11 Tips Bisnes Online Untuk Yang Baru Bermula | Aini Salleh

Ramai yang pasang impian nak mulakan bisnes sendiri. Alhamdulillah anda sudah memulakan langkah pertama ini untuk mula memikirkan masa depan. Aini pun macam anda juga, mula tanam impian berbisnes selepas tahu kelebihan yang ditawarkan. Tetapi sebelum anda memulakan bisnes sendiri, anda perlu tahu beberapa perkara untuk bantu bisnes anda terus bergerak elakkan dari sangkut di…

Ramai yang pasang impian nak mulakan bisnes sendiri. Alhamdulillah anda sudah memulakan langkah pertama ini untuk mula memikirkan masa depan. Aini pun macam anda juga, mula tanam impian berbisnes selepas tahu kelebihan yang ditawarkan.

Tetapi sebelum anda memulakan bisnes sendiri, anda perlu tahu beberapa perkara untuk bantu bisnes anda terus bergerak elakkan dari sangkut di tengah jalan.

Di sini Aini akan sharekan beberapa TIPS BISNES ONLINE yang dengan anda untuk bantu anda merancang bisnes anda dengan lebih baik, insyaAllah.

 

 

11 TIPS BISNES ONLINE UNTUK BERMULA DARI ZERO

 

1. Tahu tujuan nak berbisnes

Bila bercakap berkaitan tujuan, ia terkait dengan BIG WHY kenapa anda memilih untuk berbisnes. Dengan adanya big why yang jelas, insyaAllah perjalanan bisnes anda akan lebih terarah.

Ada orang mengambil keputusan berbisnes atas beberapa alasan termasuklah sebagai mengisi masa lapang secara part-time dan untuk full-time sebagai sumber kewangan di masa hadapan.

Walau apapun pilihan anda, ini semua berbalik kepada big why anda memulakan bisnes kerana ini yang menentukan berapa banyak yang anda akan peroleh dari hasil bisnes anda.

 

2. Mulakan dengan menjadi dropship

Ada setengah orang merancang untuk go pada big terus iaitu menjadi founder. Ianya tidak salah jika anda mampu dan mempunyai kewangan dan ilmu yang mencukupi, anda boleh teruskan hasrat anda.

Tetapi pada pendapat Aini, sebaiknya ambil pengalaman terlebih dahulu.

Belajar selok belok bisnes dari segi pengurusan kerja, pembahagian skop kerja dan marketing melalui bisnes orang lain.

Dengan ini pengalaman anda bertambah dan membantu anda setup bisnes yang lebih kukuh.

Dan sekiranya anda mampu untuk bergerak dan menguruskan sebuah syarikat, insyaAllah anda boleh menjadi founder kepada produk anda sendiri.

 

3. Buat apa yang anda suka

Ini salah satu perkara penting yang anda perlu pertimbangkan. Ini kerana bila anda buat sesuatu yang anda suka, anda akan berusaha melakukannya sepenuh hati  dan anda akan berusaha untuk menjayakannya.

 

4. Sentiasa berada dalam komuniti yang positif

Dipermulaan fasa kebangkitan, berada dikalangan orang yang positif akan membantu anda untuk lebih fokus dan akan membantu anda untuk berbuat lebih baik.

Jangan berada dikalangan orang yang merendah-rendahkan kemampuan anda dan bercerita buruk berkaitan bisnes. Jauhkan diri dari mereka agar anda fokus pada apa yang anda buat.

 

5. Sentiasa belajar perkara baharu

Jika anda ada meletakkan perasaan yang anda sudah mempunyai pengalaman berbisnes, ilmu berkaitan bisnes dan tidak memerlukan bimbingan, muhasabah semula.

 Ini kerana ilmu praktikal tidak akan sama seperti ilmu teori yang anda baca dan dengar.

Buka hati dan fikiran untuk belajar suatu yang baharu. Jadi seperti cawan yang kosong untuk menimba ilmu baharu. Dan upgrade mana-mana ilmu yang anda telah ketahui sebelum ini.

Dari situ anda akan belajar menjadi bisnesman/woman yang lebih berjaya, insyaAllah.

 

6. Letakkan keutamaan pada pelanggan anda

Bila berbisnes, bukan semuanya adalah untuk kita dan milik kita. Ini kerana kita berbisnes dengan manusia, jadi adalah lebih baik jika kita boleh meletakkkan pelanggan lebih utama berbanding keuntungan semata.

 

7. Rancang dengan teliti

Jika anda baru mula berbisnes, perancangan yang teliti akan membantu anda berjaya bukan sekadar membantu mendapatkan keuntungan, tetapi juga membantu anda untuk mengelak dari tersilap langkah dan membuang masa.

 

8. Sesuaikan diri

Ini penting untuk membantu anda bersedia apabila berdepan dengan perkara yang tidak boleh diramalkan. Malah akan mengelakkan dari terlalu selesa sehingga lupa untuk menyusun atur strategi yang lebih baik untuk menghadapi situasi gentir.

 

9. Seimbangkan online dan offline

Walaupun fokus kepada online, offline tetap perlu dititik beratkan.

Tidak dinafikan, dengan menggunakan teknologi yang sedia ada seperti social media, akan membantu anda berhubung dengan prospek yang lebih luas. Dan ini akan memudahkan pelanggan, rakan dan orang terdekat mendapatkan khidmat dan produk anda.

Tetapi melalui offline, peluang bisnes akan lebih besar dan ia akan membantu anda membina rangkaian yang lebih kukuh dan pelanggan akan lebih yakin apabila mengenali anda secara bersemuka.

10. Memulakan jualan atau pemasaran

Bila anda memilih untuk berbisnes, automatik ianya terkait dengan jualan dan marketing. Ini kerana orang perlu tahu apa yang anda jual dan bisnes anda berkaitan apa.

Jadi anda digalakkan untuk menunjukkan bahawa anda mampu menyelesaikan masalah mereka melalui produk yang ditawarkan. Dan pastikan anda mampu menarik minat pelanggan dalam tempoh kurang dari 10 saat.

 

11. Jangan cepat putus asa

Kunci kejayaan sesuatu bisnes itu ialah bergantung kepada semangat dan tidak berputus asa. Ini kerana, ramai yang bersemangat di awal memulakan bisnes, tetapi semakin lama semakin surut.

Ketahuilah semangat itu datang dan pergi, jadi Aini cadangkan agar anda semua meletakkan disiplin sebagai kunci utama untuk anda berjaya dalam bisnes yang anda mulakan. Anda boleh baca berkaitan ini di dalam entry Aini yang bertajuk “3 Cara Kekal Produktif Apabila Bekerja Dari Rumah”.

 

Walau apapun bisnes online yang anda ingin ceburi, anda perlu bersedia dengan segala kemungkinan dan terus bangkit dan bangkit untuk realisasikan impian anda.

Macam Aini sendiri, Aini memulakan bisnes sebagai dropship Shaklee dan sehingga kini masih lagi menjadi dropship. Ini kerana tawaran yang ditawarkan adalah melebihi apa yang Aini impikan.

Walaupun bergelar dropship Shaklee, Aini masih boleh menerajui bisnes dengan merancang dan menukarkan status dropshiper kepada CEO dan Founder kepada syarikat dan kumpulan bisnes masing-masing. Aini sendiri menjalankan bisnes dropship ini bersama team bisnes di bawah naungan IMPEEYAN GROUP, yang mana Aini adalah CEO-nya.

Nature bisnes Shaklee ini adalah kita hanya menjual sahaja. Macam Aini sendiri tidak perlu fikir berkaitan stok, bahan mentah, pemprosesan dan research produk.

Malah segala keistimewaan yang diberikan adalah melebihi dari apa yang anda boleh imaginasikan. Dengan unlimited bonus dan keuntungan, percutian yang ditanggung 100% bersama goodies dan family dengan layanan 5 bintang dan car bonus yang mampu menjadi pencen anda seumur hidup.

Ok yang ini Aini akan share kan di next posting ya.

Nak tahu lebih lanjut berkaitan TIPS BISNES ONLINE yang Aini join, boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

 

Terima kasih meluangkan masa anda untuk membaca entry ini. Semoga entry ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda idea dan gambaran untuk memulakan bisnes online.

Silakan kongsi soalan dan “learning point” yang anda pelajari dari entry ini di ruangan komen di bawah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *