|

9 Sebab Terjatuh Cinta dengan Community Bisnes Shaklee ǀ Aini Salleh

Setelah bertahun dengan Shaklee, ada beberapa perkara yang buatkan Aini fall in love dengan environment and community bisnes Shaklee.

Kenangan bersama dalam event Business Leader National Conference (BLNC)

Introduction

Pertama kali Aini kenal Shaklee melalui kawan yang sama-sama study di UIAM dan bermula dengn set try to conceive (TTC). Tetapi nak dijadikan cerita, Aini stop consume sebab Aini tak boleh nak telan tablet besar-besar dan rasa ESP yang tak kena tekak. Mana taknya, dari kecil makan panadol pun patah 4. Dan nak telan suku panadol tu pun Aini perlukan air 2 gelas penuh ? Itulah kan, Aini ni dari kecil memang seorang picky eater, jadi bukan semua benda yang Aini boleh telan dengan mudah. End up Aini tak consume dan expired macam tu je ?

Dipendekkan cerita, Aini pregnant dan sejak dari awal pregnant, Aini dah niatkan dalam hati yang Aini nak menyusukan baby selama dua tahun penuh. So mulalah journey Aini mencari produk yang boleh membantu boost milk production. Dan ketika inilah Aini terjumpa semula Shaklee melalui senior di UIAM. Lalu terjebaklah Aini dalam dunia bisnes sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Dan sehingga kini Aini masih lagi bersama dengan bisnes Shaklee walaupun telah ditawarkan beberapa kali untuk buat bisnes lain. Bukan sebab bisnes lain tak best, tetapi apa yang Aini dapat dalam community bisnes Shaklee ini membuatkan Aini tak sanggup nak tinggalkan bisnes dan circle ini.

Secara ringkasnya apa yang mmbuatkan Aini masih bertahan di dalam bisnes Shaklee ini adalah business plan yang diberikan yang tidak terdapat dalam company lain dan juga keistimewaan lain seperti cash bonus, car bonus dan conventional trip international dan regional. Selain dari ini, terdapat beberapa sebab lain yang buatkan Aini fall in love dengan bisnes yang Aini join sekarang iaitu community bisnes Shaklee yang sangat best yang membuatkan Aini kagum sangat. Nak tau apa dia? Ok meh Aini share dengan semua ya

9 sebab terjatuh cinta dengan community bisnes Shaklee

Antara sebab Aini fall in love with community bisnes Shaklee dan masih bertahan di sini ialah

1. Ukhuwah

Alhamdulillah sepanjang bersama dengan community bisnes Shaklee, Aini sangat kagum dengan ukhuwah yang dipamerkan. Walaupun pada asalnya tidak kenal antara satu sama lain dan tidak pernah berjumpa tetapi hati tu terasa dekat je. Dan ketika bertemu sesama kami biarpun tidak pernah berjumpa walaupun sekali, terasa aura dan ikatan kasih sayang di antara kami. Ibarat seperti dua sahabat karib yang dah lama tidak berjumpa. Berpelukan dan berkongsi cerita. Alhamdulillah.

Inilah yang Aini rasa ketika awal-awal join community bisnes Shaklee ini. Dan yang paling terkesan dihati Aini ialah bila ada yang sudi membantu Aini jagakan baby ketika Aini memerlukan. Dan Aini bukan jenis yang akan meminta orang jagakan baby Aini. Selagi mampu Aini akan usaha sendiri jaga baby Aini sebaik mungkin, tanpa menyusahkan orang lain.

Baby Aini adalah my first handbag that need to be carried anywhere and every where. Aini bukan taknak tinggalkan dia dengan orang, tetapi atas sebab-sebab tertentu membuatkan Aini harus ikhtiar jaga sendiri. Jadi setiap kali event Aini akan bawa baby bersama. Dan Aini sangat terharu ketika waktu solat dan ketika makan, ada je yang sudi menghulurkan bantuan menjaga baby tanpa diminta.

Aini rasa terharu dan hargai sangat dengan sikap semua community bisnes Shaklee yang suka menghulurkan bantuan tanpa diminta. The spirit of volunteerism.

2. Knowledge exchange

Apa yang membuatkan Aini sayang dengan community bisnes Shaklee adalah sebab ilmu yang dikongsikan sesama kami. Dikalangan kami terdapat pelbagai latar belakang dan keistimewaan masing-masing menjadikan kami suka berkongsi ilmu antara satu sama lain. Tiada istilah kedekut dan tiada istilah ilmu itu milik aku seorang. Malah berkongsi tanpa diminta.

Antara ilmu yang dikongsi termasuklah ilmu kerohanian yang banyak menekankan ilmu marketing langit dan kembali kepada Allah. Sebab segala rezeki yang datang adalah milik dan dari Allah. Jadi apa-apapun perlu kembali kepada Yang Maha Memberi. Dan ini adalah asas yang perlu ada dalam diri sebelum melangkah mencari harta dunia.

Selain itu, ilmu teknikal juga dikongsikan untuk membantu dalam marketing dan menjana pendapatan bersama. Inilah yang dikatakan sharing is caring.

3. Networking growth

Selain dari community bisnes Shaklee, kami juga menjalinkan hubungan baik dengan ahli bukan Shaklee iaitu researcher dan para doktor. Dan ini yang menjadi sumber kekuatan kami dari segi ilmu yang tiada sempadan yang mana kami berusaha mengukuhkan ilmu kesihatan yang terkait dengan keperluan supplement disamping menjadikan diri kami sebagai seorang yang professional di dalam menyampaikan ilmu kesihatan kepada orang ramai.

Dan ini yang banyak membantu Aini dalam mengukuhkan ilmu nutrisi yang terkait rapat dengan supplement. Disamping itu, ilmu kesihatan yang dikongsikan, membuatkan Aini lebih yakin nak berkongsi kelebihan produk Shaklee dengan orang lain.

4. Communication across generations

Di dalam community bisnes Shaklee, Aini banyak berkenalan dengan senior-senior dan otai-otai yang berpengalaman dalam dunia bisnes ini. Mereka suka berkongsi pengalaman dan tip sepanjang mereka berbisnes.

Walaupun income mereka dah kukuh dan ratusan ribu ringgit dalam sebulan, mereka tak pernah lokek dalam berkongsi. Dan dari sini, Aini belajar banyak benda. Kekayaan dan pangkat itu bukanlah suatu yang perlu dibanggakan. Tetapi sesuatu yang perlu dikongsi bersama.

Setiap kali berjumpa dengan mereka ini, Aini selalu mengambil peluang mendengar kisah dan pengalaman mereka di dalam dunia bisnes especially di dalam community bisnes Shaklee. Dan inilah konsep satu family yang selalu diterapkan oleh presiden Shaklee.

Dan inilah yang menjadi pemangkin untuk Aini mengikut jejak langkah dan mencapai kejayaan seperti mereka agar Aini dapat memberi kepada yang lain juga. Inilah konsep hidup dalam memberi.

5. Fun community event

Dalam community Shaklee yang besar, pihak pengurusan Shaklee telah banyak menyediakan seminar and training untuk kami. Dan kebanyakan training yang dianjurkan, mesti ada je hadiah yang disediakan.

Malah setiap event Shaklee yang Aini join, mesti akan dapat merchandise yang mana harganya melebihi apa yang kami keluarkan. Malah dalam community bisnes Shaklee yang Aini join pun banyak menyediakan hadiah lumayan tanpa mengira kos yang dikeluarkan. Sebagai contoh di dalam projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang lepas, yang mana rezeki Aini berjaya memenangi tempat pertama dan mendapat Vivix, Alhamdulillah.

Inilah community bisnes Shaklee yang Aini join. Aini bersyukur menjadi salah seorang dari community ini.

6. Positive circle and positive vibes

Sepanjang Aini bersama dengan community bisnes Shaklee, Aini banyak berkenalan dengan karakter-karakter yang baik yang sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Jarang sekali Aini dengar perkara yang tidak baik berlaku seperti contoh memperkecilkan team lain, berburuk sangka dan bermusuhan atas kejayaan orang lain.

Malah semua saling support each other and work well in one happy community bisnes Shaklee. We do respect each other regardless who they are and where they come from. Inilah positive vibes dan positive circle yang tertanam dalam community bisnes Shaklee. Dan ini banyak mengajar Aini untuk kekal dan terapkan positive mind and positive vibes dalam diri Aini dan team bisnes Aini.

7. Active charity initiative

Selain dari sibuk menguruskan bisnes, apa yang Aini perasan, hasil rezeki yang diperolehi banyak digunakan untuk amal jariah. Berkongsi rezeki dengan yang memerlukan. Malah semakin banyak yang diperolehi semakin banyak yang disumbangkan. Inilah konsep berkongsi rezeki.

Dan inilah value yang Aini pelajari semenjak bersama dengan community bisnes Shaklee ini. The more you give the more you get back. Plus, dalam community bisnes Shaklee semuanya humble and willing to help other who are in need. And has good sense of respect and responsibilities to others. Alhamdulillah.

8. Travelling without hesitation

Ini juga menjadi salah satu kenapa Aini bangga menjadi community bisnes Shaklee kerana setiap kali trip bersama Shaklee, bukan sahaja penerbangan dan itenary diuruskan, tetapi segala penginapan yang bertaraf 5 bintang turut dihadiahkan kepada semua community bisnes Shaklee yang layak.

Malah, makanan yang disediakan, semuanya terjamin halal yang mana semua chef muslim digaijkan khas oleh pihak restoran atas permintaan management Shaklee. Selain itu waktu solat wajib dan solat jumaat juga telah dititik beratkan sepanjang tempoh travelling.

Inilah specialnya berada bersama community bisnes Shaklee yang menghormati kewajipan ibadah agama Islam. So semua boleh enjoy travel dengan tenang sepanjang berada di negara orang.

9. To the top together

Antara yang Aini nampak bila berada di dalam community bisnes Shaklee ini ialah segala achievement akan diraikan bersama. Malah semua yang layak mendapat award akan dijemput ke atas pentas dan diraikan secara besar-besaran dari pangkat terendah sehinggalah ke pangkat yang lebih tinggi.

Tiada istilah hanya orang yang bonus puluhan atau ratusan ribu sahaja yang layak. Tiada istilah perbandingan rank atau income. Inilah cara company mendidik kami menjadi community bisnes Shaklee yang sihat yang bergerak bersama dan menggapai kejayaan bersama.

Dan yang pastinya, setiap usaha itu dihargai dan diraikan sebagai pemangkin semangat untuk terus menuju puncak bersama. Usaha untuk unlock all the achievements and strive together wiithout leaving others behind.

Inilah antara sebab kenapa Aini boleh terjatuh cinta dan terus setia bersama community bisnes Shaklee. Dan anda pun boleh juga bersama Aini untuk bersama di dalam community ini. Nak tau caranya? boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *