7 Amalan dan Keperluan Wanita Mengandung First Trimester : Physiological and Emotional State | Aini Salleh
Tengah mengandung? Alhamdulillah, tahniah Aini ucapkan kepada anda dan semua WANITA MENGANDUNG yang lain. Haaa mesti nak tau apa yang Aini akan share kali ini kan. Ok jom teruskan baca. Mana tahu ada something yang boleh membantu anda. Setiap orang fasa preggy-nya berbeza. Ada yang lalui dengan sihat dan tenang. Ada yang diuji dengan masalah…
Tengah mengandung?
Alhamdulillah, tahniah Aini ucapkan kepada anda dan semua WANITA MENGANDUNG yang lain. Haaa mesti nak tau apa yang Aini akan share kali ini kan. Ok jom teruskan baca. Mana tahu ada something yang boleh membantu anda.
Setiap orang fasa preggy-nya berbeza. Ada yang lalui dengan sihat dan tenang. Ada yang diuji dengan masalah kesihatan sama ada di fasa first trimester, second dan ada yang mengalaminya sehingga ke hujung pregnancy. Dan ini semua akan memberi kesan kepada kestabilan emosi seseorang.
InsyaAllah Aini akan sharekan bagaimana nak lalui fasa mengandung ini dengan enjoy.
7 Amalan Untuk Wanita Hamil First Trimester
1. Niat
Kenapa Aini meletakkan niat sebagai amalan dan keperluan utama WANITA MENGANDUNG untuk first trimester ini?
Sebab baru-baru ini Aini ada terbaca satu luahan dari seorang pengasuh yang menjaga seorang baby yang datang setiap pagi dalam keadaan yang sangat kotor bajunya, tidak terurus malah keperluan harian baby sentiasa tidak mencukupi ketika dihantar kepada pengasuh.
Apabila pengasuh meminta di topup keperluan pampers dan susu baby, dimarahi kembali malah sehingga mengeluarkan ayat,
“Kalau taknak jaga baby ini, aku buang je dia”.
Maka nak taknak pengasuh terpaksa menjaga dan mujur pengasuh itu mempunyai anak yang lebih kurang sama umur dengan baby yang diasuhnya. Suaminya pula bukanlah kerja yang bergaji besar. Tetapi demi baby yang diasuhnya, dia terpaksa dan mana-mana yang boleh diberikan, dia akan kongsikan dengan baby itu.
Pada ketika itu, baby sudah mencecah 9 bulan. Setiap kali datang dalam keadaan baju yang sangat kotor dan busuk. Dan apabila melihat pengasuh melayan anak mereka, anak kecil itu melihat je seperti mengharapkan benda yang sama dari parent dia. Tetapi hampa.
Parent baby itu? Wallahu’lam. Tiada siapa yang tahu apa masalah sebenar. Yang pasti mereka muda dan bekerjaya dan mungkin belum bersedia menerima kehadiran si kecil dalam hidup.
Sebab apa Aini bawakan kisah ini?
Sebab Aini nak kita semua betulkan semula niat kita terhadp rezeki yang Allah berikan ini.
Niatkan yang anda preggy ini adalah kerana Allah. Allah izinkan anda mengandung sebab ada di antara kita yang tengah berusaha bermacam cara tetapi masih belum lagi dikurniakan anak.
Kita selalu berdoa meminta diberikan anak. Jadi inilah peluangnya untuk kita hargai dan berterima kasih dengan Allah atas rezeki yang diberikan. Dalam masa yang sama kita juga perlu usaha minta Allah permudahkan urusan kita sepanjang tempoh preggy ini.
Dan jika kita tidak berdoa meminta sekalipun atau tidak bersedia, anggaplah ini adalah satu hadiah yang Allah berikan kepada kita untuk melengkapkan sisi hidup kita yang belum lengkap. Dan boleh jadi Allah ingin kita belajar sesuatu dengan kehadiran si kecil ini.
Boleh jadi Allah hantarkan si kecil dalam perut itu untuk kita belajar erti menjaga hati orang lain yang selama ini kita terlepas pandang dan terlepas kata.
Boleh jadi Allah hadirkan si kecil ini untuk mengajar kita erti kepenatan turun naik klinik untuk check up setiap bulan yang memerlukan komitmen terhadap hadiah dari Allah sebelum Allah berikan sesuatu yang lebih besar lagi.
Kenapa Aini ceritakan ini semua?
Sebab Aini suka mendengar dan melihat sekeliling dan jadikan ianya sebagai motivasi dan penambahbaikan untuk masa akan datang. Dan Aini banyak mendengar dari all parties termasuklah yang single, yang preggy dan sudah beranak pinak. Masing-masing meluahkan situasi yang dihadapi.
Sebab itu Aini tekankan kenapa pentingnya niat ini. Dan yakinlah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
2. Bersyukur
Semua orang yang singgah dan baca entry Aini ni mostly kawan-kawan yang happy bila dapat berita gembira ni kan. Sebab tu anda baca post ini kan.
Jadi jom kita sama-sama ucapkan Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan.
Disamping itu, kita kena juga mengingatkan diri kita yang baby ini ialah amanah dan tanggunjawab yg perlu dipikul.
Anak ini tanggungjawab yang sangat besar. Bukan selepas preggy dan bersalin itu menjadikan kita terlepas dari tanggungjawab. Tanggungjawab yang lagi besar sedang menanti iaitu mendidik dan membesarkan anak.
Jadi banyakkan membaca dan mendalami ilmu parenting dari sekarang. Dan from time to time upgrade and keep on upgrade. Nak menjadi parent memang mudah tetapi menjadi parent yang bila ditanya ketika di akhirat kelak,
“Adakah kamu telah menjalankan amanah yang Aku amanahkan? Mendidik anak mengenali dan menjalankan perintah Aku dan mencintai RasulKu? menjadi pemudah cara untuk kamu masuk syurga?”
Takutkan. Tapi inilah realitinya.
Aini doakan semoga kita semua menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan baik. InsyaAllah
3. Luangkan masa berbual dengan baby di dalam perut
Ini pun satu terapi buat kita. Berbuallah yang baik-baik sebab aura seorang ibu dan anak akan membina jalinan dan ikatan untuk saling memahami antara satu sama lain.
“Baby mama yang mama sayang, be good ya. Mama harap baby sihat sentiasa. Mama kena sabar untuk baby. InsyaAllah morning sickness ni akan jadikan mama lebih kuat untuk lahirkan baby nanti. Sebab baby mama ni hadiah dari Allah.”
Masa Aini preggy dulu, dah masuk third trimester, tapi baby masih lagi songsang. Jadi banyak berbual dengan baby,
“Baby mama good boy, mama nak bersalin normal. Nanti baby tolong pusing ya. Mama nak baby sihat dan boleh lahir normal macam orang lain. Baby mama good boy”
Ini yang Aini sentiasa doa sambil usap perut. Ofkos la sambil usaha teknik sujud lama dan tinggikan punggung. Dan Alhamdulillah Aini dapat bersalin secara normal.
Sebab itu kita digalakkan agar sentiasa berfikir dan berdoa yang baik dan seiring dengan tindakan.
4. Berbuallah dengan Allah
Berbual dengan Allah. Luah je dengan Allah seperti anda meluahkan pada orang rapat. Sebab kita kena pegang bahawa, Allah Maha Mendengar dan Maha mengabulkan doa hamba-hambaNya.
Jadi berdoalah. Berbuallah dengan Allah seperti kita berbual dengan teman rapat kita. Sebab bila berbual dengan Allah, tiada yang akan judge dan tiada yang memberikan kata-kata yang menyakitkan hati kita.
Nak berbual tak semestinya berada di atas tikar sejadah dan perlu mengangkat tangan. Anytime anywhere.
Dan jika anda ada terasa nak putus asa dan penat disebabkan morning sickness, punnn berbuallah dengan Allah dan minta Allah mudahkan urusan anda.
Dan jagalah tutur kata sebab dikhuatiri bila terkeluar keluhan atau perkataan yang tidak baik. Sebab takut sehingga diibaratkan sebagai tidak bersyukur dan itu yang akan membuatkan kita terjatuh di dalam kufur nikmat. Nauzubillah.
Ok next point.
5. Pemakanan
Selain itu, jagalah pemakanan seharian ketika mengandung. Jaga ni bukan bermaksud kena diet atau kontrol makan tau.
Makanlah makanan sihat dan makanlah makanan yang berikan kesihatan baik untuk baby dan diri anda.
Lebihkan pemakanan yang tinggi lemak sihat dan kurangkan atau tinggalkan pemakanan yang tidak baik untuk baby dan mommy preggy.
Bila cerita bab makanan yang kena pantang ketika first trimester ni, macam-macam kita dengarkan. Ada yang kat mitos. Ada yang kata betul-betul kejadian.
Dan kalau tanya Aini, Aini berpegang macam ini je. Badan kita ni sangat special. Fisiologi yang Allah jadikan pada setiap orang sangat unik, jadi jaga sebaiknya.
Makan secara moderate dan pilih source yang baik.
Jika anda dah terbiasa diserang perut kembung dan badan berangin bila makan sayur berwarna putih, jadi elakkan dari memakannya ketika preggy untuk elakkan morning sickness menjadi lebih teruk.
Jika anda makan daging jadi sembelit, maka kurangkan makan daging untuk sementara waktu.
Actually kita dah tahu apa yang boleh dan tak boleh dimakan dari kecil, jadi kita boleh berusaha untuk mengelaknya. Dan semua ini sebenarnya boleh di-reverse dan reset semula dengan formula FBM.
InsyaAllah dengan FBM ni, badan kita akan reset semula dan dalam masa yang sama, ia akan kembalikan kesihatan badan yang lebih baik dari sebelumnya. Berkaitan FBM ini, boleh whatsapp Aini personally untuk dapatkan info lanjut yang lebih details.
6. Aktiviti harian
Kekal aktif. Buat kerja macam biasa dan jangan jadikan fasa preggy ni membuatkan kita terbatas untuk buat sesuatu.
Preggy bukan satu bebanan tetapi satu ladang pahala yang Allah datangkan kepada orang-orang yang dia pilih untuk kumpul pahala banyak-banyak dan tuai masa di akhirat nanti.
So teruskan buat aktiviti harian macam biasa yang tidak membahayakan nyawa diri sendiri dan baby dalam kandungan. Pada masa yang sama, banyakkan rehat dan minum air yang mencukupi.
Tetapi fokus lah elakkan dari angkat benda berat especially yang melibatkan muscle di perut dan pinggang. Kerana ini akan membawa kepada keguguran.
7. Supplement
Ok bila cakap pasal supplement, ada yang terima dan ada yang tidak. Tetapi yang pasti klinik memang akan bagi supplement seperti b complex, asid folik, vitamin C dan zinc untuk bantu melancarkan proses preggy anda.
Dan kalau ikutkan kajian, seorang wanita itu perlu mengambil supplement 6 bulan sebelum preggy. Tetapi masalahnya kita pun kadangkala tak tahu bila preggy.
Sebab itu kita digalakkan untuk mengamalkan supplement sebelum anda merancang berkahwin. Equip kan diri dengan mencukupkan sumber nutrien dari vitamins dan insyaAllah anda akan preggy dalam keadaan yang bertenaga, sihat dan menjadikan journey preggy anda lebih enjoy.
Nak dapatkan set pregnant Shaklee, boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >