Keburukan Intermittent Fasting Terhadap Faktor Fizikal dan Emosi Yang Ramai Tidak Tahu ǀ Aini Salleh

Baru tahu apa itu intermittent fasting (IF)? Baru nak buat IF? Ada kesan buruk ke buat intermittant fasting ini?

Iya, takpe, bukan anda seorang je yang baru nak buat atau baru tahu pasal intermittent fasting ini. Aini pun macam anda, malah baru je nak explore berkaitan IF ini dan baru beberapa bulan amalkan. Kalau bukan sebab nak kurus, mesti sampai ke hari ini Aini tak tahu apa itu IF. Anda boleh juga baca berkaitan intermittent fasting ini.

Nak cakapnya, Alhamdulillah masih belum terlambat dan ketinggalan zaman untuk mulakan IF. Hehe ????

Sepanjang Aini kurus melalui formula Fat Burning Machine (FBM) ini, Aini bermula dengan intermittent fasting (IF). Dan dalam kajian, IF adalah salah satu teknik yang terbaik untuk menurunkan berat badan especially bila dikaitkan dengan autophagy.

Aaa sudah, apa pulak autophagy ni? ????

Ok, secara ringkasnya, autophagy ni proses renew sel. Yang mana sel yang rosak akan dibaikpulih dan sel lama akan kembali sihat seperti sel baru. Dan yang paling best ialah bila badan dah mula berpenyakit, autophagy ini akan membantu reset semula tubuh badan kita ibarat macam dapat tubuh baru dan kembali sihat dan cergas. Penyakit ini termasuklah seperti kencing manis, darah tinggi dan even kanser.

Alhamdulillah hebatnya kuasa Allah.

Inilah ilmu tersirat disebalik perintah Allah bilamana kita diperintahkan untuk berpuasa sejak beribu tahun dahulu. Walaupun pada ketika ini tiada lagi teknologi dan kajian yang dijalankan.

Ok berbalik semula kepada Formula FBM, IF sahaja tidak mampu untuk membantu penurunan berat badan secara sihat. Ia memerlukan beberapa lagi step untuk membantu melengkapkan proses penurunan berat badan. Salah satunya ialah dengan mengambil suppement Shaklee.

Supplement Shaklee merupakan gabungan terbaik pada yang mengamalkan IF kerana ia membantu melengkapkan nutrisi yang lompong sepanjang tempoh IF itu sendiri. Malah Shaklee merupakan Supplement Terbaik yang membantu untuk mencukupkan kembali nutrisi untuk keperluan badan seharian.

Aini dah rasai keberkesanannya. Tak nak percaya? Takpe, anda amalkan je dulu dan rasa kesannya sendiri.

Berapa lamakah kita perlu berpuasa untuk mencapai fasa autophagy?

Selain itu, untuk mencapai proses autophagy ini, kita digalakkan berpuasa sekurang-kurangnya 18 jam untuk memasuki fasa autophagy. Dan boleh berpuasa sehingga 72 jam untuk menggalakkan dan meningkatkan proses cleansing autophagy berlaku.

Tetapi tahukah anda, bila terlalu lama anda berpuasa, ia akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan badan anda?

Ok meh Aini nak share sedikit berkaitan ini.

Kesan buruk intermittent fasting terhadap faktor fizikal dan emosi yang ramai tidak tahu

Walaupun intermittent fasting merupakan cara terbaik untuk menurunkan berat badan, tetapi terdapat beberapa kesan buruk yang akan berlaku sekiranya anda melakukan IF berterusan. Dan ini terkait dengan faktor fizikal dan emosi.

Faktor fizikal

1. Menggalakkan kerosakan dan pengurangan penghasilan collagen

Bagaimana ini boleh berlaku? Badan kita mengandungi lebih kurang 90% kolagen yang membantu pembentukan rambut, kulit, kuku, organ, tulang dan ligamen. Oleh kerana itu, kekurangan kolagen akibat dari faktor dalaman dan luaran akan memberikan masalah lain kepada tubuh badan. Apatah lagi sekiranya penghasilan kolagen yang terbantut akibat dari IF dan autophagy.

Antara masalah yang akan anda hadapi ialah kuku mudah rapuh, tulang rawan akan haus, sakit sendi, rambut gugur dan kulit akan mudah kendur dan tua dari usia.

2. Kekurangan sumber mineral

Selain itu, kekurangan sumber mineral akibat tempoh puasa yang panjang akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan juga. Bila anda mengamalkan IF secara berterusan, nutrisi badan akan berkurangan termasuklah zinc akan semakin berkurang. Dan inilah puncanya kenapa rambut gugur lebih banyak dari kebiasaan.

Kekurangan sumber kalsium juga akan menyebabkan sakit-sakit pinggang dan kaki cramp. Ada orang panggil sesemut atau tarik mengkarung. Walau apapun namanya, ini adalah tanda-tanda kekurangan sumber kalsium di dalam tubuh badan.

Ok ini melibatkan faktor fizikal. Antara kesan buruk yang terkait dari IF berpanjangan juga termasuklah faktor emosi.

Faktor emosi

Faktor emosi ini boleh terjadi apabila rasa letih dan lesu sepanjang hari. Dan ini bukan sahaja melibatkan performance kerja anda seharian, malah, ia juga akan melibatkan kesan negatif kepada otak dan emosi anda.

Kebiasaannya bila kita kelaparan, kita akan ada tendency untuk marah dan mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati orang lain. Akhirnya, anak-anak menjadi mangsa, dan boleh jadi hubungan di antara rakan sepejabat menjadi tegang. Setuju?

Sebab itulah, kita digalakkan untuk berpuasa pada kadarnya. Dan sebaik-baik puasa ialah dengan melakukan puasa di bulan Ramadhan, puasa Isnin Khamis atau puasa Nabi Daud. Malah puasa Ramadhan merupakan puasa yang diperintahkan kerana berpuasa sebulan di bulan Ramadhan adalah puasa yang sangat membantu mempercepatkan proses autophagy.

Bagaimana?

Kerana di bulan Ramadhan, dalam keadaan berpuasa dan ditambah dengan berbuka puasa dengan mengamalkan pemakanan yang betul, insyaAllah akan membantu proses autophagy berlaku lebih baik dan penurunan berat badan akan berlaku lebih cepat.

Kuncinya ialah dengan berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan yang betul. Apa yang dikatakan pemakanan yang betul itu? Ok untuk part ini, Aini akan share di next entry ya.

Antara langkah lain ialah dengan mengambil supplement yang tepat yang membantu menyokong proses autophagy iaitu yang mempunyai bahan aktif yang dikenali sebagai Resveratrol. Antara supplement Shaklee yang mempunyai bahan aktif ini ialah Vivix, ResV dan CoQ-Trol.

anda boleh juga baca artikel intermittent fasting ini.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *