|

Perjalanan Kurus Dan Testimoni Shaklee Saya | Aini Salleh


Entry kali ini Aini share dari pengalaman dan TESTIMONI SHAKLEE Aini sendiri dalam maintainkan berat badan dan masih dalam berat ideal even dah habis raya.

 

Time raya berat badan naik tak?

Ofkos la time raya berat akan naik sebab makan macam-macam. Tipulah kan kalau berat tak naik musim raya ini. Berat Aini naik tetapi sekarang dah kembali ke berat ideal iaitu 45kg.

Tetapi hari ini timbang berat dah turun jadi 44+kg. Aini baharu sahaja buat IF dan ganti puasa semalam dan hari ini. Berat semalam timbang 45.20kg, hari ini jadi 44.50kg. Turun dalam 0.7kg dalam masa 2 hari berpuasa. Alhamdulillah.

 

Senang ke nak turunkan berat badan?

Jawapan Aini senang sekiranya kena dengan kaedah yang betul.

Dan sepanjang perjalanan Aini turunkan berat, Aini dah buat bermacam-macam cara termasuklah makan produk kurus, exercise dan control makan, tetapi satupun tidak berjaya. Bukanlah tidak berjaya langsung, berjaya tetapi sekejap sahaja, selepas itu kembali ke normal shape dan berat asal.

Rasa macam nak give up pun ada. Dan azam setiap tahun mesti akan renew misi kurus dan berzikir nak kurus tetapi tak kurus juga. Dan azam hanyalah kekal sebagai azam sahaja. Hasilnya tiada.

 

Tekad

Tetapi sejak Aini bersalin baby boy bulan 7 tahun lepas, 2022, Aini nekad nak kena kurus dan sihat sebab umur dah semakin bertambah. Risau takut penyakit datang. 

Set Kurus Shaklee : 3 Langkah Paling Berkesan ǀ Aini Salleh
Total loss weight 8.0kg

Dan yang bestnya bila mentor Aini kongsikan formula kurus yang paling berkesan dan paling penting boleh elak dan reverse penyakit.

Pada asalnya niat Aini nak kurus sahaja, tetapi setelah belajar dan kaji formula ini, Aini jadi semakin bersemangat dan tekad untuk follow dan buat bersungguh-sungguh.

Syukur Allah datangkan semua ini tepat pada masanya. Alhamdulillah.

Formula ini diberi nama formula FAT BURNING MACHINE (FBM).

Dan majoriti yang follow formula ini mengalami perubahan yang baik. Ada yang berjaya turunkan berat badan 2-3kg seminggu.

Dan ada juga yang menunjukkan dos injection untuk insulin semakin berkurang, tahap jantung dan kolestrol semakin baik. Alhamdulillah.

Dan Aini sendiri, walaupun baru amalkan 2 dari 4 step FBM pun dapat merasa perubahan yang ketara terutamanya dari segi penurunan berat badan dan inci loss. Dah boleh pakai baju saiz zaman bujang. Alhamdulillah

 

Kejayaan terbesar

Disebabkan Aini masih di dalam pantang dan baby masih kecil, Aini buat FBM ini secara santai sahaja. Sebab itu Aini hanya berjaya turunkan 8kg sahaja dalam tempoh 6 bulan. Sedangkan kawan-kawan yang lain berjaya turunkan 4-8 dalam tempoh tidak sampai 2 bulan.

Walaupun progress Aini slow, tetapi kesannya Alhamdulillah sangat positif. Malah Aini enjoy dengan progress Aini. Ok meh Aini share kongsikan penurunan berat Aini.

  • 53.50 kg —> September 2022
  • 52.00 kg —> Oktober 2022 (loss 1.50 kg)
  • 49.70 kg —> November 2022 (loss 2.30 kg)
  • 47.95 kg —> December 2022 (loss 1.75 kg)
  • 46.40 kg —> January 2023 (loss 1.55 kg)
  • 45.50 kg —> February 2023 (loss 0.90 kg) sehingga kini

Total loss —> 8 kg dalam 6 bulan

 

Apa keistimewaan Formula FBM?

Dalam FBM, apa yang Aini suka ialah pemakanan yang diperkenalkan. Tak perlu nak kunyah salad sepanjang hari. Tak perlu nak tahan lapar.

Konsep yang diajar ialah pemilihan makanan yang betul. Dan yang paling best ialah, semua masakan Melayu seperti kari, rendang, masak lemak, sambal dan pelbagai juadah kuih muih dan kek adalah lulus untuk dimakan.

Eh, macam mana tu?

Rahsianya ialah melalui kaedah memasak dan pemilihan bahan yang betul. Dan tinggalkan semua yang membawa dan menjadi penyebab kegemukan dan penyakit.

Dan kuantiti pemakanan yang betul juga memainkan peranan penting. Dan ini yang Aini belajar sepanjang amalkan formula FBM.

Aini kecundang sebelum ini disebabkan Aini salah memilih portion makanan dan lauk-pauk yang salah.

Tetapi setelah betul-betul mendalami ilmu FBM, Aini dah semakin pandai memilih makanan dan portion yang betul. Alhamdulillah

Portion makan formula FBM ini bukan ikut kiraan kalori atau suku suku separuh ya.

Aini makan seperti biasa dan makan sehingga kenyang. Boleh hirup kuah dan boleh makan lauk penuh pinggan.

Tetapi bukanlah konsep melantak seperti takkan jumpa makanan lagi seminggu. Bukan ya. Ini semua bergantung kepada pemilihan makanan dan level kekenyangan (satiety) seseorang.

 

Berkesan ke formula FBM ini?

Dengan formula FBM juga, insyaAllah bila diamalkan dengan cara yang betul, bukan sahaja kurus, tetapi sihat dan boleh membantu untuk reverse penyakit. Malah kita boleh kekal kurus selagi follow exact rule dan step di dalam formula FBM.

Dalam konsep pemakanan mengikut formula FBM, penekanan dari segi kesihatan sangatlah penting sebab tujuan utama FBM adalah elak penyakit dan reverse penyakit.  Sebab itu, walaupun tidak buat kiraan kalori atau suku-suku separuh, anda tetap boleh kurus dan reverse penyakit.

Langkah yang wajib

Formula FBM ini memang terbukti berkesan dan ramai yang dah berjaya menurunkan berat badan, sihat dan reverse penyakit. Dan syarat utama untuk amalkan FBM ini adalah dengan mengambil Set FBM Shaklee.

Ini penting kerana Aini bukan sahaja nak bantu anda kurus, tetapi Aini nak bantu anda optimumkan fungsi organ detox anda dan cukupkan keperluan nutrisi di dalam tubuh badan anda.

Sebolehnya, kita taknaklah bila dah kurus tetapi muka kusam tak bermaya dan tubuh badan letih, lesu dan tak bertenaga. Tujuan kita kurus untuk sihat tetapi sebaliknya akan terjadi bila kurang nutrisi dalam tubuh badan. Ini memang kurus, tetapi kurus yang tak sihat.

Sebab itu, Aini tekankan syarat utama untuk Aini bantu anda kurus, sihat dan reverse penyakit adalah dengan mengambil Set FBM Shaklee.

Dan sehingga ke hari ini, Aini pun masih mengambil set ini untuk cukupkan keperluan nutrisi Aini dan baby yang masih menyusu. Malah penyusuan pun masih berjalan lancar. Tiada isu susu drop. Anda boleh juga baca artikel berkaitan Set Kurus Shaklee ini.

Tetapi apa yang Aini perasan, bila Aini amalkan Set FBM Shaklee ini memang sangat-sangat membantu untuk maintainkan berat secara konsisten. Walaupun ter-cheat sehari dua, tapi berat maintain. Kadangkala naik tetapi dalam tempoh sehari ke tiga hari, berat kembali normal. Alhamdulillah. 

 

 

Poster atas ini adalah supplement lengkap dalam membantu melengkapkan keperluan nutrisi seharian sepanjang perjalanan nak kurus. Selain itu, set ini membantu membaikpulih insulin resistance yang mana sekaligus membantu untuk mencegah penyakit bagi yang inginkan kesihatan yang baik dan bagi yang dah ada penyakit, ianya boleh membantu mengurangkan simptom dan menambahbaikkan kesihatan untuk jangka masa panjang.

Nak kena consume semua ini dalam satu masa ke?

Eh taklah. Bergantung kepada keperluan badan dan keutamaan. PM je, nanti Aini akan guide masa consultation, insyaAllah.


Bagaimana Set FBM ini berfungsi?

Untuk mendapatkan kesan yang optimum, Set FBM Shaklee ini terbahagi kepada 3 langkah utama iaitu:

LANGKAH 1 : Detox dan optimumkan fungsi organ perkumuhan

Detox ini wajib sebab kita nak kurus dan pada masa yang sama kita nak flush out semua toksin yang berkumpul di dalam badan.

Toksin yang terkumpul punca utama badan lambat nak turun berat. Buatlah diet apapun, tetapi selagi toksin banyak di dalam badan, proses nak turun itu akan jadi lambat.

Dan posibility untuk rebound dan gemuk kembali itu adalah tinggi sekiranya toksin masih berkumpul di dalam badan.

 

LANGKAH 2 : Booster dan bantu mencukupkan keperluan nutrisi dan vitamin dalam badan.

Dalam proses kurus, banyak benda yang kita akan cut down. Especially yang buat IF. Sebab itu ada yang kurus, tetapi muka cengkung, badan letih dan tak bertenaga.

Mengikut kajian, kandungan sayur pada zaman ini hanya tinggal 10-20% sahaja vitamin dan khasiat di dalamnya. Semakin lama semakin berkurang disebabkan oleh teknologi dan pencemaran.

Kandungan vitamin C dalam oren sekarang adalah 6 kal ganda lebih rendah berbanding 50 tahun yang lepas.

Kentang, hampir 50% kandungan vitamin C dah hilang. Dan vitamin A langsung takde dalam kentang.

Jadi nak harapkan makan sayur dan buah untuk cukupkan nutrisi seharian, memang takkan cukup.

Kesan kekurangan micronutrien / vitamin:

      • Rambut gugur bermaksud kekurangan vitamin C dan collagen
      • Mata kabur bermakna kekurangan vitamin A
      • Kulit kering bermakna kena lebihkan minyak ikan omega 3
      • Kebas-kebas jari perlu makan vitamin B-12
      • Kaki kejang/cramp sebab kekurangan elektrolite, jadi ambil sumber magnesium dan potassium
      • Sakit urat dan otot dan sengal-sengal badan tanda kekurangan vitamin D

LANGKAH 3 : Membina otot dan membekalkan tenaga

Sejujurnya Aini dah rasa dah kurus tapi perut menggelebeh. Sebab utama adalah kurang protein untuk pembentukan otot. Sedangkan suami Aini kurus tetapi perut dia padat. Tak menggelebeh langsung.

Dan perbezaan kami berdua ialah sebab pengambilan protein shake. Suami Aini rajin shake. Aini ambil juga protein tapi bukan yang khas untuk padatkan otot.

Sebab itu penting pilih protein shake yang memang khas untuk bantu pembentukan otot yang padat tanpa menggelebeh.

 

Semua info barkaitan mekanisma dan bagaimana produk ini berfungsi, anda boleh juga baca artikel set kurus Shaklee melalui entry Aini yang lepas.

 

Jika anda nak dapatkan kesan yang ketara, amalkanlah set FBM ini. Dan Aini akan bantu guide anda melalui 4 langkah mudah kurus dan sihat melalui formula FBM dari A to Z.

 

Aini berharap agar perkongsian Aini ini akan dapat membantu sedikit sebanyak pada anda yang diluar sana yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan dan sihat. Disamping itu, Aini berharap agar TESTIMONI SHAKLEE Aini ini akan menjadi salah satu entry yang tercalon untuk memenangi hadiah istimewa tajaan Anakkuwiraku, penaja utama untuk Projek Mega Blog Euphoria, insyaAllah.

Sebarang pertanyaan, order atau konsultasi, boleh Whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *