Kurus dan Kekal Bertenaga Dengan CoQ Trol Plus | Aini Salleh

Bila cakap pasal kurus, semua orang hanya fikirkan menu diet je. Nak kena makan salad dan kurangkan portion dan ikut suku suku separuh. Dan ada juga yang mengamalkan pelbagai diet lain seperti diet Atkin, diet suku suku separuh, diet kira kalori dan lain-lain lagi.

Tetapi tahukah anda, walau apapun diet yang anda pilih, penentu kepada kejayaan kurus anda adalah bergantung kepada micronutrient yang anda ambil.

Ingat, micronutrient dan macronutrient adalah 2 benda yang berbeza.

Dan dalam entry ini, Aini akan kupas berkaitan dengan micronutrient yang dikenali sebagai Coenzyme CoQ10 atau produk spesifiknya ialah CoQ Trol Plus.

 

Apa itu Coenzyme CoQ10?

Dan bagaimana ia terlibat dalam proses penurunan berat badan?

Ok nanti Aini akan jelaskan satu persatu secara ringkas ya. Teruskan membaca supaya anda lebih jelas kepentingan Coenzyme CoQ10 ini.

 

Dari mana badan kita mendapat bekalan tenaga?

Badan kita ini dihasilkan melalui susunan batu-bata yang dikenali sebagai sel yang mana berjuta-juta sel diperlukan untuk menghasilkan satu organ.

Dan dalam sel ini pula ada banyak komponen didalamnya seperti nukleus, mitokondria, lisosom, ribosom dan banyak lagi la. Dah macam masuk kelas sains la pula. Hahaa

Ok kat sini Aini nak fokus pada mitokondria sahaja.

Mitokondria ini paling famous dikenali sebagai kantung tenaga. Kenapa? Sebab mitokondria inilah yang bertanggungjawab dalam penghasilkan ATP (adenosine triphosphate). ATP merupakan molekul yang menjadi sumber tenaga untuk segala aktiviti sel dan organ. Kira macam spark plug la. Haa jangan ingat motor je perlukan spark plug. Badan manusia pun perlukan juga untuk berfungsi dengan efficient. 

Jadi perkara pertama bila anda nak kurus, cut sugar. Sebab mitokondria ni akan cari gula untuk ditukarkan kepada tenaga. Tetapi bila gula takde, barulah dia akan cari lemak sebagai ganti.

Jadi inilah pentingnya part nak kurus iaitu kita nak mitokondria gunakan lemak. Kita gemuk kerana kandungan lemak di dalam badan yang berlebihan yang tidak digunakan. 

Kalau kita masih lagi makan makanan yang tinggi gula atau karbohidrat, mitokondria tidak akan usik lemak yang sedia ada di dalam badan kita.

Ingat formula ini, lagi banyak lemak yang digunakan lagi cepatlah anda kurus.

Nampak tak disitu?

Tetapi kalau gula pun anda susah nak tinggalkan, maka proses nak kurus pun akan jadi semakin mencabar buat anda.

 

Apa itu Coenzyme CoQ10?

 

Coenzyme CoQ10 atau nama singkatnya CoQ10 berfungsi sebagai antioksidan, yang mana ia melindungi sel-sel dari kerosakan akibat dari free radical.

Coenzyme CoQ10 adalah sejenis nutrisi larut lemak yang wujud dalam setiap sel tubuh badan manusia. Sebab itulah kebanyakan produk CoQ10 ini di pasarkan di dalam bentuk kapsul untuk preserve khasiat dan kandungan di dalamnya.

Tanpa CoQ10, organ kita tidak akan mampu untuk menjanakan tenaga. Selain itu,

CoQ10 akan membantu meningkatkan tenaga dan metabolisma sel yang mana ia membantu meningkatkan proses kurus seseorang.

 

Bagaimana ini berlaku?

Setiap sel akan menghasilkan tenaga tersendiri untuk berfungsi dengan baik. Maka, sel akan menggunakan lemak dan gula/karbohidrat dari sumber makanan sebagai bahan bakar.

Setiap sel mempunyai mitokondria yang mana memerlukan kehadiran Coenzyme CoQ10 untuk menghasilkan ATP.

 

2 faktor yang menyebabkan penghasilan tenaga terganggu dan proses kurus menjadi lambat.

Di sini Aini nak kongsikan juga faktor yang mempengaruhi penghasilan tenaga. Yang mana secara tidak langsung akan menyebabkan metabolisma badan kurang efektif dan menjadi faktor perjalanan dan proses kurus anda menjadi semakin lambat.

 

1. Tiada CoQ10 semasa proses ATP. 

Ok nak senang faham macam ini.

Sebelum tenaga nak dihasilkan, Coenzyme CoQ10 memainkan peranan penting untuk penghasilkan tenaga yang optimum dalam proses yang juga dikenali sebagai proses Kreb Cycle.

Jika tiada CoQ10, maka bekalan tenaga akan terganggu. Dan semakin lama badan akan menjadi kurang bertenaga dan lemah.

Akibatnya:

  • Otot jantung semakin kurang bertenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan
  • Buah pinggang semakin lambat dan kurang effektif untuk menapis dan menyingkirkan toksin
  • Hati semakin lemah untuk menapis bendasing dan toksin keluar dari tubuh.
Apabila organ detox semakin tidak effektif, pengumpulan toksin di dalam badan semakin meningkat dan toksin inilah yang menjadi punca berat badan semakin naik dan susah nak turun berat.

Ini kondisi yang pertama yang mana enzyme itu sendiri yg memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga.

 

2. Pengambilan ubat Statin

Kondisi yang kedua adalah melibatkan sumber luar iaitu pengambilan ubat kolestrol iaitu statin. Yang mana bukan sahaja block penghasilan kolestrol, tetapi juga akan block penghasilan Coenzyme CoQ10 secara natural.

Bila Coq10 dah di block, maka penghasilan tenaga pun semakin berkurang.

Dan bila dua faktor ini terjadi, badan tidak dapat menjana tenaga, maka metabolism pun akan semakin berkurang. Dan ini menjadikan sel badan semakin malas nak bekerja dan kurang efektif untuk jangka masa panjang. Maka proses kurus pun menjadi lebih lama dan lambat.

Sebab itulah pentingnya pengambilan CoQ10 agar dapat membantu melengkapkan proses penghasilan tenaga yang optimum untuk mengekalkan kesihatan badan yang cergas dan bertenaga. 

Dalam proses nak kurus, amat penting untuk kita mempunyai metabolisma badan yang optimum agar proses penggunaan lemak untuk ditukarkan menjadi tenaga berjalan dengan baik.

Disamping itu juga, CoQ10 akan membantu dalam mengekalkan fungsi jantung yang sihat. Seperti yang kita sedia maklum, jantung adalah antara organ yang bekerja kuat dalam mengepam darah ke seluruh badan.

Dengan fungsi inilah yang menjadikan otot jantung mempunyai lebih banyak kandungan CoQ10, dan diikuti dengan hati dan buah pinggang. 

 

Hampir kesemua sel mengandungi CoQ10, dan terdapat 3 organ yang mempunyai kepekatan CoQ10 yang tinggi iaitu jantung, hati dan ginjal.

 

Otot jantung yang sihat yang mengepam darah ke seluruh tubuh dengan baik akan membantu mengekalkan kesihatan yang baik dikala kita kurus.

 

Reality vs Fantasy

Jangan ingat orang kurus itu sihat ya. Sebab kurus belum tentu sihat. Sebab itu ada juga orang yang fizikalnya nampak body fit tetapi tiba-tiba diserang serangan jantung.

Ini terjadi pada suami kepada kawan Aini. Badan beliau fit dan sangat menjaga makan tapi tiba-tiba collapse semasa tengah berlari di atas treadmill. Kena heart attack.

Sebab itulah jangan pandang pada rupa fizikal. Kerana belum tentu anda fit, anda akan kekal sihat. Dan belum tentu anda jaga makan, tetapi otot jantung anda mampu untuk mengekalkan tenaga untuk mengepam darah ke seluruh tubuh badan.

Inilah pentingnya kenapa perlu dan harus mengamalkan Coenzyme CoQ10 iaitu CoQ Trol Plus Shaklee.

 

Apa itu CoQ Trol Plus?

CoQ Trol Plus ialah salah satu produk Shaklee yang mempunyai fungsi yang hampir serupa dengan CoQ10.

Kenapa hampir serupa?

Ini kerana CoQ10 adalah enzyme yang dihasilkan oleh badan secara semulajadi tetapi CoQ Trol Plus adalah supplement yang diambil untuk boost dan membantu membekalkan  keperluan CoQ10 ke seluruh organ badan untuk meng-optimumkan fungsi organ.

Dan keduanya memberi manfaat besar kepada tubuh badan kita.

Di dalam 1 kapsul CoQ Trol Plus mengandungi 100mg Coenzyme CoQ10, ditambah lagi dengan campuran resveratrol dan tocopherol. Jadi ini akan membantu power-up kan lagi fungsi CoQ10 ke atas tubuh badan kita.

Inilah keistimewaan produk Shaklee.

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg CoQ10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Walaupun CoQ10 secara semulajadi dihasilkan oleh badan kita, tetapi selepas berusia 20-25 tahun ke atas, kandungan CoQ10 semakin menurun kerana tubuh badan kita akan sukar untuk menghasilkan CoQ10.

Dan kepada mereka yang mengambil statin, ubat untuk merendahkan kolesterol, memerlukan jumlah CoQ10 yang lebih tinggi kerana ubat tersebut mengurangkan penghasilannya dalam badan sebanyak 40%!

Dalam 100mg Coenzyme CoQ10 ini, hampir sama dengan:

  • 3kg daging
  • 3.3kg peanut butter
  • 100 cawan brokoli rebus

Adakah kita mampu nak telan 3kg daging dalam sehari? Ok la, daging masih boleh terima lagi.

Atau adakah kita mampu nak makan brokoli rebus sebanyak 100 cawan sehari. Ishh ini kalau Aini pun takkan mampu.

Jadi nak mudah, ambik sebiji sehari insyaAllah cukup untuk membantu mengekalkan kesihatan kita seharian. Dan jika anda dah berumur 25 dan ke atas atau yang mengambil ubat kolestrol, boleh ambil lebih dari sebiji. Ini boleh dapatkan consultation dari Aini untuk tahu dos yang sesuai untuk anda.

 

Nak CoQ Trol Plus? Atau perlukan consultation berkaitan masalah kesihatan yang lain? Boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *