Petua Elakkan dan Hilangkan Jeragat Degil Dengan Efektif | Aini Salleh
Eh, kau nak tahu PETUA HILANGKAN JERAGAT dengan berkesan tak? Kau cuba tanya Aini. Eh kulit muka aku ini macam ada something la. Keliru dengan keadaan muka sendiri dan pelbagai info berkaitan jeragat yang mengelirukan? Betul ke jeragat hanya boleh dihilangkan dengan laser je? Tetapi sudah banyak kes muka jadi lebih teruk selepas laser. Takutnya….
Eh, kau nak tahu PETUA HILANGKAN JERAGAT dengan berkesan tak? Kau cuba tanya Aini.
Eh kulit muka aku ini macam ada something la.
Keliru dengan keadaan muka sendiri dan pelbagai info berkaitan jeragat yang mengelirukan?
Betul ke jeragat hanya boleh dihilangkan dengan laser je? Tetapi sudah banyak kes muka jadi lebih teruk selepas laser. Takutnya.
Apa beza jeragat, jerawat, parut dan tona tak sekata? Eh keliru la.
Kalau anda ada soalan macam ini dalam kepala anda, Aini cadangkan untuk anda teruskan membaca entry ini. Aini akan terangkan semua berkaitan jeragat dalam entry ini, termasuklah PETUA HILANGKAN JERAGAT.
Apa itu jeragat?
Ramai juga yang keliru, ini jeragat atau parut? Inilah antara persoalan yang Aini dapat bila ada yang PM tanya berkaitan masalah kulit.
Kalau anda nak tahu, bukan semua tompok gelap itu adalah jeragat. Actually, banyak jenis jeragat – ada yang besar, kecil, ada yang hanya timbul di permukaan kulit dan ada yang di dalam.
Ok kalau dalam term saintifiknya – dermatology-nya lebih dikenali sebagai hyperpigmentation. Atau bahasa mudahnya ialah tompok atau bintik gelap kat muka yang agak ketara kelihatan. Kesannya mengakibatkan tona kulit kita tidak sekata.
Punca utama jeragat ini hadir di muka kita adalah kerana penghasilan melanin secara berlebihan pada kulit muka akibat terlalu kerap expose to sunlight.
Uniknya ciptaan Allah ini ialah sistem kulit ini pun sama seperti tubuh kita yang mana ada kitarannya, yang mana cycle penghasilan dan pemusnahan sel berlaku dengan seimbang dan automatik.
Dan di dalam kes ini iaitu melanin. Apabila kulit sudah tidak mampu untuk regulate kembali proses cerna/neutralise, melanin yang berlebihan, akan berkumpul dan membentuk tompok-tompok hitam dipermukaan kulit, maka terjadilah hyperpigmentation.
Melanin yang dihasilkan oleh sel kulit disebut sebagai melanosit, yang berfungsi sebagai perlindungan yang melindungi kulit kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV (UVA dan UVB).
Dan ini terbukti bahawa melanin ini bagus dan melindungi kulit kita. Tetapi apabila terlampau banyak, ia memberikan masalah lain iaitu hyperpigmentation.
Kalau anda nak tahu, sinaran UV ini boleh menembusi sehingga ke kulit dalam (dermis) yang akan merosakkan collagen dan elastin dan mempercepatkan proses penuaan.
Dan kebanyakan research telah membuktikan bahawa kesan sinaran UV akan membuatkan kita kelihatan 5-7 tahun lebih tua dari usia sebenar.
Jangan ingat duduk di dalam rumah, anda selamat dari sinaran UV ya. Natural light yang masuk ke dalam rumah pun dikira sebagai sinaran UV tau. Sebab itu kena pakai sunscreen walaupun di dalam rumah.
JENIS-JENIS HYPERPIGMENTATION
Terdapat beberapa kategori dan punca terjadinya hyperpigmentation ini. Dan salah satunya adalah jeragat (freckles). Dan setiap jenis hyperpigmentation ini berbeza dan cara untuk menghilangkannya. Pun berbeza.
1. Jeragat (Freckles)
Info – Jeragat ini biasanya ada tompok-tompok coklat kecil yang selalu ada kat kawasan pipi dan hidung. Jenis freckles ini lebih kepada genetik. Biasanya akan timbul sejak dari kecil ketika umur 6 tahun.
Punca – Selain genetik, punca utama jeragat adalah disebabkan oleh sinaran UV.
Rawatan – Sebab itu penting untuk pakai sunscreen jika kerap terkena sinaran UV untuk membantu melindungi kulit dari terkena direct dengan cahaya matahari.
2. Age spot / sun spot
Info – nak kenalpasti jenis ini ialah tompok / bintik coklat / hitam yang tidak sekata saiznya. Ada yang kecil dan ada yang besar.
Punca – terlalu kerap expose pada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama iaitu bertahun-tahun lamanya.
Rawatan – boleh gunakan laser untuk pecahkan molekul kepada yang lebih kecil. Tetapi menggunakan laser bukan dengan sekali treatment sahaja ya. Ia memerlukan beberapa sesi untuk mendapatkan efek yang diingini.
3. Melasma
Info – kalau anda perasan, biasanya melasma ni kita akan nampak kat orang yang sebaya mak-mak kita. Tompok besar yang dekat pipi bentuk macam butterfly.
Punca – boleh terjadi disebabkan ketika mengandung tak pakai sunscreen. Sebab ketika mengandung, perubahan hormon yang tidak stabil akan trigger melanin synthesis, akibatnya keluarlah melasma ini. Dan nama lain dia ialah The Mask of Pregnancy.
Rawatan – setakat ini tiada lagi rawatan yang berkesan untuk hilangkan melasma ini. Rawatan yang sedia ada hanyalah untuk memudarkan sahaja.
RAWATAN
Ok sekarang kita beralih kepada cara untuk rawatan yang membantu untuk merawat hyperpigmentation ini.
Tetapi Aini nak beritahu awal-awal bahawa nak rawat hyperpigmentation ini bukan 100% berkesan. Kebanyakannya membantu untuk pudarkan sahaja.
1. Laser treatment
Rawatan laser ini agak costly, tetapi jika anda nak juga cuba, silakan. Teknologi sekarang yang beralih kepada pico pulse treatment yang membantu memecahkan molekul tompok-tompok gelap kepada molekul kecil.
Nampak tidak menyakitkan dan kesan yang cepat tetapi bukan bermakna sekali treatment sahaja dah hilang semuanya. Tidak ya. Ianya memerlukan beberapa sesi.
Tetapi rata-rata kawan Aini yang buat Pico Pulse ini katanya kulit tak berapa nak bagi kerjasama selepas sesi laser. Kalau seorang mungkin boleh beranggapan, muka dia je kot. Tetapi kalau dah lebih dari 2 orang, mungkin kena reconsider semula treatment ini.
2. Skincare produk
Produk skincare sudah terlalu banyak di pasaran sehinggakan terdapat banyak persaingan. Dan semua claim produk mereka berkesan.
So please ya berhati-hati dengan produk yang claim boleh hilangkan jeragat dalam tempoh seminggu dua sebab possibility untuk produk itu ada bahan terlarang adalah sangat tinggi.
Macam Aini sendiri memang yakin dengan produk Youth, sebab dah melalui research selama 8 tahun. Bukan jenis yang produce dalam kilang dan lepas tu mix and match tu ya. Bukan.
Youth skincare sangat special dari segi bahan yang dipilih dan dari kesan yang memuaskan bila pakai. Malah dapat membantu memulih dan merawat masalah kulit dengan berkesan dan efektif.
Tetapi dengan memakai skincare untuk merawat dari luar sahaja tidak mencukupi jika tak digandingkan dengan supplement yang membantu dari dalam.
3. Pemakanan
Dari segi pemakanan harian, setakat ini belum jumpa lagi produk yang membantu untuk menghilangkan jeragat. Tetapi anda boleh consider untuk cuba produk yang ada poliphenol dan resveratrol.
Aini sendiri ada jeragat suatu ketika dahulu sebab selalu sangat drive pagi dan petang yang memang kulit muka direct kena cahaya matahari. Plus dengan tak konsisten lagi dengan skincare. Dan semakin teruk naik apabila mengandungkan anak kedua.
Tetapi sejak Aini amalkan Set Cantik Shaklee, Alhamdulillah jeragat semakin lama semakin pudar. Dan sampai ke hari ini dah takde dah jeragat. Alhamdulillah.
4. Sunblock / Sunscreen
Pada yang memang dah ada hyperpigmentation atau yang belum ada dan nak elakkan dari timbulnya masalah ini, anda WAJIB pakai sunscreen.
Jangan pernah miss pun walaupun berada di dalam rumah. And even berada di pejabat sekalipun, kerana UV dari lampu kalimantan dan dari komputer pun boleh menjadi punca jeragat.
Dan sekiranya kulit kita tiada protection, berapa banyak yang anda laburkan untuk buat rawatan, tidak akan membantu menyelesaikan masalah jeragat. Malah semakin hari semakin bertambah teruk. Duit habis, masa pun berjalan dan kulit semakin banyak jeragat. Rugi rugi.
Pemilihan sunscreen pun perlu di ambil berat kerana pemilihan sunscreen yang salah akan membuatkan anda berisiko mendapat masalah kulit dan dalam jangka masa panjang akan mendatangkan risiko kanser kulit.
Paling penting:
- Pilih sunscreen yang tepat dan bebas bahan kimia yang merbahaya
- Pakai sunscreen dalam kuantiti yang betul
- Pakai dan reapply pada masa yang tepat.
Dalam regime skincare, Aini akan includekan moisturizer + SPF Youth sebab ia lengkap dengan broad spectrum dan perlindungan selama 8 jam. Dan Aini akan add on juga dengan BB cream Youth yang juga lengkap dengan SPF. Time solat pun just tanggalkan dengan tisu yang dibasahkan dengan air je. Senang, mudah dan cepat.
Sejujurnya nak jaga kulit ni senang sangat. Jika anda rasa renyah nak kena tepek itu ini, anda jangan lupa, kalau anda tak jaga kulit dari sekarang, tak mustahil lagi 5 tahun kulit anda akan mengalami masalah yang lebih teruk.
Bertindak segera jika anda sayangkan kulit anda.
Aini dah merasainya suatu ketika dahulu. Sebab itu Aini kena rajinkan diri untuk menjaga pemakanan, supplement dan pakai Youth skincare untuk kesihatan kulit untuk jangka masa panjang.
More info berkaitan skincare dan supplement untuk bantu menyelesaikan masalah hyperpigmentation dan jeragat melalui dalaman dan luaran, boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >