Amalan Gaya Hidup Sihat : 3 Tips Kurus dan Elak Penyakit | Aini Salleh

Apa itu AMALAN GAYA HIDUP SIHAT?

Ketahuilah bahawa Malaysia sehingga kini masih memegang rekod juara sebagai negara paling tinggi tercatatnya kes obesiti.

Mengikut data tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi NHMS 2019. Malaysia dinamakan sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dalam rantau Asia dengan rekod setinggi 237 daripada mereka mengalami obesiti.

Telah diwar-warkan bahawa dalam tempoh terdekat ini, kerajaan bercadang untuk mengurangkan subsidi ke atas ubat-ubatan untuk pesakit diabetes dan dialisis.


Ini kerana peruntukan untuk menanggung kos ubatan ini memakan belanja yang sangat besar dan tidak mencukupi untuk semua untuk jangka masa panjang.

Dan jika ini berlaku, bermakna pesakit yang sedang mengalami penyakit ini terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan ubat-ubatan ini.

Sebab itu kita semua digalakkan untuk menjaga kesihatan dari sekarang untuk mengelakkan kemudaratan di masa hadapan.

Segala penyakit bermula dari mulut dan perut. Semua ingin disumbatnya dan semua ingin di rasainya. Ditambah dengan nafsu makan yang membuak-buak.

Alangkah kesiannya dengan pemakanan kita hari ini yang kurang dititik beratkan terutamanya bab makan untuk sihat. Sebaiknya kita makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan. Dan bila konsep ini salah erti, itu yang menjadikan banyak penyakit yang datang.

Sebab itu dalam entry ini, Aini ingin membantu anda untuk kurus dan sihat dengan berkongsikan tips yang menarik yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk memudahkan anda memilih makanan yang betul dan konsisten dalam rejim kurus ini. Dan sekaligus menjadikan ianya sebagai AMALAN GAYA HIDUP SIHAT untuk kita semua kekal sihat, cergas, aktif dan bertenaga.

 

3 TIPS KURUS

Dalam tips kurus kali ini Aini ingin menekankan apa yang perlu dielakkan, apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu diambil untuk membantu mempercepatkan proses kurus anda.


1. Elakkan Refined Carbohydrates

Refined carbohydrate ini maknanya terlebih banyak unsur gula tanpa fiber. Dan bila ini berlebihan, gula ini akan ditukar menjadi lemak dalam badan.

Refine carbohydrate Ini termasuklah processed food seperti fast food, roti gandum, biskut, kek dan pastry dari gandum, minuman bergula, jajan, jus buah, minyak sayuran dan sebagainya. 

Dan jika anda boleh berusaha mengurangkannya pada peringkat awal dan lama-kelamaan berjaya meninggalkannya terus, ianya adalah lebih baik.


2. Amalkan Intermittent fasting (IF)

Lakukanlah IF secara berkala atau setiap hari sekiranya badan masih lagi belum mencapai berat ideal dan sekiranya badan masih lagi berpenyakit.

Tetapi sebelum melakukan IF, lengkapkan diri dengan ilmu IF yang mencukupi dan kefahaman yang jelas agar proses kurus dan reverse penyakit itu berjalan lancar dan berkesan.

Kerana rata-rata yang melakukan IF akan kembali ke rutin makan yang sebrlumnya dan ini menjadikan proses penurunan badan terbantut dan tidak berkesan.

Dan mengikut pengalaman Aini sendiri sepanjang loss weight sebanyak 8kg, ada tips dan tricks untuk melakukan IF secara berkesan. Dan ini semua Aini kongsikan dalam group coaching FBM yang Aini guide melalui

formula FBM dengan 4 steps mudah kurus yang lengkap dengan meal plan yang proven dalam mempercepatkan proses kurus.


3. Makan makanan yang high fat

Yang Aini maksudkan di sini ialah high good fat. Bukan main hentam sahaja sampai fat jahat pun ditelannya.

Apa yang dikatakan dengan high good fat? High good fat ini ialah fat atau lemak yang membantu membakar lemak dengan lebih berkesan. Contoh high good fat ialah avocado, minyak kelapa dan pure butter.

Ini kerana lemak sihat ini berfungsi sebagai bahan bakar yang membantu mempercepatkan proses kurus anda. Disamping itu membantu untuk merendahkan risiko penyakit.

Inilah konsep FBM yang mana makan lemak untuk membantu bakar lemak.

Ok ini antara 3 yang utama yang perlu dilakukan untuk bantu kurus dengan berkesan, pantas dan selamat.

Selain dari kurus, penting juga untuk kita bebas penyakit dan bantu untuk diri kekal sihat. Di bawah ini Aini kongsikan cara untuk bebas penyakit dan sekaligus untuk elak penyakit.

 

3 CARA UNTUK ELAK PENYAKIT

Mitos selalu menyalahkan lemak, garam dan daging sebagai punca utama penyakit. Tetapi ketahuilah dalang utama datangnya penyakit adalah gula.

Kerana ia terkait rapat dengan insulin resistance (IR). IR ini berlaku apabila insulin tidak lagi mampu nak buka pintu untuk membenarkan gula (glukos) masuk dan ditukarkan menjadi tenaga.

Dan menyebabkan gula dilepaskan di dalam darah semakin bertambah. Akibatnya terjadilah penyakit Diabetis Type 2, darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi.

Dengan ini Aini ingin share tips untuk bantu anda kurangkan, pilih dan lengkapkan sumber asas keperluan badan untuk bantu anda kurus dengan kurang effort dan mudah untuk diamalkan.


1. Kurangkan kekerapan makan

Sebaiknya, makan sekali dalam tempoh 4-5 jam sekali. No snacking kerana bila snacking, insulin akan sentiasa tinggi dan ini menyebabkan paras gula di dalam darah meningkat.

Tetapi apabila makan dengan kadar kenyang yang lama akan membantu pelepasan insulin lebih efisien dan sekaligus membantu mengurangkan kadar gula yang tersimpan dalam darah.

Sebab itu pentingnya makan pada kadarnya dan carilah makanan yang kadar kekenyangannya (satiety) tinggi/lama untuk bantu kenyang yang lebih lama.

 

2. Pilih makanan yang rendah GI

Glysemic Index (GI) ini terkait rapat dengan insulin resistance yang mana semakin tinggi GI, semakin cepat lapar. Bila lapar, kadar makan kita akan meningkat dan selera bertambah. Dan ini akan menyebabkan badan semakin membesar dengan jayanya sehingga menganggu kesihatan tubuh badan dan menyebabkan kegemukan.

Foods with low glycemic index

3. Cukupkan kadar micronutrien untuk keperluan badan

Badan kita ini memerlukan macronutrien untuk merasai kekenyangan, tetapi untuk mencukupkan keperluan nutrisi dan zat seharian, micronutrien amat penting.

Apa itu micronutrien? Micronutrien ini termasuklah vitamin A, vitamin B, zinc, kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi.

Dan kekurangan mirronutrien akan menyebabkan masalah seperti saraf, kebas-kebas, tulang rapuh, daya ingatan yang lemah dan tubuh yang tidak sihat dan lemah.

Sebab itu di dalam formula FBM untuk kurus, Aini sangat menekankan kepentingan kurus dengan sihat. Bukan kurus sehingga menjadikan badan kekurangan nutrisi dan mendapat masalah kesihatan lain.

Ketahuilah tiada ubat kurus yang membantu anda kurus melainkan ianya bertindak sebagai meal suppressor, yang mana akan buatkan badan menahan diri dari lapar. Dan jika ini terjadi, metabolisma badan akan menurun dan menyebabkan anda mudah untuk rebound iaitu gemuk kembali sekiranya terlebih mengambil makanan dari kebiasaan.

Sebab itu Aini memperjuangkan formula FBM ini untuk membantu anda semua mengambil makanan yang tepat pada kadar yang betul. Dan sekiranya dilakukan secara konsisten dan tepat, insyaAllah anda akan bantu badan untuk reset kembali kesihatan tubuh badan anda.

Yang sihat akan kekal sihat dan awet muda. Yang sakit, dengan formula FBM ini akan bantu reverse penyakit anda dan bantu anda untuk memperbaiki kesihatan tubuh kepada yang lebih baik. InsyaAllah.


Marilah kita sama-sama beriltizam untuk kekal sihat dan diberikan kesihatan yang bebas penyakit.

 

Testimoni FBM

More info berkaitan formula FBM? Boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *