5 Kesalahan Perlu Elak Kalau Nak Kurus Dengan Cepat | Aini Salleh

Nak kurus cepat. Boleh ke? Boleh sangat. Ada beberapa tips yang membantu Aini berjaya turunkan berat badan dan kurus dengan cepat. Tetapi Aini simpan dulu tips ini. Hari ini Aini akan share dengan anda semua kesalahan yang Aini buat dari dulu sampai sekarang yang membuatkan badan tak kurus. Berat badan masih sama tak berubah. Hampir…

Nak kurus cepat. Boleh ke?

Boleh sangat. Ada beberapa tips yang membantu Aini berjaya turunkan berat badan dan kurus dengan cepat. Tetapi Aini simpan dulu tips ini.

Hari ini Aini akan share dengan anda semua kesalahan yang Aini buat dari dulu sampai sekarang yang membuatkan badan tak kurus. Berat badan masih sama tak berubah. Hampir nak putus asa jugalah.

Aini nak share dengan anda semua sebab Aini taknak anda buat kesalahan yang sama

Dari dulu Aini selalu kata nak kurus tetapi sampai ke sudah tak kurus-kurus. Setiap tahun baru mesti berazam nak kurus. Setiap kali puasa Ramadhan, nak kurus tetapi macam tu juga badannya.

Zikir nak kurus tetapi action masih sama. Lakukan kesalahan yang sama. Akhirnya azam tinggal kenangan sahaja.

Apa kesalahan itu? Ok jom Aini share kan

 

5 Kesalahan yang Perlu Dielakkan Kalau Nak Kurus Dengan Cepat

 

1. Nak kurus cepat kena makan sayur

Ok berapa lama kita boleh bertahan dengn hanya makan sayur sahaja? Jawablah dengan jujur. Jangan tipu diri sendiri. Seminggu, paling lama sebulan dua. Lepas tu ke laut dalam. Tengok sayur pun meluat. Betul ke betul?

Dan inilah puncanya diet jadi tak enjoy dan end up putus asa dan back to normal rutin. Rutin makan tak kawal yang mana bukan makin turun berat badan tetapi makin hari makin putus asa nak diet dan makin tembun.

Makan sayur itu bagus tetapi makanlah sekadarnya untuk membantu kesihatan usus dan keperluan nutrisi seharian.

 

2. Nak kurus cepat kena buat juicing sentiasa

Anda tau tak sebenarnya juicing itu tak bagus untuk kesihatan kita untuk jangka masa panjang. Dan Aini pun baru tau masa Aini start berdiet beberapa bulan yang lepas.

Kita tau yang konsep kurus ialah tinggalkan gula. Tetapi kita lupa yang bila buat juicing, kita akan pisahkan fiber/serat dan fructose yang membuatkan kita lebih cepat develop penyakit hati berlemak atau non-aloholic fatty liver disease.

Fiber/serat di dalam buah itulah yang akan membantu untuk control pelepasan gula ke dalam darah.

Tetapi bila buat juicing, automatik kita akan tapis buang serat dan hanya ambil airnya sahaja. Sebab itu proses kurus tidak berlaku.

Kalau buat juicing tetapi ambil sekali dengan seratnya? Pun konsep yang salah kerana serat dan fiber telah terpisah. Jadi kalau nak makan buah, potong dan makanlah begitu sahaja. Inilah yang terbaik.

 

3. Nak kurus cepat kena makan bergril, sup, bakar dan stim sahaja

Ok ini satu lagi konsep yang ramai orang pegang bila nak kurus dengan cepat. Sebenarnya tak salah pun makan macam ini, tetapi cuba kita tanya pada diri kita dengan jujur,

Mampukah aku bertahan dengan makan macam ini dan jadikan diet ini sebagai lifestyle sampai bila-bila?

Sejujurnya Aini pun tak mampu kerana Aini tekak melayu, jadi nak tak nak mesti akan mencari masakan melayu seperti masak lemak, rendang, kari dan sebagainya.

Sebab kita memang dibesarkan makanan-makanan ini.

Dan anda nak tahu tak, Aini berjaya kurus dan turunkan 8kg hanya dengan makan masakan melayu. Masakan melayu semua lulus dalam formula kurus yang Aini amalkan. Dan formula ini dikenali sebagai

Formula Fat Burning Machine (FBM). Makan dan makan untuk kurus

Kita makan lemak untuk bakar lemak. Lagi banyak kita makan lagi senang dan lagi cepat nak kurus.

Anda nak kurus dengan cepat melalui formula FBM ini, boleh whatsapp Aini ya.

 

4. Nak kurus kena tinggalkan makanan bergoreng

Ini lagi satu kefahaman yang ramai orang salah faham. Makan makanan berminyak akan buatkan kolestrol meningkat.

Dan lagi satu kefahaman ialah, minyak kelapa sawit ialah minyak paling tidak sihat dan membawa penyakit. Ini adalah kajian yang dilakukan oleh orang barat suatu ketika dahulu sebab nak lariskan minyak sayuran mereka.

Tetapi ternyata kajian sekarang, majoriti bersetuju yang minyak sayuran seperti minyak jagung, minyak  bunga matahari dan minyak kacang soya adalah tidak sihat dan mengundang penyakit.

Kalau anda nak tahu,

Minyak kelapa sawit Malaysia ialah minyak yang paling berkualiti dan paling stabil pada suhu panas.

Termasuklah minyak yang dijual di dalam plastik itu. Bukan sebab dalam plastik, minyak tu tak elok. Salah ya. Malah ia adalah minyak yang sama kualitinya tetapi telah disubsidi oleh kerajaan untuk bantu rakyat Malaysia membeli dengan harga jimat.

Kita hanya mendengar rumors dan percaya bulat-bulat tetapi kita lupa nak selidik dan tanya pada yang orang yang sepatutnya. Dan manfaat minyak kepala sawit juga ada dikupas di dalam akhbar Berita Harian Online.

Aini dapat info ini dari Doktor Norman yang mana dia sendiri berjumpa dan bertanyakan kepada pemilik asal yang mengurus dan menjaga kualiti dan pemprosesan minyak kelapa sawit di Malaysia.

Ok berbalik kepada makanan bergoreng, the truth is makan makanan yang bergoreng sebenarnya boleh membantu dalam proses kurus especially digoreng dengan minyak yang sihat yang tinggi dengan lemak tepu, Omega-3 dan Omega-9. Kerana bila digoreng, kita akan mendapat khasiat yang sama seperti telan minyak begitu sahaja.

Jadi pada anda yang tidak mampu nak telan minyak, boleh la kerap makan makanan berminyak untuk dapatkan khasiat dari minyak tersebut.

 

5. Niat yang kurang tepat

Kenapa Aini letak niat last sekali sedangkan biasanya niat lah yang paling utama dalam nak buat sesuatu.

Ada sebabnya. Meh Aini cerita.

Orang selalu fikir nak kurus nak cantik tetapi lupa yang dia niat nak kurus untuk apa? Hanya nak kurus semata. Nak pakai baju kahwin semula, nak badan ramping macam zaman muda mudi.

Ini rata-rata jawapan kenapa nak kurus.

Aini pun sama macam anda dulu. Cuma advance sikit sebab Aini fikir taknak gemuk sebab nanti bila dah tua, taknak susahkan orang nak angkat kita yang berbadan besar ini.

Tetapi lepas lama-lama mendalami ilmu kurus dan ilmu formula FBM, baru Aini tahu yang sebab utama adalah nak sihat. Jaga makan dan amalkan pemakanan sihat sebagai gaya hidup sampai bila-bila. Then, automatik kurus akan dapat.

Sebab itu tidak pelik jika ada orang nak kurus tapi masih makan makanan yang tinggi gula, processed food dan fast food. Atas sebab kalori rendah dan boleh makan bila-bila sahaja tanpa perlu kawal.

Atau mungkin bila dah kurus, akan berbalik kepada rutin lama iaitu makan fast food dan processed food ikut selera dan nafsu. End up gemuk balik. Sedangkan sebelum ni bertungkus lumus nak kurus tetapi disebabkan salah faham konsep, akhirnya berat naik semula. Ruginya.

Jika kita faham konsep kurus untuk sihat, kita pasti bijak memilih makanan. Cari makanan yang memberi kesihatan baik untuk jangka masa panjang tetapi dalam masa yang sama boleh dapat efek kurus.

Kurus ini adalah bonus tetapi kesihatan yang baik itu ladang pahala kita untuk berbuat amal lebih baik. Nak beribadah pun jadi mudah. Di hari tua pun tidak memerlukan bantuan orang lain untuk menguruskan diri kita.

 

Testimoni diri sendiri

Sejak Aini tahu bahawa penting kurus untuk amal ibadah di masa hadapan, Aini terus ubah gaya hidup dan amalkan pemakanan yang betul.

Dan sejak itu juga berat Aini turun 8kg dalam tempoh 5 bulan. Kalau ikutkan fasa penurunan berat Aini ni, takdelah cepat sangat sebab Aini buat santai-santai je. Dan banyak cheat sebab baru berjinak-jinak nak mulakan journey kurus semula.

Dan pada ketika ini, baby pun belum cukup setahun lagi. Aini mula diet dan nak kurus ini lepas pantang dan masa ini baby baru berusia 2 bulan.

Ada orang cakap, alaa boleh la kurus sebab time pantang dan baby menyusu badan.

Ok meh Aini nak tanya anda semua yang berpantang dan menyusu. Badan anda makin kurus, makin naik atau maintain je dalam tempoh pantang atau dalam tempoh menyusukan baby exclusive 6 bulan pertama ini? Atau dalam tempoh sepanjang dua tahun breastfeeding.

Sejujurnya masa berpantang anak pertama sehingga ke tiga, habis je berpantang, mesti berat akan kembali ke asal sebelum pregnant. Dan takat itulah dia akan stop.

Tetapi bila anak ke empat ini, sebelum pregnant lagi badan dah naik berat. Jadi pregnant memang nmpak besar dari kebiasaan. Makanya, berat pun tak turun banyak selepas habis berpantang.

Alhamdulillah lepas sedar dibuai mimpi, akhirnya berusaha juga nak turunkan berat badan. Dan dapat turunkan 8kg dalam masa 5 bulan.

Tetapi apa yang paling best ialah Aini belajar bahawa,

Fasa kurus ini ialah satu perjalanan yang mudah sekiranya kita faham konsep makan dengan betul.

Dan yang paling best ialah boleh bantu kita kekalkan kesihatan yang baik sekiranya kita faham apa yang perlu diambil dan apa yang perlu ditinggalkan.

Ramai orang yang ingat dengan kontrol makan, jaga diet, makan sayur, mampu untuk kurus, tetapi ketahuilah bila one day kita dah craving, kita makan lebih sikit je badan kita akan naik berat dengan mudah. Ini dipanggil yoyo diet. Sebab badan kita dah terbiasa kontrol makan. BMR rate dah jadi rendah. 

 

Salah faham

Ramai orang salah faham bahawa ambil supplement boleh bantu untuk kurus. Tetapi ini konsep yang salah sekiranya kita masih lagi mengamalkan pemakanan yang salah.

Supplement hanyalah bantu melengkapkan nutrisi yang lompong akibat dari diet harian yang tidak mencukupi untuk keperluan badan kita. Dan supplement hanya membantu menyokong proses kurus agar dapat berjalan dengan lancar.

 

Testimoni kurus dengan cepat menggunakan formula FBM

 

Alhamdulillah semakin ramai yang berjaya turunkan berat badan lepas amalkan formula Fat Burning Machine (FBM). Dan dalam formula ini Aini guide untuk amalkan pemakanan yang betul dan kurangkan atau tinggalkan apa yang tidak perlu diambil yang membantutkan proses kurus itu sendiri.

Dan yang pasti masakan melayu seharian kita semua lulus formula FBM.

Semua masakan melayu? Ya semua menu melayu turun temurun lah yang akan bantu percepatkan proses turunkan berat badan dan KURUS DENGAN CEPAT. Ada secret dia. Nak tau joinlah FBM dengan Aini < 012 399 0287 >

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *