Kemeriahan Shaklee Fun Day Event, The Best Day Ever ǀ Aini Salleh

Sepanjang Aini berbisnes bersama Shaklee, tak pernah tak best. Sebab bila bersama Shaklee, akan ada je benda baru, ilmu baru, pengalaman baru dan kenalan baru. Alhamdulillah syukur Allah jumpakan Aini dengan bisnes Shaklee ini.

Dan baru-baru ni, Shaklee telah mengadakan majlis Shaklee Fun Day Event bersama untuk meraikan semua ahli baru dan lama yang telah bersama Shaklee. Boleh juga baca entry Shaklee Fun Day ini.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah sediakan oleh pihak management sepanjang seharian program bersama Shaklee. Dan program ini hanya diadakan di branch Shaklee yang berdaftar sahaja. Nak tahu apa ativiti best sepanjang Shaklee Fun Day ni, haaa kenalah baca sampai habis entry ini ????

Macam Aini beritahu tadi, event ini hanya ada kat branch Shaklee yang terpilih sahaja dan fullday tau.

  1. Venue
    • Shaklee Home Office (HO) Bandar Sunway , Petaling Jaya
    • Shaklee Sunway Velocity , Kuala Lumpur
    • Shaklee Kota Bharu , Kelantan
    • Shaklee Johor Bahru , Johor
  2. Tarikh
    • 18 March 2023

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk beramah mesra dikalangan ahli lama dan new member yang baru mengenali dan menjadi sebahagian daripada family Shaklee. Tetapi yang paling bestnya adalah aktiviti yang diadakan sepanjang event berlangsung.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah

1. Try me

Haa kalau anda nak try produk Shaklee, time ni la kena grab peluang yang ada untuk cuba setiap produk yang disediakan. Macam baru ni pelancaran set 1-2-3, jadi boleh la nak merasa air perfomance drink lime.

Air Performance Drink ni kalau minum time tengah dahaga, nak-nak time panas, Ya Allah, terasa segar je badan, sejuk je tekak. Nikmatnya. Dan yang paling best, hilang semua dahaga sepanjang hari tu, ajaib sangat.

So pada yang nak rasa kenikmatannya, wajib grab peluang ni untuk cuba. Rugi tau kalau tak cuba.

2. Flash sale

Ini lagi satu paling best yang mana akan ada promo best dan harga super duper discount untuk produk yang Shaklee offer. Shaklee ni bila buat event, promosi memang giler-giler best. Jimat kaw kaw beli time event.

Dan baru ni ada promo Youth Skincare dan boleh dapat sampai 40% diskaun. Wowww sangat. Dahla produk premium, ishhh tak tahu nak cakap macam mana. Memang kena rebut flash sale ini.

3. Lucky draw / cabutan bertuah

Ok meh Aini bocorkan rahsia sikit. Kalau anda nak tahu, cabutan bertuah Shaklee ni bukan sembarangan hadiah akan dapat. Hadiah semua gempak-gempak yang mana boleh dapat supplement best termasuk Vivix, ResV, Vitamin C Sustained Released dan banyak lagi.

Tetapi nak dapat semua ini mestilah join Shaklee Fun Day event di branch terpilih sekitar anda. Dan pada masa yang sama anda boleh juga join jadi member dan jadi sebahagian dari family Shaklee. Once anda menjadi member, anda boleh membeli produk dengan harga special. Dan anda juga boleh mulakan bisnes Shaklee bersama Aini dan Impeeyan Academy.

4. Freegift

Haaa ini lagi satu, freegift dan goodies, bukan setakat ahli baru je yang dapat hadiah, tetapi ahli lama pun dapat juga. So takde istilah pilih kasih ya. Dan inilah yang bestnya dengan event yang Shaklee anjurkan. Antara hadiah yang akan dapat ialah

Payung, Note Book Shaklee, City Bag City Bag, D’daun Bag dan sebotol Alfafa Complex L

Punch & Ceramic Mug With Lid 400ml, Note Book, Blue Shimmer Cosmetic Case, Youth Cleanse, Firm Device, Alfafa Complex L dan Shaklee Shopping Grocery Bag Device

Aini sendiri pun tak tahu berapa yang Shaklee invest untuk sediakan semua ini. Tetapi yang pasti, semua orang boleh dapat semua hadiah ini. Best ke best.

5. Skin analysis, weight check up and bone analysis

Ini antara yang paling best yang patut anda semua participate. Sebab semua mesin yang Shaklee gunakan adalah yang berkualiti. Malah membantu untuk kita tahu kondisi semasa kulit, tulang dan berat badan kita.

Selain itu, kita boleh mendapatkan konsultasi dari nutiritionist Shaklee. Semua ini free je tau. Tak perlu keluarkan duit sedikit pun. Untungkan.

Ok inilah antara aktiviti sewaktu event. Kalau anda nak merasa sendiri kemeriahan dan keseronokannya, boleh contact dan pergi bersama Aini di next event. Save no Aini siap-siap ya < 012 399 0287 >

Jumpa anda di next entry

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *