3 Tips Makan Untuk Kurus Ketika Open House Hari Raya | Aini Salleh
Memenuhi undangan ke open house hari raya ini memang satu kemestian di musim perayaan. Dan yang pasti setiap undangan itu dipenuhi dengan makanan yang sedap dan menarik. Jadi rugilahkan kalau tak makan. Kan. Tetapi bila dah syok sangat makan, bila tiiba penghujung hari mulalah menyesal. Perut dah membukit semula sebab terlebih makan dan berat makin…
Memenuhi undangan ke open house hari raya ini memang satu kemestian di musim perayaan. Dan yang pasti setiap undangan itu dipenuhi dengan makanan yang sedap dan menarik. Jadi rugilahkan kalau tak makan. Kan.
Tetapi bila dah syok sangat makan, bila tiiba penghujung hari mulalah menyesal. Perut dah membukit semula sebab terlebih makan dan berat makin naik dan semakin lama semakin kecundang. Dari sehari, pergi ke seminggu, dan akhirnya sebulan beraya, makan tanpa henti.
Parah jugakan pergi open house hari raya ini. Huhu
Then, bermulalah titik tolak putus asa untuk kurus. Dan akhirnya mulalah tanam azam untuk tahun hadapan pula. Dan begitulah seterusnya.
Haa cuba mengaku ssiapa macam ini?
Aini sendiri pun macam ini. Tetapi itu dulu-dulu tau. Aini yang sekarang dah berubah. Dah nekad untuk kurus. Dan sepanjang raya ini, berat Aini masih lagi berada dalam berat idaman iaitu berat zaman bujang dulu 45 kg. Alhamdulillah.
Kalau dulu sebelum kenal FBM ini, nak dapatkan berat macam zaman bujang macam ini, fuhhh bercinta.
Tapi ada beberapa tips yang akan membuatkan anda makan tetapi tetap kurus di musim OPEN HOUSE HARI RAYA ini. Nak tahu? Baca sampai habis tau
Bukan je kurus tapi makin makan makin slim. Ini tips nya
3 Tips Memilih makanan Untuk Kekal Kurus Sepanjang Open House Hari Raya
Tips 1
Pilih makanan yang di masak dengan ghee, butter atau minyak sawit
Eh eh, minyak ni, boleh buat kolestrol kot. Makan minyak minyak ni, buat gemuk, kolestrol naik. Ishh tak sihatnya.
Ok ini fahaman yang perlu diperbaiki. Kenapa? Sebab bila makan makanan yang dimasak dengan lemak baik, insyaAllah akan membantu badan bakar lemak dengan lebih berkesan.
Tetapi badan akan makin bertambah bambam bilamana pemakanan yang dipilih itu dimasak dengan marjerin dan minyak sayuran seperti soya, bunga matahari atau jagung.
Jadi nak pilih apa ketika makan? Kalau ada nasi beriyani, nasi tomato atau apa-apa masakan yang dimasak dengan minyak sihat, makanlah. Jangan takut.
Tips 2
Pilih makanan dan minuman yang kurang manis dan kurang karbohidrat
Nak minum air manis?
Nak makan kuih muih?
Boleh je tetapi kalau kurangkan itu lebih baik. Ini kerana pengambilan gula dan karbohidrate yang berlebihan merupakan punca utama badan menternak lemak apabila diambil secara berlebihan.
Badan kita masih memerlukan gula dan karbohidrat, tetapi hanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Malah pengambilan gula dan karbohidrat yang berlebihan menyebabkan badan tidak menggunakan lemak yang tersimpan sebagai tenaga.
Kapasiti hati kita simpan lemak hanya dalam 100-120 gram sahaja sehari. Ini bersamaan dengan 4 biji epal atau setengah pinggan nasi.
Setiap kali ia berlebihan, simpanan dari hati akan dihantar ke tempt lain di dalam badan untuk dijadikan lemak.
Manusia perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam untuk menurunkan kadar glycogen/lemak dalam hati ke tahap penyimpanan semula dan mengekalkan kesihatan hati secara optimum dan sekaligus mengelakkan insiden hati berlemak.
Punca hati berlemak (non-alcoholic fatty liver acid) adalah kerana gula yang berlebihan dan punca insulin resistance adalah kerana pengambilan karbohidrat yang banyak dan berpanjangan.
Sekiranya lemak di hati tidak digunakan atau dikosongkan, maka lupakanlah untuk ‘ajar’ badan untuk gunakan lemak yang lain seperti di perut, punggung, peha dan sebagainya.
Badan menghasilkan tenaga melalui 3 sumber iaitu carbohydrate, protein dan lemak. Jadi bila kita start ambil makanan yang tinggi gula dan karbohidrate, gula akan ditukar menjadi simpanan lemak apabila tidak digunakan dan ini meyebabkan lemak yang terkumpul sebelum ini akan kekal berada di dalam badan.
Jadi kalau anda nak kurus sepanjang open house, lebihkan air masak dan kurangkan air manis dan makanan manis.
Tips 3
Pilih makanan yang dimasak dengan santan
Ini lagi satu mitos yang menjadi penyebabkan ramai yang meninggalkan masakan nenek moyang orang melayu kita.
Semenjak datangnya fast food, makanan processed, dan ditambah dakyah/anasir mengatakan santan buatkan kolestrol menjadikan masakan bersantan semakin dielakkan.
Tetapi ketahuilah santan merupakan lemak sihat sama macam ghee, butter dan minyak sawit. Semakin banyak lemak yang dimakan semakin lancar proses pembakaran lemak berlaku.
Jadi jika anda ke open house hari raya, pilihlah lauk yang dimasak dengan santan seperti rendang, kuah lontong dan kari. Lebihkan lauk ini di dalam pinggan anda. Lemang pun boleh makan tau.
Sebab itu ilmu pemakanan adalah SANGAT penting selain berpuasa dan buat IF sahaja.
Dan ini semua Aini juga ada share dalam group support FBM yang mana apa yng perlu diganti dan apa yang perlu diambil dan ditinggalkan. Malah banyak lagi sharing yang dikongsikan di dalam group support.
Nak dapatkan lebih banyak perkongsian berkaitan kurus tapi bleh makan best-best, join FBM bersama Aini dan team. Whatsapp Aini di sini < 012 399 0287 >