Intermittent Fasting (IF) : Tips dan Tricks untuk Beginner | Aini Salleh
Intermittent fasting (IF) ini memang sangat popular di kalangan orang yang nak diet dan kurus. Ramai yang dah amalkan IF tetapi masih ada juga yang tidak berjaya kurus, malah ditimpa penyakit. Ok entry kali ini Aini akan share berkaitan tips dan tricks untuk buat IF yang betul untuk kurus. Apa itu Intermittent Fasting (IF)? Intermittent…
Intermittent fasting (IF) ini memang sangat popular di kalangan orang yang nak diet dan kurus. Ramai yang dah amalkan IF tetapi masih ada juga yang tidak berjaya kurus, malah ditimpa penyakit. Ok entry kali ini Aini akan share berkaitan tips dan tricks untuk buat IF yang betul untuk kurus.
Apa itu Intermittent Fasting (IF)?
Intermittent Fasting (IF) adalah salah satu corak dan kaedah pemakanan yang mana kita limitkan waktu makan kepada waktu-waktu tertentu. Nama lain untuk intermittent fasting ni ialah puasa berkala.
Melalui kaedah intermittent fasting ini, anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain dari waktu makan tersebut, anda akan berpuasa.
Intermittent fasting (IF) ini agak popular dikalangan orang yang nak kurus. Dengan berpuasa beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan dapat membantu tubuh anda membakar lemak dengan lebih cepat.
Intermittent fasting (IF) sebenarnya bukan sekadar untuk kurus sahaja, malah lebih dari itu. Sebab ia membantu untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang sihat disamping bebas penyakit.
Intermittent fasting (IF) adalah corak pemakanan di antara fasa makan dan fasa berpuasa. Dan dalam IF ini, ia tidak menentukan apa yang kita perlu makan tetapi lebih kepada BILA kita perlu makan. Namun anda disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang.
Intermittent fasting (IF) atau puasa berkala, juga dikenali sebagai puasa basah sebab kita boleh minum air kosong atau air kopi, nescafe dan teh tanpa gula di dalam tempoh berpuasa. Tapi tak valid untuk anda tiru cara ini di dalam bulan Ramadhan ya. Ingat tau?
SUMMARY : Intermittent fasting (IF) ialah corak pemakanan di antara waktu berpuasa dan waktu makan.
Bagaimana Intermittent Fasting (IF) ini dilakukan?
Kaedah intermittent fasting (IF) adalah mengikut nisbah/ratio waktu berpuasa dan waktu makan. Boleh jadi 12:12, 14:10, 16:8, 18:6 atau 20:4.
Misalnya, jika anda ingin menggunakan kaedah intermittent fasting (IF) 12:12, bermaksud, anda memilih untuk berpuasa 12 jam dan makan dalam tempoh 12 jam seterusnya. Contoh anda mula berpuasa dan berhenti makan pada jam 7 malam, jadi 12 jam seterusnya adalah waktu anda berpuasa iaitu anda akan makan semula pada jam 7 pagi keesokan harinya.
Atau anda memilih untuk buat intermittent fasting 16:8, akhir makan pada jam 7 malam, maka waktu berbuka dan makan anda adalah 16 jam berikutnya iaitu pada jam 11 tengah hari. Dan anda makan dalam tempoh 8 jam berikutnya.
Tetapi jangan salah faham. Bukan bermakna anda perlu makan sepanjang 8 jam tanpa henti ya. Anda boleh mengambil makanan yang sesuai pada kadar kuantiti yang sesuai. Kerana berbalik semula kepada tujuan intermittent fasting (IF) iaitu untuk bantu kurus dan sihat.
Intermittent fasting (IF) yang terbaik untuk pembakaran lemak dan kurus dengan cepat ialah melebihi 16 jam tempoh berpuasa iaitu sama ada 16:8, 18:6 atau 20:4. Kerana apabila tempoh berpuasa dipanjangkan, badan akan membakar lebih banyak lemak dan proses kurus akan menjadi lebih cepat.
Kekerapan intermittent fasting (IF) juga bergantung kepada kehendak dan ketahanan badan masing-masing. Tetapi amat digalakkan untuk diamalkan dan dijadikan sebagai lifestyle hidup kita. Dengan ini insyaAllah badan akan kekal kurus, sihat dan bebas penyakit.
Apa yang perlu dielakkan ialah kurus 3 bulan dengan buat intermittent fasting, dan 3 bulan seterusnya badan gemuk semula. Rugi sangat iaitu dari segi masa. Dan yang paling tidak best ialah datangnya penyakit. Sebab makin bertambah usia kita, penyakit makin senang nak datang. Dan makin gemuk kita, semakin tinggi risiko untuk dapat penyakit. Jadi perlu berhati-hati.
SUMMARY : Semakin lama tempoh anda berpuasa, semakin cepat anda mencapai berat ideal anda
Intermittent Fasting : Tips dan Tricks untuk beginner
Tips:
Fasa berpuasa:
- Tidur : Dalam tempoh berpuasa, waktu tidur (6-8 jam) juga dikira sebagai tempoh fasa berpuasa
- Minum air : Anda boleh minum air kosong, teh hijau, teh dan kopi yang tidak mengandungi gula atau susu.
- Kekal aktif : Selain itu anda juga perlu bersenam, berkebun dan melakukan aktiviti fizikal yang lain untuk kekal sihat dan cergas. Kata kuncinya ialah sambil ber IF sambil kekal aktif
Fasa makan:
- Pemilihan makanan : Anda digalakkan memilih makanan yang tinggi protein, serat dan lemak. Eh lemak bukan buatkan kita lagi gemuk ke? Salah! Makan lemak la yang akan membantu kita kurus lebih cepat dan sihat tubuh badan. Tetapi ada lemak dari sumber tertentu sahaja ya. Ini akan kupas dalam next entry.
- Makanan yang perlu dielakkan : Jenis makanan yang tinggi gula, garam, lemak trans perlu dielakkan. Juga makanan yang diproses seperti nugget atau sosej yang dicampur dengan pelbagai pengawet dan pewarna. Makanan segera seperti McD, KFC dan seumpama dengannya juga perlu dielakkan.
- Makan real food : Ayam, daging dan ikan juga dikenali sebagai real food yang mana belum diubah suai strukturnya melalui proses kisar. Jadi lebihkan makan makanan seperti ini. Seafood seperti udang, sotong dan segala jenis bercengkerang pun boleh dimakan dalam kuantiti yang sederhana.
Kesalahan ketika Interrmittent Fasting (IF)?
Antara kesalahan yang dilakukan ketika melakukan intermittent fasting (IF) ialah
- Portion makanan : Makan dalam kuantiti yang banyak. Dan salah memilih makanan ketika fasa makan.
- Tidak aktif : Banyak tidur dan malas bergerak. Tidak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal.
- Salah konsep berpuasa : Jadual berpuasa yang tidak betul. Dan tidak ikut tempoh yang ditetapkan. Malah tidak berpuasa sepenuhnya. Minum air yang tidak disyorkan seperti menambah gula. Alaa sikit je gula ni. Haa walaupun sedikit itulah yang menjadikan IF kita tidak berkesan. Cheat sentiasa. Aduh!
SUMMARY : Pemilihan makanan yang betul amat penting dalam melancarkan proses intermittent fasting yang dilakukan.
Selain dari info ni, anda boleh juga baca artikel intermittent fasting ini.
Semoga tips dan tricks intermittent fasting ini membantu untuk anda dalam fasa penurunan berat badan dan kekal sihat, insyaAllah.
❤️
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriump2023
Jumpa di next entry untuk ketahui lebih lanjut -tips dan cara paling berkesan membantu proses intermittent fasting tanpa rasa lapar, penat dan lemau sepanjang tempoh berpuasa.
Wow bestnya