Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah | Aini Salleh

Sempena Ramadhan ini, Shaklee memperkenalkan set vitamin kulit dengan harga rahmah yang mengandungi 2 produk utama iaitu ESP protein dan vitamin C. 

Vitamin kulit cantik

Kenapa dua produk ini?

Macam yang kita tahu, kulit ni adalah penyeri dan penampilan pertama yang dlihat. Dan kulit yang cantik dan sihat akan menjadikan seseorang itu lebih berkeyakinan dan tampil anggun dalam semua keadaan.

Bila bercakap pasal kulit muka, ada orang yang memang mempunyai kulit yang sihat dan bebas masalah. Tetapi ada juga yang mempunyai masalah seperti jerawat, parut, tona tidak sekata dan sebagainya.

Dan ini semua akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada keyakinan dan self esteem sseorang.

Cuba anda bayangkan jika muka anda penuh dengan jerawat dan parut, apa perasaan anda? Lagi-lagi bila orang asyik tegur keadaan kulilt anda. Mesti anda rasa sedih dan tidak selesa kan. Dan lama-kelamaan anda akan menjadi malu untuk bersama kawan-kawan dan tidak mahu berjumpa dengan orang.

Jadi di sini Aini akan kongsikan cara bagaimana dua produk ini membantu masalah kuilt anda untuk kembali sihat dan berseri

Kenapa dua produk ini yang ditekankan dalam promosi bulan ini? 

Ok berbalik kepada vitamin kulit cantik rahmah yang diperkenalkan pada bulan ini. Dan demi nak membantu anda yang diluar sana yang ingnkan kulit sihat bebas cela, dua produk ini sangat membantu anda dari segi kesihatan dalaman kulit.

Memandangkan raya semakin dekat, dan makin ramai ingin cantik sebelum raya. Jadi dengan dua produk ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi seperti membantu mengecutkan jerawat, mengurangkan parut dan membantu memulihkan sel kulit dari dalam.

Ini bukan supplement magic, jadi ianya akan tetap memerlukan masa untuk repair dan membina semula sel kulit wajah. Malah supplement Shaklee adalah beyond organic, insyaAllah akan memberi kesan yang lebih baik untuk kulit dan seluruh tubuh badan.

Bagaimana ia membantu kulit cantik dari segi dalaman?

Kulit wajah kita ini terhasil dari rangkaian protein yang membentuk blok atau susunan batu bata yang dipanggil sebagai amino acid. Dan sekiranya susunan batu bata ini tidak kukuh, maka bangunan yang dbina tidak akan cantik dan mudah rosak. Jadi, sekiranya protein dalam badan kita tidak mencukupi, ini yang menyebabkan kulit wajah kita tidak tegang, muka kendur dan proses pembaikan akan menjadi lambat.

Dan pada masa yang sama, gandingan bersama protein dan vitamin C akan menjadi pelengkap dalam membantu pembentukan protein untuk struktur kulit yang sihat dan memperceptkan proses baikpulih sel dengan lebih berkesan dan cepat. 

Ok jom Aini share satu per satu kepentingan dua produk ini untuk dapatkan kulit cantik.

PROTEIN

Kenapa protein?

Protein adalah bahan utama untuk pembentukan sel kulit dan organ. Kekurangan protein akan memberi kesan utama kepada sel kulit. Dan inilah punca kulit kering, bersisik dan ada pigmentasi yang membuatkan kulit nampak kusam dan tidak bermaya. Malah kuilt muka yang anjal pun datang dari protein yang mencukupi di dalam tubuh badan.

Protein ini sebenarnya hasil dari susunan dan struktur yang membentuk block yang kukuh dan memegang antara satu sama lain. Dan tanpa protein yang mencukupi, kulit akan kurang gebu dan anjal.

Apa akibat jika kekurangan protein?

Protien yang kurang akan memberi kesan kepada tubuh badan dalam pembinaan otot dan proses penghasilan hormon dan metabolisma badan akan tergendala sama ada pertumbuhan yang terbantut dikalangan kanak-kanak atau pengecutan tisu otot yang seringkali kita nampak pada orang tua.

Anda perasankan bila tua je, mesti badan kering dan bila pegang pun rasa kulit je. Dan ini dipanggil sarcopenia yang mana biasa jadi pada usia 50 tahun dan ke atas. Dan akan jadi lagi teruk bila berpenyakit dan kurang nutrisi dan protein.

Apa sumber protien yang baik untuk kulit muka?

Yang terbaik ialah sumber dari ikan, ayam dan daging. Tetapi seperti yang kita tahu, orang Malaysia ini, bila time makan, nasi itu portion nya lebih banyak dari sumber protein dan fiber. Nasi menggunung tinggi, tetapi lauk tak sampai separuh dari nasi. Sayur pula, kadangkala ada kadangkala tiada. Dan kalau adapun tidak mengikut portion pingggan sihat.

Dan disebabkan sumber protein yang diperlukan oleh kulit kurang mencukupi, nak tak nak kita perlu topup sumber protein dari luar.

Sebab itu ESP di perkenalkan dalam promosi ini, ini kerana ESP adalah sumber soya yang lengkap dengan 9 keperluan amino acid yang diperlukan oleh tubuh badan yang mana tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita untuk berfungsi dengan baik.

Vitamin kulit cantik

VITAMIN C

Kenapa vitamin C?

Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan bantu untuk repair kesemua tisu disetiap bahagian tubuh badan kita. Membantu pembentukan protein yang penting untuk penghasilan kulit, sendi dan salur darah. Selain itu, ia membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan memperbaiki kulit dari dalam.

Badan kita memang tak mampu untuk hasilkan vitamin C sendiri. Dan tidak mampu untuk menyimpan vitamin C, sebab itu overdose vitamin c tidak menjadi suatu masalah sehingga menyebabkan penyakit. Tetapi kita digalakkan untuk mengambil secukupnya mengikut keperluan tubuh badan. Dan disinlah terhasilnya term air kencing ‘mahal’.  Kerana vitamin C yang berlebihan akan disingkirkan melalui air kencing.

Sebab itu kita perlu cukupkan keperluan vitamin C di dalam tubuh badan kita untuk dapatkan kesihatan tubuh yang optimum dan kulit yang cantik dan flawless.

Akibat kekurangan vitamin C

Kekurangan vitamin C ini akan mnyebabkan kulit anda tidak dilindungi dari dari kerosakan akibat dari cahaya matahari. Kerana vitamin C yang mencukupi akan membantu mengurangkan risiko yang berpunca dari UVA dan UVB yang menjadi punca penuaan pramatang dan jeragat.

Selain itu parut hitam juga akan lambat hilang sekiranya kurang vitamin C di dalam tubuh badan. Dan proses pemulihan sel serta struktur kulit akan jadi bertambah lama.

Sebab itu pengambilan vitamin C amat penting untuk proses ini berlaku dengan lebih cepat dan berkesan.

Apa sumber vitamin C terbaik untuk tubuh?

Ok bila cakap pasal sumber vitamin C ini kan, memang kita tahu banyak sangat vitamin C ini pasaran sekarang. Tapi Aini suka vitamin C Shaklee sebab ia ada satu mekanisma yang dipanggil sustained released, yang mana mampu melarutkan vitamin C di dalam darah secara berperingkat. 

Dan dengan ini, kandungan vitamin C di dalam badan akan lebih optimum untuk membantu badan mendapat efek yang optimum.

Vitamin kulit ccantik

Selain dari entry ini, anda jug boleh baca vitamin kulit cantik di sini.

Promosi vitamin kulit cantik harga rahmah ini hanya untuk bulan ini je tau. Jom dapatkan sekarang. Boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *