Diet Formula FBM Elak Gemuk di Hari Raya dengan Shaklee | Aini Salleh

Bulan puasa dah lepas, sekarang dah tiba musim raya, tapi makanan masih lagi pelbagai. Especially makanan tradisi seperti rendang, lemang, ketupat dan makanan rare yang hanya ada ketika di bulan puasa dan di musim perayaan.

Bulan puasa berat dah turun cantik, tetapi tiba je hari raya, berat naik berganda-ganda. Rasa kecewa pun ada. Penat berpuasa tetapi bila berat kembali ke zaman kegelapan, ini yang menambahkan kekecewaan dan putus asa untuk kurus. Setuju ke setuju?

Akhirnya, keinginan untuk kurus tinggal impian dan selamanya gemuk tanpa penghujung.

Sedih kan?

Aini pun pernah alami benda yang sama. Sejak berkahwin berat Aini makin naik dan naik. Even lepas berpantang pun berat tidak pernah capai angka 4 di depan. Angka 5 sampai ke sudah.

Tetapi selepas anak ke 3, Aini pun berazam nak kurus dan magiknya Aini berjaya capai berat 47kg. Alhamduillah. Tetapi masuk je hari raya, berat kembali ke pangkal 5. Dan keep on naik dan naik.

Kurus hanya bertahan selama sebulan dua je. Then terus stop kat situ.

Tetapi bila semakin hari perut ni semakin ke depan, berat makin bertambah dan pakai baju pun semakin tidak selesa. Dan yang paling utama yang buatkan Aini nekad untuk kurus adalah kerana rasa kesihatan semakin merosot dan badan kerap tidak sihat.

Dan inilah menjadi titik tolak Aini untuk bersungguh untuk kembali kurus.

Tetapi sebelum Aini share berkaitan FBM, Aini nak share kategori atau golongan yang ada disekeliling kita sekarang ini.

4 kategori orang yang ada disekeliling kita

Kategori pertama ialah kategori orang yang memang gemuk tetapi belum mampu untuk berubah. Keinginan nak kurus itu ada tetapi mungkin belum jumpa cara yang sesuai.

Kategori kedua ialah orang yang kurus tetapi kurus sebab sakit.

Dalam kes ini, kurus itu sudah pasti, tetapi kurus dalam keadaan badan dan tubuh fizikal yang tidak cergas dan sihat.

Inilah kurus yang sebolehnya untuk kita semua elakkan kerana bukan setakat tanggung sakit tetapi emosi pun tidak stabil.

Kategori ketiga ialah kurus tetapi muka kusam dan cengkung, malah badan tidak bertenaga dan mudah letih. Ini kerana pemakanan yang dipilih menyebabkan badan tidak menerima zat dan nutrisi yang mencukupi akibat terlalu berdiet.

Bak kata seorang pakar ini, kurus tetapi macam hantu kak limah

Kategori keempat ialah kurus, sihat dan bertenaga. Golongan yang di dalam kategori ini adalah golongan yang mendapat kesedaran awal untuk kurus dan elak penyakit. Malah lengkapkan diri dengan supplement yang membantu untuk melengkapkan nutrisi tubuh badan.

Dan dalam keempat-empat kategori ini, pilihan ditangan kita untuk memilih dan meletakkan diri kita di kategori yang mana.

Sebenarnya gemuk dan kurus itu adalah pilihan kita. Malah sakit juga merupakan pilihan kita yang mana kita yang menentukan kesihatan tubuh badan kita.

Sebenarnya Allah meminjamkan kita nikmat kesihatan ini untuk beribadah kepadanya. Tetapi kadangkala kita lupa akan pinjaman Allah ini sehingga mengabaikan kesihatan tubuh badan kita.

Dan sejujurnya diawal dulu niat hanya nak kurus dan target untuk pakai baju lama. Tetapi semenjak Aini join Fat Burning Machine (FBM) program, Aini baru faham apa itu erti kurus yang sihat.

Dan dalam FBM, terdapat empat langkah yang mudah untuk kurus dan sihat. Malah boleh membantu untuk reverse penyakit, insyaAllah. Yang pasti tak perlu tinggalkan makan masakan melayu. Dan tidak perlu menolak lemang dan pulut kuning dan tidak perlu fokus kepada a bowl of salad semata.

Inilah yang bestnya kurus dengan FBM. Enjoy makan tetapi tetap sihat dan boleh kurus.

Eh takkan la makan semua benda tetapi boleh kurus?

Tak takut sakit ke makan masakan melayu yang banyak santan dan berminyak ini?

Ok meh Aini nak kongsi sedikit.

Tujuan utama FBM ini ialah untuk bantu kita kekalkan badan yang sihat melalui pemakanan seharian. Sebab apa kita jadi gemuk kembali?  Sebab tak boleh nak menolak makanan. Semua makanan sedap kita nak makan. Especially di hari raya ini. Betul ke betul?

Sebab itu dalam FBM, Aini sendiri akan bantu anda untuk makan makanan sedap tetapi tetap boleh kurus.

Di samping itu, tujuan FBM adalah untuk bantu reverse penyakit. Sebab kunci utama penyakit datang adalah disebabkan oleh insulin resistant. Jadi dengan FBM, Aini akan bantu untuk share menu dan resepi best ikut selera dan tekak melayu tanpa menyebabkan rintangan insulin berlaku. Dan kurus itu bonus.

Kunci dan syarat utama untuk Aini bantu guide anda kurus, sihat dan reverse penyakit ialah dengan mengambil set FBM Shaklee.

Kenapa Aini cadangkan mula dengan supplement set FBM ini? Ini kerana dalam set ini lengkap untuk membantu flush out segala toksin yang menjadi punca diet tetapi tak kurus-kurus, diet tetapi badan sakit-sakit dan diet tetapi rebound iaitu gemuk semula.

Selain itu dengan set ini akan membantu melengkapkan nutrisi tubuh badan bagi membantu mengelakkan badan dari kekurangan nutrisi yang menjadi punca badan lemah dan tidak bertenaga dan muka yang cengkung dan kusam.

Inilah yang dipanggil HARI RAYA DENGAN SHAKLEE, enjoy raya tetapi boleh makan sedap-sedap

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *