Kata-Kata Motivasi Ketika Hadapi Masalah | Aini Salleh

Antara banyak KATA-KATA MOTIVASI, ini adalah salah satu yang Aini selalu remind diri sendiri. Nak kata tazkirah, takdelah sangat. Tapi as reminder pun ya juga.

Nak tau apa dia? Bacalah entry ini sampai habis.

 

Setiap dari kita ada masalahnya. Yang penting tangani masalah dengan beristighfar dan bertenang. InsyaAllah pasti akan jumpa jalan penyelesaiannya.

 

Setiap dari kita ada masalah masing-masing. Kadangkala buntu mencari penyelesaian.

Sebab itu kita diajar untuk kembali semula kepada Allah. Kerana dalam setiap permasalahan ada penyelesaiannya.

Jika kita tukar sudut sisi pandang kita, kita akan kembalikan semula segala masalah dan keserabutan itu kembali kepada Allah.

Kenapa masalah ini jadi? Dari sudut duniawi, kita boleh tafsirkan mungkin kerana modal, produk kurang berkualiti, kurang sambutan dan sebagainya.

Tapi dari segi akhiratnya, mungkin kita kurang meminta kepada Allah. Mungkin kurang bersyukur atau mungkin kurang berdoa kepadanya.

Allah yang mendatangkan masalah, jadi Allah jugalah yang mempunyai penyelesaiannya.

Sebab itu kita diminta untuk lebih mendekatiNya dengan membaca Al-Quran, beristighfar, berzikir kepadaNya.

Dan inilah kunci utama kepada segala masalah yang berlaku. Iaitu beristighfar, berzikir dan tenangkan seketika dengan berwuduk, solat sunat dan membaca Quran. Ini yang diajarkan kepada kita oleh Nabi kita.

Dengan hati yang tenang dan minda yang lapang, kita akan lebih rasional dan lebih tenang dalam menangani masalah dan memikirkan penyelesaiannya.

Jangan biarkan nafsu menguasai diri dan biarkan diri dikuasai sifat buruk yang menelan diri dan yang boleh membuatkan diri menyesal di kemudian hari.

Kuncinya adalah istighfar, tenangkan diri.

InsyaAllah setiap masalah boleh diselesaikan. Yakinlah 😊

 

#MMoTDAiniSalleh

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *