Anda Wajib Ambil Vitamin E Jika Ada 5 Masalah Ini | Aini Salleh

VITAMIN E complex ini biasanya orang kaitkan dengan nak kulit cantik. Kalau ada parut, ambil vitamin E. Kalau nak kulit berseri dan glowing, makan vitamin E. Kan. Ok ni Aini nak share ada banyak lagi kelebihan vitamin E yang anda semua tak tahu atau mungkin terlepas pandang espcially nombor 3 ini. Dan sebelum Aini ceritakan…


VITAMIN E complex ini biasanya orang kaitkan dengan nak kulit cantik. Kalau ada parut, ambil vitamin E. Kalau nak kulit berseri dan glowing, makan vitamin E. Kan.

Ok ni Aini nak share ada banyak lagi kelebihan vitamin E yang anda semua tak tahu atau mungkin terlepas pandang espcially nombor 3 ini.

Dan sebelum Aini ceritakan lebih detail tentang ciri-ciri vitamin E yang bagus, jom kita kenal dengan vitamin E terlebih dahulu. Baca sampai habis tau.

 

Apa itu Vitamin E?

VITAMIN E ini sejenis vitamin larut lemak. Ok bila cakap pasal larut lemak ini dalam bahasa mudahnya vitamin yang boleh larut dalam lemak. Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri yang sama seperti lemak apabila diangkut dan diserap oleh tubuh.

Selain itu, vitamin E ini membantu menyokong keperluan antioksidan yang penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Yang mana, vitamin E membantu menjaga sel dari ancaman faktor luar yang membuatkan sel mengalami kecacatan dan tidak berfungsi dengan baik.

Sifat vitamin E yang tinggi dengan antioksidan ini membantu untuk melawan radikal bebas yang berpunca dari banyak faktor. Termasuklah dari faktor

  • Pemakanan yang dimasak pada suhu tinggi
  • Pemakanan yang tinggi dengan gula, pengawet dan pewarna
  • Persekitaran dan udara yang tidak sihat yang datang dari asap kereta dan dari bahan-bahan tercemar.

Vitamin E dan tubuh badan memang tidak boleh dipisahkan. Sebab badan kita memerlukan vitamin E untuk berfungsi dengan baik terutamanya jantung, kulit dan banyak lagi.

Dan jika anda masalah-masalah ini, wajib ambil Vitamin E untuk membantu menambahbaik dan mengurangkan masalah yang timbul.

Kebiasaannya masalah kesihatan akan datang setanding dengan usia. Tetapi zaman sekarang ini, penyakit dan masalah kesihatan datang tanpa mengira usia.

Jadi kat sini Aini kongsikan beberapa masalah kesihatan secara general yang terkait dengan kekurangan Vitamin E.

 

Vitamin E dan masalah kesihatan yang terkait akibat kekurangannya

 

1. Masalah kulit

Normally orang yang ada masalah kulit ini termasuklah kulit sensitif, eczema, psiriosis dan banyak lagi. Punca masalah kulit ini pelbagai tetapi simptom yang utama kita nampak biasanya kulit kering, gatal dan naik kemerahan.

Selain itu dari segi kecantikan, kulit yang berjeragat dan tompok-tompok tona tidak sekata akan menjadikan seseorang itu low esteem dan low self confident.

 

Bagaimana Vitamin E membantu?

Jadi dengan pengambilan Vitamin E Complex ini membantu untuk memberikan kelembapan kulit, mengurangkan jeragat dan sekaligus mengurangkan simptom kulit seperti eczema dan psiriosis kerana masalah ini terkait dengan radang kulit. Dan vitamin E bagus kerana ia bersifat antiradang.

Sifat utama Vitamin E Complex yang melembabkan kulit dan mengurangkan radang menjadikan ianya makanan utama kulit yang merupakan organ terbesar dan menyumbang 15% dari berat badan.

 

2. Masalah kesihatan jantung yang menjadi punca utama kematian mengejut.

Jantung yang sihat akan mengepam darah ke seluruh badan dalam range 7,570 liter sehari. Dan untuk jantung yang sihat, salur darah juga perlu memainkan peranan penting sebagai medium untuk darah sampai kepada semua organ badan.

 

Bagaimana Vitamin E membantu?

Sebab itu Vitamin E ini wajib diamalkan kerana terdapat bahan aktif yang dikenali sebagai tocotrienol yang membantu mengurangkan dan menghalang oksidasi lemak bagi mengurangkan pembentukan plak pada salur darah. Dan plak inilah yang menjdi punca utama paras kolestrol meningkat.

3. Masalah fungsi kognitif pada otak

Bila sebut pasal kognitif ini, dia buat apa? Untuk apa?

Ok, nak senang faham kognitif ini merujuk kepada bagaimana otak kita memproses dan berfungsi dalam mengkoordinasikan anggota badan yang lain.

5 fungsi kognitif yang utama melibatkan perhatian, motor sensor, penglihatan, pendengaran dan emosi dan sosial.

Dan penyakit otak yang sering terkait dengan kognitif ini ialah penyakit Alzheimer yang terjadi disebabkan oleh neuron yang tidak berfungsi dengan baik dan tiada pengangkutan maklumat dari satu neuron ke neuron yang lain akibat dari kekurangan arus elektrik. Dan ini menyebabkan sel otak mengecut.

 

Bagaimana Vitamin E membantu?

Ia menyokong kesihatan otak dengan memelihara dan menambahbaik fungsi kognitif sejajar dengan peningkatan usia kita.

4. Masalah penglihatan terutamanya katarak

Dan katarak ini kebiasaannya terjadi pada golongan orang tua kerana terkait dengan penuaan.

Selain itu katarak ini juga boleh terjadi disebabkan oleh masalah yang berpunca dari kegemukan dan masalah kesihatan lain seperti jantung.

 

Bagaimana Vitamin E membantu?

Kepekatan vitamin E yang tinggi di dalam membran sel akan membantu mengurangkan kerosakan sel akibat dari sinaran UV. Dan dengan ini membantu untuk mengurangkan risiko terjadinya AMD (Kemerosotan mata disebabkan penuaan = Age-Related Macular Degeneration)

 

5. Sperma production

Apabila terkait dengan mengandung, memang menjadi isu sensitif buat suami dan isteri. Tetapi pada masa yang sama perlu buat sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

 

Bagaimana Vitamin E membantu masalah ini?

Ok dalam kes ini, ia membantu melindungi sperma itu dari rosak. Dan dengan bantuan selenium, akan memberi protection lebih kepada sperma. Dan secara tak langsung akan meningkatkan peluang untuk hamil.

Dalam satu kajian berkaitan dengan kualiti sperma dan kadar kehamilan, telah menunjukkan pengambilan supplement yang mengandungi kombinasi vitamin E dan selenium selama 14 minggu bantu meningkatkan kualiti sperma dari segi fungsi dan fizikalnya.

 

Keistimewaan Vitamin E Complex yang perlu anda tahu

 

Dalam entry ini, Aini tidak membuat perbandingan dan perbezaan dengan mana-mana brand. Jadi di sini Aini hanya share keistimewaan produk jenama Shaklee sahaja. Jadi anda boleh menentukan brand apa yang anda ingin ambil. Ini terpulang pada anda.

Dalam satu botol Vitamin E ada 120 kapsul yang penuh dengan kandungan extract dari biji anggur yang lengkap dengan gabungan vitamin E dan Selenium.

Setiap satu kapsul membekalkan:

  • 400IU vitamin E – yang datang dari sumber semulajadi minyak kacang soya dalam bentuk vitamin E yang mudah diserap oleh badan iaitu d-alpha-tocopherol. Jika terdapat huruf selain ‘d’, sama ada huruf ‘l’ atau ‘dl’, ini menunjukkan ianya dari sumber kimia atau tiruan
  • 65mcg selenium – yang melengkapi aktiviti vitamin E untuk fungsi yang optimum. Kenapa kena ada Selenium? Ini kerana selenium ini sejenis mineral yang mempunyai fungsi antioksidan yang kuat dan berkerjasama untuk menyokong fungsi vitamin E.
  • 38mg ekstrak biji anggur yang lengkap dengan proantosianidin yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang baik.

 

Apa itu proantosianidin?

Proantosianidin ini adalah salah satu bahan aktif yang diklasifikasikan di bawah polyphenol yang membantu untuk mencegah kanser.

Harga yang ditawarkan pun hanyalah RM1.06 sehari. Dan ini sangat berbaloi jika dibandingkan dengan khasiat dan kualiti yang diperolehi.

Semua sedia maklum, produk Shaklee merupakan produk yang banyak R&D dan kajian sepanjang tahun untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Malah bahan mentah juga diuji dengan lebih dari 350 ujian untuk memastikan keaslian dan mengelakkan dari campuran bahan terlarang.

Ini adalah untuk mengekalkan ciri beyond organic yang merupakan falsafah dan kepentingan utama untuk memberikan kesan yang optimum tanpa mengurangkan effectiveness of the produk.

 

Sebab itulah fokus Shaklee hanya kepada produk kesihatan dan rangkaian skincare, sebab setiap produk ini memakan belanja yang amat tinggi dan masa yang lama untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Inilah pegangan utama Shaklee. Kualiti itu lebih utama berbanding dengan rangkaian produk yang pelbagai.

Ok setakat ini dulu entry untuk kali ini. Jumpa anda di next entry.

Untuk info lanjut atau sebarang konsultasi berkaita produk dan masalah kesihatan, boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *