Nak Elak Dari Bahaya? Doa Yang Bagus Diamalkan Khas Untuk Wanita | Aini Salleh
Dalam hidup kita especially menjadi wanita ni, kita sentiasa risau dengan keadaan sekeliling dan berusaha nak elak dari benda yang tidak baik berlaku.
Tetapi kekadang sesuatu itu berlaku diluar kawalan kita. Sebab itu Aini usaha amalkan Al-Ma’thurat sebagai usaha dan meminta perlindungan Allah dari sesuatu yang tidak baik.
Dan kalau tanya Aini DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA untuk dijadikan perlindungan, Aini akan sarankan bacalah Al-Ma’thurat.
Actually doa ni pun sangat bagus untuk semua orang amalkan termasuklah golongan lelaki. Sebab semua doa yang Nabi saw ajarkan adalah untuk semua umatnya tak kita muda atau tua, lelaki atau perempuan.
Permulaan berkenalan dengan Al-Ma’thurat
Ada satu cerita yang ingin Aini kongsikan kepada anda semua yang mana cerita ini menjadi kekuatan kepada Aini untuk berubah dan start membaca Al-Ma’thurat.
Suatu hari, dalam kuliah agama di asasi UIA, Ustaz Emran bercerita kepentingan mengamalkan mathurat setiap hari. Ustaz share kisah kawan beliau yang ditukarkan kerja ke Sabah.
Dipendekkan cerita, kawan ustaz yang merupakan guru agama ditugaskan untuk menyampaikan agama Islam di sebuah perkampungan di Sabah.
Dan setiap hari semakin ramai yang suka pergi ke kuliah ustaz sehinggakan ada yang menyimpan perasaan dengki pada beliau. Siap pakej menghantarkan pelbagai benda keras kepadanya.
Tetapi yang pelik dan ajaibnya, tiada perkara buruk yang terjadi kepada ustaz tu. Disebabkan tak puas hati, pengamal ilmu hitam itu pun membuat keputusan untuk berjumpa sendiri dengan ustaz tersebut dan bertanyakan kepada beliau.
Pengamal ilmu hitam : Awak pakai apa?
Ustaz : Saya pakai baju la. (Sempat lagi ustaz tu buat lawak)
Pengamal ilmu hitam: Awak pakai apa sampaikan pelbagai ilmu hitam aku tak pernah terkesan pada kamu.
Ustaz : Ooo, saya tiada pakai ilmu apa-apa melainkan saya mengamalkan Mathurat setiap pagi dan petang.
Lepas dengar je jawapan tu, pengamal ilmu hitam itu pun pergi.
Value dan pengajaran
Jadi pengajarannya yang Aini boleh sharekan di sini ialah:
Kita tidak perlukan kuasa lain malah nak meminta perlindungan pun mintalah dari Allah, Pencipta kita yang Agung.
Bila kita usaha untuk beramal dengan doa-doa di dalam Al-Ma’thurat, insyaAllah besar ganjarannya.
Aini pada awalnya pun tak hafal Al-Ma’thurat ni, tetapi bila dah setiap hari membaca, lama kelamaan jadi terhafal. Alhamdulillah.
Ok meh Aini sharekan kisah disebalik Al-Ma’thurat ni.
Sejarah Al-Ma’thurat
Apa itu Al-Ma’thurat? Ia berasal dari bahasa arab iaitu ma’thur yang bermaksud di ambil dari Quran dan Hadith. Zikir Ma’thurat ini adalah himpunan zikir dan wirid yang ma’thur dari Nabi Muhammad saw.
Dan zikir ini dikumpul dan disusun oleh Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sohih dan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
Siapa Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna?
Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna merupakan pengasas kepada Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh beliau pada Mac 1928 ketika beliau berusia 23 tahun.
Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah Islamiyyah mendapat sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam dan terus berkembang sehingga sekarang.
Bila perlu diamalkan
2 kali sehari iaitu:
- Pagi (kebiasaannya selepas solat subuh) dan
- Petang (kebiasaannya selepas solar asar)
Kita digalakkan baca dua kali sehari, tetapi sebagai permulaan ni, boleh je amalkan sekali sehari.
Terbahagi kepada 2 bahagian
- Sughra (pendek)
- Kubra (panjang)
Kalau tak sempat amal yang panjang, amalkan yang pendek pun boleh juga.
Kelebihan mengamalkan Al-Ma’thurat
Kalau ikutkan banyak sangat kelebihan bila beramal dengan Al-Ma’thurat ni. Tetapi kat sini Aini highlightkan apa yang Aini dapat sejak Aini amalkan Al-Ma’thurat ni sebagai pendinding dan pelindung pada diri Aini.
1. Sebagai pendinding dari segala kejahatan
Kerana dimulai dengan Taa’wuz iaitu ‘Aku memohon perlindungan dari Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam.’
Sebab kita sebagai hamba yang lemah sentiasa mengharap agar Allah sentiasa melindungi kita dari gangguan syaitan. Dan ini lebih kepada untuk menjaga diri dari leka dan lalai.
Tetapi bagaimana dengan gangguan dan kejahatan dari makhluk yang bernama manusia ni? Dan inilah yang paling kita takutkan. Sebab tu bila Aini amalkan Al-Ma’thurat ni, Aini jadi lebih yakin sebab adanya Allah yang melindungi Aini.
Tapi disamping tu, kena usaha juga sehabis baik untuk menjaga diri sendiri sebelum berserah bulat-bulat pada Allah. Jaga tingkahlaku, pakaian, percakapan dan sebagainya untuk elak dari sesuatu yang tidak baik.
2. Mendidik diri supaya sentiasa ingat Allah dan memupuk rasa cinta pada Allah
Pada awalnya bila Aini amalkan Al-Ma’thurat, Aini nak didik jiwa untuk ingat pada Allah sentiasa. Tapi lama kelamaan auranya lain.
Semakin hari Aini rasa semakin terdidik untuk mencintai Allah dan bersyukur atas apa yg ada.
Dan yang paling bestnya, ada ayat Quran yang mengatakan, bila kita dah start mengingati Allah sentiasa, Allah pun akan mengingati kita.
Allah berfirman yang bermaksud,
“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.” (Al-Baqarah: 152)
Dalam hadis Qudsi pun ada Nabi sampaikan,
“Aku Bersama HambaKu Yang MengingatiKu.” (Sahih al-Bukhari)
Bila Aini pegang pada dua ni, Aini rasa happy.
Bayangkan, kalau orang yang bercinta pun harapkan orang yang dia cintai tu cintakan dia balik, mestilah happy kan. Macam tu jugalah yang Aini rasa. Tapi ni lain sikit lah sebab cinta manusia dengan cinta pada Pencipta ni lain tahapnya.
Ini Aini tak tahu nak share macam mana perasaan tu, ni kena rasakan sendiri.
Dalam firman Allah swt dalam Surah ar-Ra’d ayat 28,
الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمِئِنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللهِ، أَلاَ بِذِكْرِ اللهِ تَطْمِئِنُّ الْقُلُوْبُ
Maksudnya, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah (zikir). Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”
Begitu juga dalam hadis Qudsi yang berbunyi,
إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُوْلُ: أَنَا مَعَ عَبْدِيْ مَا ذَكَرَنِيْ وَتَحَرَّكَتْ بِيْ شَفَتَاهُ
Maksudnya, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman: “Aku bersama hamba-Ku selagi dia mengingat-Ku dan kedua bibirnya bergerak-gerak menyebut-Ku.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Zikir ni sebenarnya menjadi asas rasa syukur kita kepada Allah swt. Semakin banyak kita berzikir bermaksud semakin banyak kesyukuran kita kepada Allah. Semakin banyak kita berzikir, semakin dekat Allah mengisi hati kita. Sebab tu Aini selalu pegang, zikir ni menjadi kunci kita kepada pintu cinta Allah untuk kita. Jadi jangan sia-siakannya.
3. Doa dijauhkan daripada sifat malas, kedekut dan dibelenggu hutang
Ini pun salah satu sebab kenapa kita perlu amalkan Al-Ma’thurat. Sebab kadangkala kita ni akan ada rasa malas.
Dan yang paling parah bila ada perasaan kedekut. Sebab kita rasa bila bagi kat orang, kita akan jadi lagi miskin.
Ini salah.
Kita lupa bahawa segala yang kita ada bukanlah milik kita. Allah hanya pinjamkan je. Duit dalam bank tu pun Allah park kan sekejap je. Sebab itu kita perlu berkongsi dengan orang lain. Dan dalam rezeki kita ada rezeki untuk orang lain.
Baginda saw bersabda, ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.” (HR Abu Daud)
Sebab itulah kita digalakkan baca doa ini banyak kali untuk buang sikap malas, kedekut dan menindas orang lain.
4. Doa agar dijauhkan daripada kemudharatan
Ini lagi satu kelebihan bila mengamalkan AL-Ma’thurat.
Kemudharatan ini boleh jadi macam-macam. Sebab itu mintalah perlindungan dari Allah sentiasa.
Dari Aban Bin Osman, bahawa Nabi saw bersabda: “Sesiapa membaca,
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya, “Dengan nama Allah, dengan nama-nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”, sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (HR Ahmad)
5. Berselawat ke atas Nabi saw.
Al-Ma’thurat juga mengandungi bacaan selawat ke atas Rasulullah saw.
Dari sekolah lagi kita dah diajar dalam pendidikan Islam yang amalan selawat ni banyak kelebihannya. Lagi-lagi bila dikaitkan dengan mendapat syafaat dari Nabi saw di akhirat kelak.
Kita tak tahu pengakhiran kita macam, cuma kita boleh berdoa yang kita dimatikan dalam keadaan Islam, keadaan yang husnul khotimah. Tetapi jika kita banyakkan berselawat ke atas Nabi, insyaAllah syafaat Nabi akan sampai pada kita.
Dari Ibn Mas’ud ra, bahawa Nabi saw bersabda, maksudnya,
“Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari qiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (HR at-Tirmizi)
Inilah antara kelebihan bila mengamalkan Al-Ma’thurat.
Aini pun sampai ke hari ini masih amalkan Al-Ma’thurat sebagai perlindungan dan pendinding buat diri Aini. Dan Aini harap Aini boleh terus istiqomah untuk terus membaca Al-Ma’thurat setiap hari sepanjang hidup Aini. InsyaAllah.
Semoga perkongsian Aini kali ini, DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA memberi manfaat pada anda yang membacanya. Dan doa ini juga untuk semua termasuk lelaki. Tidak khusus untuk wanita sahaja. Dan terima kasih sudi baca entry ini sampai habis.
InsyaAllah nanti dalam next entry Aini akan share kan satu amalan yang Aini amalkan yang mana Aini bila Aini start buat amalan ini setiap hari, Aini banyak belajar erti qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada). Dan dalam masa yang sama, ada je rezeki datang tanpa putus, Alhamdulillah.
Tunggu next entry Aini ya.
MMoTD