5 Tips Bijak Pilih Supplement dan 5 Sebab Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee | Aini Salleh

Aini bukanlah orang percayakan supplement pada mulanya. Skeptikal dan tidak percaya. Membazir duit. Lagi-lagi bila doktor pun ramai yang berpandangan yang sama. Tetapi bukan semua doktor begitu. Bila dah kenal dengan supplement dan VITAMIN SHAKLEE dan baca berkaitan dengan supplement, baru tahu yang supplement ini bagus untuk kesihatan bila kita pilih supplement yang betul.  …

Aini bukanlah orang percayakan supplement pada mulanya. Skeptikal dan tidak percaya. Membazir duit. Lagi-lagi bila doktor pun ramai yang berpandangan yang sama.

Tetapi bukan semua doktor begitu. Bila dah kenal dengan supplement dan VITAMIN SHAKLEE dan baca berkaitan dengan supplement, baru tahu yang supplement ini bagus untuk kesihatan bila kita pilih supplement yang betul.

 

Konsep yang salah berkaitan supplement

Supplement ini sebenarnya bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi untuk membantu mengoptimumkan kesihatan tubuh badan agar badan kekal sihat, aktif dan bertenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

Tetapi ramai orang berpegang bahawa bila dah sakit baru mencari supplement. Dan bila kesihatan semakin parah, maka mulalah episod menyalahkan supplement. Dan akhirnya supplement mendapat reputasi dan pandangan buruk dikalangan masyarakat.

Jadi di sini Aini nak bawa anda semua untuk fahamkan semula konsep sebenar supplement diperkenalkan dan kenapa perlu menjadikan supplement sahabat karib kita untuk kesihatan yang baik berpanjangan.

 

Kenapa perlukan supplement?

Di zaman teknologi semakin canggih, pembuatan makanan juga semakin canggih juga. Sebab itu terdapat banyak produk GMO yang diperkenalkan.

Malah demi menampung keperluan semua rakyat disuatu negara, import eksport makanan telah berlaku. Dan ini yang menjadi salah satu isu yang dibangkitkan iaitu bagaimana untuk menghasilkan buah buahan yang lambat rosak dan tahan lama. Salah satu caranya ialah dengan proses GMO.

Malah kebanyakan di Malaysia, sayur dan buah banyak diimport dari negara luar yang sesetengahnya mempunyai kadar kontaminasi yang sangat tinggi. Sebab itu kandungan toksin sangat tinggi dan kandungan vitamin berkurang dan hampir tiada.

 

Makanan sunnah vs supplement

Bila nak pilih produk kesihatan, supplement dan makanan tambahan ini, ramai orang akan memilih makanan sunnah. Ya betul, Aini pun tau pasal ini.

Ok jom kita tengok  konsep makanan sunnah yang kita faham dan pegang selama ini adakah betul atau tidak?

 

Apa maksud makanan sunnah?

Makanan sunnah ini bermaksud segala makanan yang baik untuk kesihatan. Jadi segala buah dan makanan yang baik untuk kesihatan, itulah makanan sunnah. Makanan dan buah yang disebutkan di dalam Al-Quran itu memang amat digalakkan makan tetapi bukanlah bermaksud wajib dan perlu meninggalkan makanan yang lain yang sedia maklum baik untuk kesihatan.

Hatta makan kurma untuk orang yang kencing manis pun ada hadnya. Rasulullah amalkan 7 biji tetapi bagi orang yang ada penyakit kencing manis, mereka tidak digalakkan mengambil 7 biji bagi mengelakkan gula dalam darah mereka meningkat.

Di zaman Nabi dan dengan keadaan geografi dan iklim negara Arab, buah seperti buah strawberry, epal, jagung tidak pernah dijumpai di sana. Sebab itu negara Arab banyak terkenal dengan kurma, buah tin dan buah zaitun kerana buah-buah jenis ini boleh tumbuh subur di kawasan padang pasir yang kering dan panas.

Jadi disini Aini nak mengajak untuk kita semua buka minda dan fikiran bahawa

makanan sunnah ini bukan buah dan makanan yang disebut di dalam Quran sahaja, tetapi makanan sunnah termasuklah segala makanan yang membawa kebaikan dan tidak memudaratkan kesihatan.

 

Even makanan itu baik untuk kesihatan, tetapi jika diambil secara berlebihan tetap akan memudaratkan kesihatan juga.

Walaupun makan buah-buahan, madu, kurma itu baik untuk kesihatan, tetapi makanan seperti ini tetap perlu diambil dengan sederhana dan bukan berlebih-lebihan terutama kepada orang yang sudah sedia mempunyai penyakit.

Ok jom kita berbalik kepada supplement.

 

Apa itu supplement?

Supplement merupakan makanan tambahan atau sokongan yang membantu kita untuk mencukupkan nutrisi seharian yang mana semakin hari kandungan nutrisi semakin hilang.

Supplement ini selain dari makanan tambahan, supplement juga merupakan keperluan micronutrient yang utama untuk membantu badan kita mendapat vitamin yang mencukupi bagi mengelakkan dari penyakit-penyakit yang tidak diingini.

Contoh penyakit yang tidak diingini adalah seperti kepentingan kalsium untuk kekuatan tulang. Contoh lain ialah selain dari minyak ikan omega-3, vitamin B juga penting dalam membantu kesihatan otak.

Malah supplemen juga membantu menyokong kesihatan organ tubuh untuk kekalkan performance yang optimum. Sebagai contoh magnesium untuk kesihatan jantung. Ramai yang tau bahawa CoQ10 amat bagus untuk kesihatan jantung tetapi tidak ramai yang cakna bahawa magnesium juga penting untuk mengekalkan performance jantung yang sihat.

 

3 TIPS elak tersalah pilih supplement

Ok kat sini Aini nak share kriteria yang kita perlu tahu dalam memilih supplement. Supplement yang bagaimana yang perlu diambil untuk membantu memberikan kesihatan yang lebih baik setanding dengan duit yang kita laburkan.

Ok jom kita go one by one

1. Kajian yang lengkap

Kenapa kajian penting untuk penghasilan sesuatu supplement itu?

Setiap ubat-ubatan yang dikaji dan dihasilkan secara kimia memerlukan kajian lengkap sebelum diluluskan untuk pengambilan. Begitu juga dengan supplement.

Supplement yang dikaji dengan teliti akan memberikan kesan yang lebih baik dan lebih selamat untuk diambil untuk jangka masa panjang berbanding supplement yang tidak dikaji.

Malah supplement itu perlulah dikaji dengan teliti setiap bahan yang dicampurkan di dalamnya. Kerana kebanyakan makanan tambahan yang dipasarkan hanya mengkaji satu dua bahan utama sahaja, dan bahan selebihnya hanyalah ditambah untuk menambah perisa dan ditambah untuk mendapatkan kuantiti yang banyak.

Contoh seperti kunyit hitam yang telah dikaji dimakmal akan khasiat dan kandungan di dalamnya. Tetapi apabila ditambah dengan kopi yang mengandungi kafein dan krimer bukan tenusu, ia akan meningkatkan paras trigliceride di dalam darah yang menjadi punca kolestrol jika diambil berterusan. Malah kandungan kafein akan menghalang penyerapan khasiat kunyit hitam secara optimum oleh badan. Akhirnya kunyit hitam itu hanyalah sekadar nama di atas plastik yang tidak memberi sebarang khasiat ketika diambil. Ruginya.

Bahan sudah bagus tetapi akibat dari campuran yang tidak sihat dan mendapat kajian yang teliti menjadikan ianya satu kerugian yang besar.

 

2. Rendah carbohidrat dan Glisemik Index (GI)

Ini perlu dititikberatkan kerana terlebih karbohidrat dan GI akan menjadi punca kegemukan dan datangnya penyakit.

Malah ada juga produk yang dihasilkan dari makanan dan buah yang disebut di dalam Quran, tetapi perlu juga melihat kepada kandungan karbohidrat dan nilai GI nya bagi mengelakkan pengambilan yang berlebihan yang menjadi faktor penyumbang penyakit.

Contoh jika ingin mengamalkan madu. Madu adalah manis, dan hanya digalakkan diambil seperti mengamalkan supplement lain iaitu dalam kadar yang sederhana. Dengan ini, khasiat madu masih lagi boleh diperolehi.

Selain fokus pada kandungan bahan sesuatu produk, jumlah karbohidrat dan GI di dalam minuman atau jus kesihatan dan protein shake yang dijual dipasaran perlulah dibaca dengan teliti sebelum diambil.

Ini kerana, kita ambil untuk sihat dan bukannya menambahkan masalah kesihatan pada tubuh badan.

 

3. Organik

Kenapa organik ini penting?

Bahan organik ialah bahan yang mimik dan mudah diserap oleh sistem badan kita. Jadi penyerapan akan lebih baik tanpa mengganggu sistem di dalam badan dan tidak memberi impak yang buruk jika diamalkan untuk jangka masa yang lama.

 

4. Kandungan bahan dan nutrisi

Setiap kali kita membeli sesuatu supplement, pastikan kita baca terlebih dahulu bahan dan kandungan nutrisi. Ini penting untuk mengelakkan dari terambil produk yang mempunyai kandungan seperti gula, krimer bukan tenusu, bahan kimia, pengawet dan pewarna tiruan.

Malah kandungan nutrisi juga penting untuk menentukan bahawa produk yang dibeli itu setanding dengan duit yang dibayar. Dan elakkan dari produk yang mempunyai kandungan transfat, karbohidrat dan gula yang tinggi.

 

5. Dibantu dan diguide oleh orang berilmu

Untuk pengambilan ubat-ubatan, akan ada pharmasist yang membantu mengenalpasti tindakbalas setiap ubat-ubatan (drug-drug interaction) yang diambil bagi mengelakkan berlakunya keracunan dan tindakbalas yang boleh membawa maut.

Begitu juga dalam pengambilan supplement, untuk dapatkan kesan yang optimum dan sesuai dengan masalah kesihatan yang dihadapi, penting untuk amalkan pada masa yang betul dan dos yang betul. Dan ini semua Aini akan guide pada semua customer Aini ketika membeli.

Ok sekarang kita dah tau tips memilih supplement, jom Aini share kenapa Aini memilih produk Shaklee berbanding dengan produk jenama lain.

 

Kenapa supplement Shaklee?

Bila Aini baca berkaitan dengan kisah Dr Forest C Shaklee menjadikan Aini semakin kagum dengan produk Shaklee. Ok meh Aini ceritakan secara ringkas berkaitan Shaklee. Nak cerita panjang mau 3 hari pun tak habis. Hehee

 

1. Company pertama dan tertua di dunia

Supplement Shaklee ini dah lebih 100 tahun bertapak di dunia semenjak diperkenalkan oleh Dr Forest C Shaklee. Dr Forest banyak meng-explore dan mengaitkan dengan kejadian alam dan kesihatan.

Menjadi yang pertama

  • Merupakan company supplement pertama di dunia yang memperkenalkan perkataan vitamin
  • Company pertama yang menghasilkan supplement multivitamin dan protein shake di dunia sebelum jenama lain memasarkan produk mereka.
  • Yang pertama di dunia – Company pertama yang memperkenalkan multivitamin, protein, yang dibawa ke angkasa lepas

Malah barisan penyelidik pun bukan calang-calang kerana kebanyakan dari penyelidik Shaklee memegang Nobel Prize Winner.

 

Prinsip utama

Shaklee memegang 3 kunci utama dalam penghasilan produk iaitu

2. Selamat

Company Shaklee telah melakukan lebih 100, 000 ujian kualiti setiap tahun

Selain itu, setiap satu bahan botanikal yang akan dimasukan dan dicampur untuk menghasilkan 1 produk perlu menjalani saringan sebanyak 350 ujian. Ini adalah untuk mengelakkan bahan yang digunakan itu tercemar dengan bahan perosak, baja dan bahan kimia.

Setiap satu bahan dikaji, ini bermakna, jika dalam satu produk ada 30 bahan, maka kesemua 30 bahan ini akan melalui proses saringan.

Disebabkan saringan ini, Shaklee telah melangkaui piawaian yang ditetapkan oleh Pharmacopeia Amerika Syarikat. Means over expectation.

 

3. Terbukti

Terdapat lebih dari 100 patents dan patent pending yang sedang diproses. Dan ini penting untuk membuktikan bahawa bahan dan kandungan produk adalah hak milik dan dicipta oleh Shaklee dan tidak boleh ditiru oleh company lain. Ini adalah penting untuk mengelakkan dari penipuan dan produk tiruan.

Lebih dari 100 kajian saintifik yang telah diterbitkan. Malah terbukti melalui kajian saintifik di dalam The Landmark Study dengan kerjasama dari University of California, Berkeley (2005) dan Tufts University (2015) yang membuktikan bahawa produk Shaklee memberikan kesan yang lebih baik dan memperbaiki kesihatan yang lebih baik pada semua pengguna yang telah mengamalkan selama lebih dari 17 tahun.

Nampakkan betapa telitinya pihak saintis dan company dalam menjaga penghasilan produk Shaklee ini.

 

4. Berkesan

Produk Shaklee pernah terpilih oleh Oprah Show yang menceritakan kebaikan produk. Malah ketika Barrack Obama menjadi presiden US, beliau menawarkan kepada semua company untuk memperkenalkan produk household untuk digunapakai sebagai pembersih di rumah agam itu. Kerana anak beliau sensitif. Dan produk yang terpilih adalah produk Shaklee.

Selain itu juga ianya diambil oleh world-class athlete dan astronot NASA.

 

5. Award winning

Mesra alam – merupakan company yang pertama di dunia yang dianugerahkan dengan anugerah Climate Neutral Certificate semenjak 2000. Anugerah ini membuktikan bahawa Shaklee tidak pernah membebaskan asap yang merbahaya yang merosakkan lapisan ozon.

Malah dinobatkan sebagai Malaysia’s Trusted Brand selama 3 tahun berturut-turut yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia menjadikan Shaklee sebagai supplement pilihan utama untuk diamalkan.

 

Ok ini antara kelebihan yang Aini boleh sharekan dengan anda semua walaupun banyak lagi yang Aini nak share.

Pada anda yang nak try dan beli supplement Shaklee ini, boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *