Keunikan Vivix Dalam Proses Untuk Kurus | Aini Salleh
Banyak-banyak produk dalam set Fat Burning Machine (FBM), Aini paling suka Vivix. Sebab kesan kurus dengan Vivix sangat ketara dan lebih cepat. Malah membantu kurus untuk jangka masa panjang dan sekaligus mengelakkan berat yoyo.
Berat yoyo ini lebih dikenali sebagai rebound, iaitu berat yang kembali kepada asal dan lebih berat dari asal. Atas sebab pengambilan makanan yang lebih dari kebiasaan ketika berdiet sebelum ini.
Apa mechanism yang membuatkan Vivix ini bagus dalam membantu dalam proses kurus?
Ok sebelum Aini go pada mechanism ini, jom Aini share sedikit berkaitan Vivix.
Apa itu Vivix?
Kandungan utama Vivix ialah resveratrol, iaitu bahan daripada kumpulan polyphenol yang paling efektif. Resveratrol tergolong dalam akta ubat dan pharmaceutical yang mempunyai potensi penyembuhan. Akan tetapi Shaklee telah memformulasikan semula dan mendaftarkan ianya sebagai botanical beverage di bawah kategori makanan.
Kandungan bahan di dalam Vivix?
Bahan utama di dalam Vivix yang datangnya dari anggur muscadine yang mana anggur yang jarang dijumpai dengan saiz yang berbeza dari anggur biasa menjadikan Vivix mempunyai rasa yang sedap.
Dengan gabungan dari beberapa bahan lain seperti ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Elderberi Eropah, menjadikan Vivix 10x lebih bagus jika dibandingkan dengan produk yang hanya mengandungi Resveratrol semata.
Malah gabungan bahan-bahan ini membantu meningkatkan kepekatan asid elagik dan elagitanin yang mana apabila digabungkan dengan polifenol yang lain membantu menghasilkan anti-oksidan yang sangat bagus.
Sebab itulah Shaklee mengambil langkah awal dengan mempatenkan Cold Filling Extration Process dalam penghasilan Vivix ini agar tidak boleh ditiru oleh syarikat lain. Dan sekiranya ada cubaan meniru, maka syarikat itu boleh disaman.
“Bahan dan kajian ke atas penghasilan Vivix adalah hak milik sepenuhnya oleh Shaklee.
Yang pasti, bahan di dalam Vivix tanpa dimasukkan sebarang pengawet ini telah dikaji dan dirujuk di lebih 2500 penerbitan penyelidikan termasuk kajian yang dijalankan oleh University Harvard.
Dan sebab itulah Vivix ini mampu memberi kesan sehingga ke akar umbi iaitu DNA manusia kerana dari DNA-lah merupakan asas bagi pmbentukan dan kejadian sel yang sihat atau sebaliknya terutamanya berkaitan kesihatan manusia.
Apa kaitan Vivix dan kesihatan?
Resveratrol adalah bahan aktif yang mempunyai efek anti-oksidan dan anti-inflamasi. Malah ia juga bertindak sebagai anti-diabetis yang membantu memulihkan semula pankreas agar pankreas kekal sihat dan boleh berfungsi dalam menukarkan gula kepada tenaga. Dan membantu meng-optimumkan fungsi insulin dan insulin sensitiviti agar berada di paras yang normal. Dengan ini, lemak akan digunakan sebagai sumber pembakaran.
Selain itu, Vivix juga membantu mengelakkan pembentukan protein AGE dari gula yang akan menyebabkan kerosakan kepada sel dan menyumbang kepada penyakit diabetis.
Polyphenol di dalam Vivix juga bertindak sebagai anti-angiogenesis iaitu proses yang menghalang berlakunya penghasilan salur darah baru. Dan proses ini sekaligus menghalang pertumbuhan sel-sel darah yang tidak normal termasuk sel kanser/tumor.
“Bahan utama di dalam Vivix bukan sahaja mempunyai efek anti-oksidan, anti-inflamasi, anti-diabetis, tetapi juga sebagai anti-cancer
Sebelum-sebelum ini Aini ada kongsikan info berkaitan Vivix secara general. Boleh baca entry Aini yang lepas. Jadi kali ini Aini akan lebih fokus kepada fungsi untuk kurus.
Fungsi Vivix dalam formula FBM
Bagaimana Vivix membantu dalam proses kurus?
Apabila kegemukan berlaku, tisu adipos akan menjalankan proses pembentukan semula tisu adipos (adipose tissue remodelling) yang akan menyebabkan proses angiogenesis kurang efektif. Dan ini akan menyebabkan sel adipose tidak berfungsi dan sel akan mati. Dengan adanya kandungan polyphenol di dalam Vivix akan membantu menghalang pembentukan tisu adipos.
Vivix juga membantu dalam mengelakkan craving kepada gula dan makanan manis dengan menghantar signal ke otak. Brain protective properties akan membantu revive otak untuk mengurangkan rasa lapar dan craving kepada gula. Dan membantu meningkatkan signal neurotransmitter di otak lebih aktif agar cepat dalam memberi signal kenyang dengan lebih cepat.
Membantu mengurangkan pengumpulan lemak dan menghalang pembentukan lemak dari terjadi. Dengan ini dapat membantu meningkatkan metabolisma badan dan membakar lebih lemak. mempercepatkan proses kurus.
Dengan perkongsian ini, Aini berharap agar dapat membantu anda untuk kurus dengan lebih efektif tanpa rebound dan membantu memberikan kesihatan yang lebih baik dari sebelumnya, insyaAllah.
Ramai yang mengatakan Vivix ini mahal, tetapi ketahuilah khasiat dan kualitinya tidak dapat diukur dan melebihi dari harga yang dibayar. Ramai sudah yang mendapatan manfaat dari Vivix ini. Antaranya testimoni di bawah
Untuk lebih info berkaitan kurus, sihat dan reverse penyakit melalui formula FBM, boleh whatsapp Aini terus. Atau yang ingin mendapatkan konsultasi dan cadangan supplement yang sesuai, juga bolh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >