Siapa Kata Nak Kurus Vitamin C Tidak Penting? Ini antara 3 Kepentingan Vitamin C | Aini Salleh

Semua sedia maklum bahawa vitamin C bagus untuk kecantikan kulit dan membantu mengoptimumkan sistem imunisasi untuk kesihatan tubuh yang baik.

Tetapi bagaimana ia bertindak dan kelebihannya kepada orang yang dalam fasa untuk menurunkan berat badan?

Kenapa mesti VITAMIN C SHAKLEE? Bukan brand lain

Nak tahu? Ok jom kita kupas satu persatu persoalan ini.

 

Kepentingan Vitamin C dalam membantu weight loss journey

Sepanjang proses weight loss, badan kita akan mengalami perubahan dari segi dalaman dan luaran. Terutama sekali pada yang join program weight loss melalui Formula Fat Burning Machine (FBM).

Sebab dalam formula FBM ini, Aini akan banyak fokus pada proses fat loss dan cara kekalkan kesihatan badan secara optimum. Dan bantu sesiapa yang nak reverse penyakit terutamanya pada yang ada kencing manis, jantung dan kolestrol. Even yang ada penyakit kulit dan gastrik pun berjaya sihat melalui formula FBM ini.

Kebanyakan protege FBM yang mempunyai penyakit telah berjaya kembali sihat selepas follow steps FBM. Malah terbukti, kebanyakan mereka berjaya mencapai berat ideal, mendapat kesihatan yang lebih baik dan awet muda sepanjang follow formula FBM.

Apa yang Aini tekankan kepada protege FBM? Aini berpegang pada misi yang utama iaitu kurus dan sihat seiringan. Jadi sepanjang tempoh weight loss, reverse penyakit dan awet muda, Vitamin C sangat penting untuk membantu mengekalkan kesihatan yang lebih baik tanpa menggganggu proses weight loss.

 

Ini antara 3 kepentingan vitamin C dalam weight loss

1. Menyembuhkan luka dengan cepat

Sewaktu proses weight loss, kita akan usaha untuk kekal aktif dan melakukan senaman ringan walaupun dengan hanya melompat bintang.

Malah ada yang melakukan senaman seperti jogging, berlari laju dan senaman cardio yang berat. Aktiviti-aktiviti inilah yang akan menyumbang kepada penggunaan muscle yang berlebihan.

Walaupun di dalam formula FBM tidak menekankan senaman yang berat, sekadar bergerak aktif melakukan kerja rumah atau memasak, Aini tetap menekankan pengambilan vitamin C untuk proses recovery.

  • Recovery akibat dari kepenatan disamping membekalkan tenaga dan kekal cergas
  • Recovery akibat dari penggunaan muscle yang berlebihan. Ini sekiranya melakukan aktiviti lasak.

Jadi dengan pengambilan vitamin C akan membantu memperbaiki sel-sel rosak dan meningkatkan penghasilan protein kolagen bagi menyembuhkan luka yang berlaku pada sel tubuh dengan lebih cepat. Disamping mengekalkan kesihatan muscle yang baik untuk mengelakkan muscle loss ketika weight loss.

Kunci Formula FBM adalah fokus kepada fat loss bukan muscle loss. Kerana muscle loss akan membuatkan badan dan otot menggelebeh dan menampakkan penuaan lebih ketara. Dan ini tidak selari dengan misi FBM iaitu kurus, reverse penyakit dan awet muda.

 

2. Mampu menghalang penyakit kronik

Salah satu punca penyakit kronik ini terjadi adalah akibat dari radikal bebas yang tinggi di dalam badan. Radikal bebas ini boleh jadi dari sumber pemakanan kita yang tidak sihat yang tinggi gula dan karbohidrat, makanan proses dan pengawet.

Inilah punca yang membuatkan sel badan menjadi tidak sihat dan menyumbang kepada penyakit kronik.

Sebab itu vitamin C penting untuk melawan semula radikal bebas dalam tubuh badan dan sekaligus membantu sel badan untuk recover dan menjalankan proses apoptosis secara alami. (Apoptsis ialah proses sel mematikan diri sendiri sekiranya sel didapati tidak sihat)

  • Recovery akibat dari pengudaraan yang tidak bersih yang penuh dengan toksin.
  • Recovery akibat dari pengambilan makanan yang tinggi gula yang menjadi punca penyakit kronik seperti kanser.

Jadi dengan pengambilan vitamin C yang bersifat antioksidan ini akan membantu melawan radikal bebas dan membantu mengekalkan kesihatan sel badan yang sihat.

 

3. Mencukupkan keperluan vitamin C di dalam badan

Kebanyakan protege FBM yang dalam proses weight loss akan di guide untuk cut makanan yang tinggi gula dan kurangkan karbohidrat. Dan akan fokus kepada makan makanan real food yang tinggi dengan lemak sihat.

Tetapi dengan pengambilan makanan ini seharian tidak akan mampu untuk menampung keperluan vitamin di dalam badan. Lagi-lagi apabila kandungan vitamin di dalam sumber sayuran dan buah-buahan semakin berkurangan akibat dari aktiviti penanaman yang menumpukan kuantiti dari kualiti dan termasuklah GMO.

Malah dengan melakukan beberapa aksi regangan dan pergerakan seharian, ditambah dengan kepenatan menguruskan urusan seharian, maka kandungan vitamin C di dalam badan akan berkurang menjelang malam hari.

Jadi dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi akan membantu badan untuk kekal sihat walaupun berat semakin hilang. Malah dapat mengelakkan dari gusi berdarah dan rambut gugur dengan teruk. Selain itu, badan tetap kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari.

 

Fakta penting yang kita perlu tahu

Badan kita tidak mampu untuk menghasilkan vitamin C, jadi pengambilan dari sumber luar amat penting untuk mencukupkan keperluan seharian kita.

Adakah kita mampu untuk makan 7-8 biji oren sehari?

Adakah kita mampu makan 5 mangkuk bayam sehari?

Jadi inilah solusinya, iaitu dengan mengambil supplement vitamin C untuk membantu mencukupkan keperluan badan seharian.

 

Cara nak pilih vitamin C?

Sekarang ini banyak syarikat yang mengeluarkan vitamin C brand masing-masing.

Tetapi mana yang terbaik?

Mana yang kita perlu pilih yang bagus untuk kesan jangka masa panjang tanpa memudaratkan kesihatan?

Ok di sini Aini akan share-kan cara untuk memilih vitamin C yang patut anda pilih.

 

1. Bukan dari sumber asid

Walaupun namanya vitamin C tetapi tidak semestinya memerlukan sumber asid. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik. Asidik akan membuatkan perut akan bertambah sakit sekiranya di ambil dalam perut kosong.

Untuk pengetahuan anda, waktu terbaik untuk mengambil vitamin C adalah ketika perut kosong. Kerana ia akan memberikan penyerapan yang optimum. Tetapi untuk pesakit gastrik, mengambil vitamin ketika perut kosong akan memudaratkan.

Sebab itu sumber vitamin ini sebaiknya dari sumber yang bukan asidik.

 

2. Organik

Kenapa organik? Sesuai dengan badan kita yang dijadikan oleh Allah bersifat natural.

Untuk memproses bahan bukan organik ibarat menyuruh badan kita menerima kedatangan orang asing yang tidak baik. Sedangkan kita sedia maklum bahawa orang asing ini boleh jadi orang yang membahayakan nyawa kita.

Sebab itu, sama-samalah kita usaha untuk amalkan dari sumber yang bebas GMO dan yang baik untuk kesihatan kita jangka masa panjang.

 

3. Pelepasan yang berperingkat

Istilah lain ialah time-released atau sustained release. Ini kerana badan kita tidak mampu untuk menerima kandungan vitamin yang berlebihan melainkan ketika sakit sama ada berpunca dari faktor luaran atau dalaman.

Contoh jika kita membeli vitamin C yang berdos 500mg, belum tentu badan kita memerlukan kesemua 500mg itu dalam 1 jam pertama. Boleh jadi lagi 200mg akan dilepaskan ke dalam darah tanpa digunakan dan akan dibuang bersama air kencing.

Dan ini sangatlah rugi. Kerana bil yang dibayar adalah untuk dos 500mg, tetapi yang diterima oleh badan hanyalah 300mg. Malah di dalam sebotol boleh jadi terdapat 180 biji. Ini bermakna hampir separuh kos duit yang kita keluarkan membazir begitu sahaja tanpa digunakan.

 

Bagaimana VITAMIN C SHAKLEE membantu mengatasi masalah ini?

 

1. Dari sumber ekstrak jagung

Ini lebih mesra perut dan selamat untuk diambil oleh orang yang gastrik.

 

2. Beyond organik

Bukan setakat natural dan organik. Tetapi beyond organik. Kerana setiap satu bahan yang dimasukkan untuk menghasilkan Vitamin C Shaklee akan melalui proses penapisan dan 350 ujian untuk memastikan bahawa bebas dari bahan kimia dan bahan tercemar.

Ini bermakna jika terdapat 30 bahan yang digunakan untuk menghasilkan vitamin C Shaklee, kesemua 30 bahan ini akan diuji dengan 350 ujian. Tiada yang terlepas.

Ini setanding dengan misi dan visi Shaklee iaitu Selamat, Terbukti dan Berkesan.

 

3. Pelepasan yang berperingkat

Ini bermakna 500mg dalam satu tablet, jika badan kita hanya menggunakan kurang dari 100mg per jam, maka sepanjang 5 jam badan kita akan mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi. Barulah air kencing tu tak mahal. Haa gitu.

Tetapi penggunaan 1 tablet (500mg) vitamin C untuk sehari tidak mencukupi untuk tubuh badan kita sedangkan kita sentiasa dikelilingi oleh radikal bebas, toksin, kerja yang stress dan kepenatan menguruskan hal seharian.

Sebab itulah kita digalakkan untuk mengamalkan supplement Vitamin C Shaklee untuk membantu membekalkan vitamin yang mencukupi yang diperlukan oleh badan seharian.

 

Inilah kelebihan VITAMIN C SHAKLEE yang tiada dalam produk jenama lain kerana penyelidik Shaklee sangat menekankan kualiti produk yang dihasilkan untuk mendapatkan kesan yang maksimum dan optimum untuk tubuh badan yang sihat.

 

Adakah berbaloi membeli Vitamin C Shaklee?

Ya sangat berbaloi jika dilihat dari kelebihan yang Aini terangkan di atas. 

Nak dapatkan Vitamin C Shaklee? Boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *