Set Kurus Shaklee : 3 Langkah Paling Berkesan ǀ Aini Salleh

Set Kurus Shaklee : 3 Langkah Paling Berkesan | Aini Salleh

Entry kali ini Aini share dari pengalaman Aini dalam menurunkan berat badan dari 53.50kg sehingga ke 45.50kg. Penurunan sebanyak 8.0kg. Hanya dengan 3 langkah paling berkesan melalui Set Kurus Shaklee.

3 langkah paling berkesan untuk kurus dan sihat melalui Set Kurus Shaklee

Semakin hari semakin stress dengan berat badan dan bentuk badan yang makin membesar dan lebar. Kebanyakan baju dan seluar sudah tidak muat dan menjadi ketat. Sudah macam-macam diet telah dilakukan tetapi masih tiada perubahan.

Aini dulu pun macam ini juga. Bertahun berzikir nak kurus tetapi tak kurus juga. Time puasa Alhamdulillah dah kurus tapi itupun kejap je. Lepas tu naik balik berat ke asal.

Tetapi apa yang Aini perasan, bila Aini amalkan Set Kurus Shaklee ini, memang sangat-sangat membantu untuk maintainkan berat secara konsisten. Walaupun ter-cheat sehari dua, tapi berat maintain. Kadangkala naik tetapi dalam tempoh sehari ke tiga hari, berat kembali normal. Alhamdulillah.

Untuk mendapatkan kesan yang optimum, Set Kurus Shaklee terbahagi kepada 3 langkah utama iaitu:

LANGKAH 1 : Detox dan optimumkan fungsi organ perkumuhan

Dalam journey kurus, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah detox terlebih dahulu. Kenapa detox? Sebab ia membantu membuang dan membersihkan terlebih dahulu sisa-sisa toksin yang menghuni di dalam badan. Malah memberi persediaan kepada sel badan untuk menerima makanan yang lebih sihat dan proses kurus itu berjalan lancar.

Sebab itu tidak pelik kenapa ada orang yang prosesnya laju dalam menurunkan berat badan.

Jadi apa nak buat untuk kurus dan kembalikan balik kesihatan ke arah yang lebih baik? Kena mula dengan buang semua punca masalah. Macam mana nak buang? Melalui detox. 

Dalam badan kita terdapat organ detox yang membantu untuk detox dan meyingkirkan toksin keluar dari badan. Tetapi bila dah semakin banyak sumber tidak sihat masuk / toksin masuk dalam badan, ditambah pula dengan pengambilan makanan yang tidak sihat, disumbat lagi, lagi dan lagi, lama-kelamaan organ detox kita menjadi penat dan tidak dapat berfungsi dengan efektif.

Sebab tu kita perlukan booster untuk boost fungsi dan sokong organ detox. Dan juga membantu penghadaman dan pencernaan yang lebih baik. Selain tu juga, toksin juga menjadi penghalang penyerapan nutrisi dari sumber makanan dan vitamin ke dalam tubuh badan.

Antara produk detox ialah :

Herb-lax

Set Kurus Shaklee : 3 Langkah Paling Berkesan ǀ Aini Salleh
Herb-lax

Keistimewaan : Mengandungi campuran tumbuhan semulajadi termasuk daun senna yang digunakan secara traditional sebagai laksatif semula jadi.

Cara tindakan : Akan memberikan kesan dalam tempoh 8 – 12 jam selepas pengambilan.

Fungsi Herb-lax dalam set kurus Shaklee :

  • Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan/detox semula jadi tubuh
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu menyelesaikan masalah sembelit kerana selepas hati menyingkirkan toksin, salah satu cara usus besar membuang ialah melalui najis. Jika berlakunya sembelit, toksin akan diserap semula ke dalam badan.
  • Membantu mengempiskan perut
  • Membantu melawaskan pembuangan air besar
  • Membantu menyingkirkan toksin dalam usus termasuk lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dan sangat diperlukan dalam proses detox.

Vivix

Set Kurus Shaklee : 3 Langkah Paling Berkesan ǀ Aini Salleh
Vivix

Keistimewaan : Vivix merupakan resveratrol, iaitu bahan daripada kumpulan polyphenol yang paling efektif. Resveratrol tergolong dalam akta ubat dan pharmaceutical yang mempunyai potensi penyembuhan. Akan tetapi Shaklee telah memformulasikan semula dan mendaftarkan ianya sebagai botanical beverage di bawah kategori makanan.

Resveratrol adalah bahan aktif yang mempunyai efek anti-oksidan dan anti-inflamasi. Malah ia juga bertindak sebagai anti-diabetis yang membantu memulihkan semula pankreas agar pankreas kekal sihat dan boleh berfungsi dalam menukarkan gula kepada tenaga. Dan membantu meng-optimumkan fungsi insulin dan insulin sensitiviti agar berada di paras yang normal. Dengan ini, lemak akan digunakan sebagai sumber pembakaran.

Selain itu, polyphenol di dalam Vivix juga bertindak sebagai anti-angiogenesis iaitu proses yang menghalang berlakunya penghasilan salur darah baru. Dan proses ini sekaligus menghalang pertumbuhan sel-sel darah yang tidak normal termasuk sel kanser/tumor.

Dan bagaimana Vivix membantu dalam proses kurus? Apabila kegemukan berlaku, tisu adipos akan menjalankan proses pembentukan semula tisu adipos (adipose tissue remodelling) yang akan menyebabkan proses angiogenesis kurang efektif. Dan ini akan menyebabkan sel adipose tidak berfungsi dan sel akan mati. Dengan adanya kandungan polyphenol di dalam Vivix akan membantu menghalang pembentukan tisu adipos.

Vivix juga membantu dalam mengelakkan craving kepada gula dengan menghantar signal ke otak. Brain protective properties akan membantu revive otak untuk mengurangkan rasa lapar dan craving kepada gula. Dan membantu meningkatkan signal neurotransmitter di otak lebih aktif agar cepat dalam memberi signal kenyang dengan lebih cepat.

Mengelakkan pembentukan protein AGE dari gula yang akan menyebabkan kerosakan kepada sel dan menyumbang kepada penyakit diabetis.

Cara tindakan : Super anti-oksidan yang melindungi sel dari kerosakan yang disebabkan oleh toksin dan radikal bebas.

Fungsi Vivix dalam set kurus Shaklee :

  • Membantu mengurangkan pengumpulan lemak dan menghalang pembentukan lemak dari terjadi. Dengan ini dapat membantu meningkatkan metabolisma badan dan membakar lebih lemak. mempercepatkan proses kurus.

 

LANGKAH 2 : Booster

Apabila punca toksin telah disingkirkan dari tubuh badan, dengan ini akan membantu meng-optimumkan penyerapan nutrisi dan vitamin dalam tubuh untuk membantu mempercepatkan lagi proses kurus, weight loss dan inci loss.

Dan untuk kesan yang lebih efektif, kita boleh boost dengan :

Omega Guard

Set Kurus Shaklee : 3 Langkah Paling Berkesan ǀ Aini Salleh
Omega Guard

Keistimewaan : Omega Guard dihasilkan melalui tangkapan ikan-ikan kecil kerana kandungan bahan tercemar dan logam di dalam ikan kecil lebih rendah berbanding ikan yang bersaiz besar. Selepas itu ia melalui 3 peringkat penyulingan untuk menyingkirkan bahan logam dari kandungan utama.

Cara Tindakan : Mengandungi omega-3 yang tinggi dengan kandungan DHA dan EPA di dalam setiap kapsul dapat membantu dalam meningkatkan metabolisma badan agar proses pembakaran lemak berlaku lebih aktif dan kurus lebih cepat. Malah merangsang enzim yang mengangkut lemak untuk dijadikan tenaga.

Fungsi Omega Guard dalam Set Kurus Shaklee :

  • Membantu meningkatkan hormon Leptin, iaitu hormon yang mengawal selera makan. Hormon leptin juga meningkatkan metabolisma tubuh badan sekaligus membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cepat. Makin tinggi tahap leptin, makin lambat kita rasa lapar. Sebab itu ianya sesuai untuk diambil ketika intermittent fasting (IF).
  • Pengambilan omega-3 membantu merangsang sensitiviti insulin dalam darah. Dengan ini lemak lebih sukar untuk disimpan. Apabila kadar insulin rendah, pembakaran lemak akan berlaku.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin dan memberi signal kepada otak untuk rasa kenyang dan sekaligus membantu mengawal selera makan.
  • Bersifat sebagai anti-radang sebab apabila exercise atau banyak bergerak dan bekerja, akan berlaku proses pengoyakan tisu yang membuatkan rasa kejang dan sakit. Ini menunjukkan berlakunya keradangan pada otot.

Lecithin

Set Kurus Shaklee : 3 Langkah Paling Berkesan ǀ Aini Salleh
Lecithin

Keistimewaan : Diekstrak dari soya tanpa penggunakan bahan pewarna, pemanis dan pengawet.

Cara Tindakan : Membantu memecahkan lemak dalam tubuh dengan lebih efisen.

Fungsi Lecithin dalam Set Kurus Shaklee :

  • Membantu mengemulsikan/memecahkan lemak kepada saiz yang lebih kecil supaya ia mudah diserap oleh sel badan semasa proses penghadaman. Dan sekaligus meningkatkan metabolisma dengan menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga.
  • Sumber cholin yang terhasil dari lecithin juga membantu menurunkan berat badan.

LANGKAH 2 : Membina otot dan membekalkan tenaga

Cinch Shake Mix

Set Kurus Shaklee : 3 Langkah Paling Berkesan ǀ Aini Salleh
Cinch Shake

Keistimewaan : Merupakan minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan (meal replacement) sepanjang proses menurunkan berat badan. Lengkap dengan segala protein yang diperlukan oleh tubuh badan

Cinch Shake Mix mengandungi bahan utama iaitu leucine – sejenis asid amino penting. Tubuh badan tidak dapat menghasilkan leucine, oleh kerana itu, ia mesti diperolehi dari sumber makanan yang lain. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leucine bermanfaat dalam :

  • Menggalakkan penghasilan otot
  • Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak
  • Menyokong memulihkan otot
  • Membantu memulihkan tisu dan otot yang koyak selepas bersenam

Ia didatangkan dalam 3 perisa yang menyelerakan iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Cara pengambilan boleh dipelbagaikan sama ada melalui mix and match dengan flavor yang berlainan atau dicampurkan dengan buah, susu dan sebagainya.

Cara tindakan : Pengambilan cinch akan memberikan lebih kepuasan dan mengenyangkan.

Fungsi Cinch Shake Mix dalam set kurus Shaklee :

  • Untuk mendapatkan bentuk tubuh badan yang cantik. Leucine akan mengekalkan jisim otot dan memelihara dan membina otot tanpa lemak supaya badan lebih tegap. Jadi badan akan kurus tanpa menggelebeh. Tugas Leucine adalah membina otot semasa penurunan berat badan berlaku.
  • Cinch Shake Mix membantu mengawal selera makan bagi anda yang tidak mampu kawal nafsu makan.
  • Membantu membakar lemak yang berlebihan dan tidak diperlukan dalam badan serta mengurangkan inci pada badan dengan cepat.

Selain dari info ni, anda boleh juga baca artikel set kurus Shaklee ini.

Menarikkan setelah mengetahui bagaimana 3 langkah utama Set Kurus Shaklee berfungsi dalam membantu menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.

Dengan setiap pembelian Set Kurus Shaklee (Premium) ini akan melayakan anda untuk mendapat

  • Harga ahli RM752
  • Percuma keahlian RM35
  • Percuma postage RM10
  • Cash rebate RM36
  • PENJIMATAN sehingga RM360

Whatsapp Aini untuk order atau consultasi berkaitan Set Kurus Shaklee di 0123990287

Baca juga berkaitan dengan intermittent fasting (IF) dalam membantu anda kurus.

InsyaAllah next entry Aini kan share lebih detail bagaimana supplement ini membantu dalam proses intermittent fasting untuk kurus dengan baik disamping mencukupkan nutrisi tubuh badan.

Koleksi Testimoni Set Kurus Shaklee yang telah berjaya dapatkan berat idaman mereka.

Aini Salleh

Similar Posts

2 Comments

    1. Betul tu. Sebab supplement ni sebagai pelengkap kepada micronutrient yang diperlukan oleh badan. Cukup nutrisi, badan pun kurus dan sihat, insyaAllah ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *