7 Risiko Ketika Mengandung Dan Satu Penyelesaian : Set Mengandung Shaklee | Aini Salleh

Semua wanita nak preggy dan pada masa yang sama nak sihat. Mak sihat, anak pun sihat. Barulah journey pregnant tu akan enjoy sambil rekod moment indah bersama baby dalam kandungan.

Tapi itulah, ramai WANITA MENGANDUNG dan yang plan untuk mengandung terlepas pandang berkaitan ini. Bukan cakap anda je, Aini pun sama. Sebab Aini pun ada beberapa masalah kesihatan yang Aini hadapi sepanjang mengandung dan bersalin sebanyak 4 kali.

Antara masalahnya termasuklah

  • Muntah-muntah dan mabuk atau morning sickness
  • Tidak bertenaga dan melepek sepanjang hari
  • HB rendah atau anemia
  • GDM atau kencing manis ketika pregnant
  • Darah tinggi
  • Kaki cramp atau simpul biawak
  • Sakit pinggang dan lenguh-lenguh kaki dan badan

Ini antara yang biasa yang dialami oleh WANITA MENGANDUNG termasuklah Aini. Dan kebanyakannya yang Aini list kat atas ini memang apa yang berlaku pada Aini semasa mengandungkan empat orang anak.

 

7 RISIKO dan PENYELESAIAN untuk wanita mengandung dan baby dalam kandungan

 

Di sini Aini akan sharekan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh mommy preggy. Dan Aini juga akan share risiko yang ramai orang terlepas pandang atau mungkin tidak sedar bahawa ianya memberi kesan buruk kepada kesihatan mommy preggy dan baby dalam kandungan.

 

1. Muntah-muntah dan mabuk atau morning sickness

Majoriti wanita akan mengalami keadaan ini bila preggy. Morning sickness. Ada yang hanya trimester pertama tetapi ada juga yang mengalaminya sehingga ke hujung pregancy.

 

Risiko

Mommy dan baby akan kekurangan sumber nutrisi. Especially sehingga menyebabkan hydrated kerana takut nak makan sebab nanti akan muntahkan kesemuanya semula.

Malah akan menyebabkan tumbesaran baby di dalam perut akan terganggu. Isu ini nampak remehkan. Tetapi ketahuilah, ini merangkumi pertumbuhan sel otak dan tubuh baby secara fizikal dan fisiologikalnya sekali.

 

Penyelesaian

Wanita mengandung perlukan back up kerana ianya sangat penting untuk bantu membekalkan nutrisi yang mencukupi kepada mommy dan baby tanpa membahayakan nyawa diri sendiri dan baby dalam kandungan.

Sebab itulah pentingnya amalkan Vita-Lize dan ESP untuk bantu melengkapkan jurang nutrisi sambil membantu membekalkan keperluan asas untuk mommy dan baby.

Vita-Lize ini adalah supplement penting sebagai pelengkap utama untuk keperluan badan. Sebab ia ialah multivitamin asas yang menjadi pelengkap kepada keperluan tubuh badan kita.

Jika yang asas ini pun tidak cukup, maka yang lain pun akan menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan yang lain.

Malah dengan adanya ESP akan membantu mengurangkan perut kosong yang menjadi punca mual dan muntah disamping membekalkan tenaga dan keperluan protein lengkap untuk pembentukan kejadian baby di dalam kandungan.

 

2. Tidak bertenaga dan melepek sepanjang hari

Ini terkait dengan point di atas yang mana, apabila tiada nutrisi yang masuk, ini yang akan menyebabkan badan lemah, lemau dan lesu.

 

Risiko

Actually tiada risiko yang besar kepada mommy preggy dan baby dalam kandungan tetapi ianya lebih kepada performance kita seharian. Espeecially pada yang bekerja.

Buat kerja sikit pun terasa mengah dan cepat letih. End up banyak kerja tergendala dan kehidupan tidak aktif.

 

Penyelesaian

Amalkan vitamin B Complex dan ESP yang mana kedua-dua produk ini membantu membekalkan sumber tenaga untuk kekal cergas dan melalui hari dengan lebih efektif.

ESP membekalkan protein lengkap, yang mana badan tidak mampu menghasilkannya dengan sendiri kecuali diambil melalui sumber luar. Dan B complex membantu memproses dan menukarkan makanan kepada tenaga.

Asid folic di dalam vitamin B complex juga merupakan supplement penting semasa trimester pertama preggy. Ini kerana ia membantu mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang. Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Mengikut kajian dari pakar kesihatan wanita, asid folic ini paling bagus diambil 6 bulan sebelum merancang untuk mengandung. Dan diambil secara berterusan sehingga 12 minggu pertama mengandung.

Normal dos adalah sebanyk 400mcg. Tetapi dos 5mg akan disyorkan kepada mommy preggy apabila

  • ada history spina bifida pada prenancy terdahulu
  • ibu hamil yang mengambil ubat anti-epileptic
  • ibu hamil yang menghidap kencing manis.

 

3. HB rendah atau anemia

Anemia atau Hb rendah ni memang agak common berlaku pada wanita mengandung. Dan ini pun pernah terjadi pada Aini 2 kali ketika mengandungkan anak ke dua dan ke empat.

Ok ini yang Aini paling nak tekankan. Kenapa? Sebab bila Hb rendah bukan setakat efek pada mommy tetapi pada baby juga.

 

Risiko

Antara risikonya ialah ia akan menyebabkan blood supply tidak mencukupi untuk sampai kepada baby.

Darah kita ini mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan termasuklah ke otak. Otak merupakan organ utama yang mengawal fungsi tubuh badan termasuklah pergerakan motor, koordinasi, pertuturan dan kitaran hormon di dalam tubuh badan.

Dan jika otak tidak mendapat cukup oksigen, ini akan memberi kesan kepada neuron dan sekaligus akan menganggu performance bahagian otak yang mengawal segala sistem tubuh badan yang lain.

Selain itu kelahiran pramatang juga boleh berlaku.

 

Penyelesaian

Amalkan Sustained Release Vitamin C dan Vita-Lize untuk membantu boost dan optimumkan penyerapan zinc dan sekaligus membantu untuk menstabilkan semula kandungan zinc di dalam darah.

Masa anak kedua, Aini memang belum konsisten amalkan supplement Shaklee. Alkisahnya Hb drop sampai 9-10. Jadi klinik pun bagi ubat untuk naikkan Hb.

Tapi pada masa yang sama, Aini pun search berkaitan Shaklee dan cara nak naikkan Hb ketika pregnant. Alhamdulillah terjumpalah set mengandung Shaklee.

Ajaibnya, HB Aini naik pada bulan depannya. Dalam tempoh sebulan sahaja. Alhamdulillah. Laju juga ya. Tapi laju-laju pun kena ada tips nak makan. Sebab ada juga yang share, HB lambat naik walaupun dah amalkan set pregnant Shaklee.

Nak Aini nak share tips yang betul untuk naikkan HB dengan amalkan dua vitamin ini? Boleh PM Aini 🙂

 

4. GDM atau kencing manis ketika pregnant

Gestational Diabetis Mellitus (GDM) ini adalah kencing manis yang berlaku pada mommy preggy.

Pengalaman Aini sendiri, memang agak memenatkan bila mengandung dengan GDM ini, sebab Aini dah rasa betapa tak bestnya preggy dalam keadaan yang tak fit. Menjadikan pregnancy tu tak enjoy. Sedangkan kehadiran baby lah yang menceriakan kehidupan keluarga kecil Aini.

Dan sebab itulah bila ada yang datang bercerita dengan Aini tentang usaha nak pregnant. Aini faham sangat perasaan da keinginan tu. Sebab Aini pernah mengalaminya juga. Menunggu detik kehadiran baby.

Tetapi yang membuatkan Aini risau adalah bila melihatkan kesihatan fizikal dan fitness mereka yang tidak ideal.

Sebab mengandung dalam keadaan badan yang berat tidak normal, gemuk atau mempunyai masalah kesihatan yang lain, merupakan suatu yang sangat dan perlu dielakkan.

Sebab ia mengundang kepada pelbagai masalah lain seperti GDM dan darah tinggi ketika pregnant. Ini tidak termasuk keadaan fizikal dan emosi yang akan dialami kelak

Penat yang amat sangat bila kena GDM ketika pregnant. Sebab Aini dah lalui situasi ini. Kena naik turun klinik cucuk ambil darah untuk check BSP setiap hari.

Bukan setakat penat fizikal tetapi emosi pun penat.

Risiko

Ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan baby ketika dilahirkan. Yang mana boleh terkait juga dengan baby akan develop insulin resistance. Yang mana bukan setakat efek pundi kencing tetapi akan melibatkan organ lain di dalam tubuh badan baby.

Dan untuk mommy pula, jika mommy tidak mengawalnya, boleh jadi GDM ini akan kekal sebagai kencing manis walaupun selepas bersalin.

 

Penyelesaian

Amalkan ESP untuk bantu mengurangkan craving kepada makanan manis disamping membantu untuk kenyang lebih lama. Dengan ini ia dapat membantu mengelakkan kita dari makan dengan kerap. Dan sekaligus akan bantu menurunkan paras gula dalam darah. 

 

5. Darah tinggi

Alhamdulillah Aini tak termasuk dalam kategori mengandung dan ada darah tinggi. Tetapi kawan Aini pernah. Dan yang paling memenatkan ialah warded sepanjang tempoh preggy. Allahu Akbar, dengar pun tak best.

Dan terpaksa ambil unpaid leave kerana tidak mampu pergi bekerja dan melakukan aktiviti harian dengan efektif.

 

Risiko

Baby akan berisiko untuk dilahirkan pramatang. Dan ini bermakna baby akan ditahan di hospital. Dan kawan Aini terpaksa berulang dari rumah ke hospital setiap hari dalam tempoh pantang itu kerana baby masih di dalam incubator.

Kawan Aini sendiri mengaku kepenatan dan tak dapat nak berpantang dengan baik seperti orang lain.

Sebab itu jika diberi pilihan, usahalah untuk berikan terbaik untuk diri sendiri dari sekarang.

 

Penyelesaian

Minyak ikan Omegaguard dapat membantu untuk mengurangkan inflamasi di dalam salur darah di samping membantu melancarkan dan menstabilkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan.

Disamping itu, omegaguard membantu membekalkan asid lemak omega-3 DHA dan EPA yang sangat penting untuk pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan janin.

Walaupun minyak ikan ini baik, tetapi mommy preggy perlu berhati-hati dengan produk minyak ikan di pasaran kerana kandungan merkuri yang tinggi akan memberi kesan buruk kepada kesihatan mommy dan baby.

Tetapi dengan minyak ikan Omegaguard Shaklee yang telah menjalani 3 peringkat penyulingan menjadikan minyak ikan Omegaguard selamat untuk diambil tanpa memberikan kesan buruk kepada mommy preggy dan baby di dalam kandungan.

 

6. Kaki cramp atau simpul biawak

Ini adalah petanda bahawa badan tidak mempunyai sumber kalsium yang mencukupi. Once kita preggy, badan kita akan berkongsi sumber nutrient dengan baby termasuklah kalsium.

 

Risiko

Kekurangan kalsium akan memberikan kesan buruk kepada mommy preggy dan baby. Sebab baby perlukan kalsium yang cukup untuk perkembangan tulang dia. Tetapi mommy juga memerlukan kalsium yang cukup untuk elakkan kaki cramp.

Risiko lain yang akan dihadapi apabila kekurangan sumber kalsium yang serius boleh menyebabkan risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan baby dalam kandungan.

Malah pembentukan tulang dan gigi baby juga akan terganggu terutamanya ketika trimester ketiga.

 

Penyelesaian

Amalkan OsteNutrix yang membekalkan sumber kalsium yang dilengkapi dengan magnesium untuk penyerapan yang optimum.

Aini memang ambil OsteNutrix dan memang ketara sangat perbezaan bila ambil dengan tak ambil OsteNutrix ini.

Aini ada kawan yang menceritakan bahawa gigi dia bergoyang dan perlu dicabut sebab pengurangan kalsium yang sangat teruk. Ya Allah seramnya bila Aini dengar cerita ini. Memang tak boleh nak bayangkan betapa pentingnya sumber kalsium kepada mommy dan baby.

Aini memang pernah cramp kaki, tetapi takde lah sampai gigi bergoyang dan kena cabut. Sebab itu penting sangat untuk kita ambil sumber kalsium yang lengkap ketika preggy.

Vitamin D di dalam OsteNutrix juga membantu dalam mengekalkan kandungan kalsium dan fosforus di dalam badan yang penting untuk mengekalkan kesihatn tulang dan gigi yang kuat. Malah menyediakan bayi dengan vitamin D yang cukup untuk beberapa bulan petama mereka.

 

7. Sakit pinggang dan lenguh-lenguh kaki dan badan

Keadaan ini pun lebih kurang sama dengan point 6 di atas iaitu kekurangan sumber kalsium.

 

Risiko

Sakit pinggang memang sangat tak selesa. Nak duduk lama pun tak boleh. Tetapi time kerja, kita tidak boleh rehat dan baring sesuka hati.

Dan elakkan mengetuk atau menumbuk atau mengurut pinggang dengan kuat kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada baby.

 

Penyelesaian

Pengambilan OsteNutrix dan B complex amat penting untuk membantu melegakan saraf dan sakit pinggang kita.

Cukupkan keperluan kalsium untuk mommy dan baby. Malah ambil juga vitamin B untuk bantu kesihatan saraf yang sihat dan baik

Vitamin B yang lengkap dengan variasi vitamin B dan dilengkapkan dengan asid folik menjadikan ianya sangat bagus untuk membantu sistem saraf dan mood mommy.

 

Secara ringkasnya Set Mengandung Shaklee merupakan set lengkap yang membantu menyelesaikan 10001 masalah yang dihadapi bagi WANITA MENGANDUNG dan baby di dalam kandungan.

Sebab itulah pentingnya mommy preggy mengambil dan mengamalkan Set Mengandung Shaklee ini untuk kesihatan both ibu dan anak dalam kandungan dari awal preggy sehingga bersalin.

Nak makan supplement ni bukan just telan je. Dan bukan just makan ikut dan. Means rasa nak makan, then cari. Taknak makan hari tu, then tinggalkan dan buat tak tahu je.

Mana boleh macam tu awak. Kalau awak betul-betul sayangkan baby dalam kandungan tu, awak kena cakna dan tak boleh buat sambil lewa. Bukan setakat awak je yang sakit pada ketika itu, tetapi baby pun akan dapat efeknya pada masa akan datang.

 

Nak dapatkan tips dan cara makan Set Mengandung Shaklee yang betul, boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *