebih mudah.
Nak tahu lebih lanjut berkaitan FBM? Boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >