Kepentingan Vitamin Untuk Wanita : Untuk Kulit Cantik Dan Awet Muda | Aini Salleh

Bila cakap pasal wanita, terutamanya seorang isteri, memang akan pakai banyak topi. Kejap topi sebagai seorang mak, isteri, anak, pekerja dan banyak lagi.

Kalau yang bekerja, keluar pagi, balik nak kena memasak lagi, nak kena mengemas rumah, nak kena prepare pakaian anak-anak dan suami untuk keesokan paginya. Ini belum cerita lagi melayan situasi kerja di ofis.

Macam itu juga dengan surirumah. Pagi bangun kena memasak untuk anak-anak, hantar dan ambil anak dari sekolah.

Dan kerja-kerja inilah yang menjadikan wanita cepat penat dari fizikal dan mental, dan sekaligus akan efek mood sepanjang hari. Dan yang paling teruk kesihatan dan kecantikan diri pun semakin terabai.

Ini yang menjadikan kita sebagai wanita semakin hari kelihatan semakin tua dan lebih tua berbanding usia sebenar. Malah jika dibandingkan dengan lelaki, adalah sebaliknya yang mana lelaki semakin berumur semakin nampak matang dan terserlah kehenseman di raut wajahnya.

Tak percaya? Haa cuba tengok suami kat sebelah tu, belek dan tilik betul-betul raut wajah dia. Biarpun dah berusia, kehenseman semakin terserlah.

 

Kenapa ini terjadi?

Boleh jadi semua ini terjadi disebabkan oleh perbezaan hormon yang mana wanita dan lelaki mempunyai hormon yang berbeza iaitu estrogen dan testosteron.

Malah dari segi saintifiknya, daya fikir wanita juga berbeza dan ini sekaligus mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental dan tindakan mereka terhadap sesuatu perkara.

 

Jadi persoalannya,

Adakah kita sebagai wanita ini nak wajah kita terus menerus nampak lebih tua dan tidak bermaya sentiasa? Malah setiap hari bateri asyik drain sahaja sehinggakan ianya mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap orang sekeliling kita terutamanya anak-anak.

 

Jadi apa nak buat?

Macam mana nak kekal bertenaga sepanjang hari? 

Macam mana nak awet muda walaupun usia meningkat?

 

Ok di sini Aini akan kupaskan berkaitan kepentingan membekalkan vitamin dan supplement untuk kesihatan kulit untuk jangka masa panjang.

Dan entry kali ini edisi khas untuk wanita yang mana Aini akan tekankan khas berkaitan VITAMIN UNTUK WANITA termasuklah dari segi kecantikan kulit.

Jom kita go one-by-one.

 

5 vitamin utama untuk kekalkan kulit cantik dan awet muda untuk wanita.

 

1. Gamma-Linolenic Acid (GLA)

GLA memainkan peranan penting dalam rawatan dan mengurangkan masalah keradangan kulit seperti kulit gatal, kulit kering dan kemerahan.

GLA membantu mengekalkan kesihatan kulit dan melembapkan dan melembutkan kulit.

Selain itu, GLA juga membantu untuk mengekalkan hormon yang lebih seimbang. Sebab hormon yang bercelaru akan membuatkan fungsi organ dan sel di dalam tubuh badan kita akan tergangggu.

 

2. Omega Guard

Omega Guard merupakan supplement yang sangat bagus untuk mengurangkan radang kulit. Apabila kita kerap penat dan kerap tidur lewat menjadikan badan mengalami keradangan.

Dan bila radang, itulah yang membuatkan kulit tidak bermaya, proses penuaan cepat berlaku dan jerawat semakin meriah.

Dan dengan pengambilan omegaguard akan membantu meredakan keradangan pada kulit dan sekaligus mmbantu untuk mengecutkan jerawat dengan lebih cepat dan efektif.

 

3. OsteNutrix

Dalam OsteNutrix terdapat vitamin D yang mana badan tak boleh menghasikan vitamin D dengan sendirinya.

Nak berjemur kadangkala tak sempat. Dan dengan lapisan ozon yang semakin menipis membuatkan sinaran UVA dan UVB yang membuatkan kulit lebih cepat tua dan dikhuatiri makin banyak pula jeragat dan penyakit kulit yang datang.

Nak dapat dari mana vitamin D ini? Boleh dapat dalam OsteNutrix.

Malah jika kita amalkan OsteNutrix ni, akan membantu membekalkan kalsium yang mencukupi kepada tubuh badan. Kajian menunjukkan wanita ni lebih mudah terkena osteoporiosis kerana kekurangan hormon estrogen yang berkadar langsung dengan umur.

Jadi apabila mengamalkan OsteNutrix, bukan sahaja bermanfaat untuk kulit, malah membantu memberikan kesihatan dan ketumpatan tulang yang lebih baik.

 

4. Multivitamin Vita-lize

Multivitamin merupakan basis dan keperluan asas untuk kesihatan tubuh badan.

Sebab itu kita digalakkan untuk melengkapkan diri dengan multivitamin terlebih dahulu sebelum amalkan supplement yang lain. Ini kerana multvitamin merupakan ibu kepada keperluan tubuh badan.

Dan fakta menunjukkan bahawa supplement pertama yang wujud di dalam dunia supplement ialah multivitamin iaitu Vita-lea (nama lama) yang dihasilkan oleh Dr Forrest C. Shaklee. Dan telah dikenali dengan nama Vita-Lize sekarang.

Dan dengan wujudnya multivitamin ini telah membuka peluang kepada syarikat lain untuk mengeluarkan produk multivitamin mengikut formulasi dan jenama masing-masing.

 

Dan vitamin yang terakhir sekali ialah

 

5. Vivix

Ini adalah satu suplement yang Aini kategorikan sebagai supplement yang paling terbaik (dengan izin Allah) yang banyak mmbantu mengekalkan keremajaan kulit dan membaikpulih struktur organ kita dari akar iaitu peringkat sel lagi.

Sebab itu ramai yang mengambil dan menjadikan vivix sebagai rutin keperluan harian telah merasai perubahan diri dari segi tenaga, fizikal dan dalaman yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Malah ramai yang mengamalkan Vivix mempunyai kesihatan kulit wajah yang lebih sihat dan awet muda.

 

Sempena bulan merdeka ini, boleh dapatkan VITAMIN UNTUK WANITA iaitu GLA dan Vivix dengan harga jimat kaw kaw. Jom dapatkan produk ini dengan harga rahmah.

Nak dapatkan vitamin-vitamin ini atau supplement yang sesuai dengan masalah kulit anda, boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *