3 Cara Kekal Produktif Apabila Bekerja Dari Rumah | Aini Salleh

Pada Mac 2020 yang lalu telah membawa perubahan besar apabila seluruh negara dilanda Covid-19, dimana kerajaan mengumumkan permulaan norma baharu iaitu bekerja dari rumah.

Dan sejak dari itu, KERJA DARI RUMAH bukan lagi menjadi suatu yang janggal buat penduduk Malaysia, terutamanya yang bekerja di office. Malah, sudah bertahun lamanya peniaga online dan surirumah memulakan bisnes dari rumah dan bekerja dari rumah.

Boleh jadi kerja makan gaji tetapi sepenuh masa boleh remote dari rumah. Atau kerja menguruskan perniagaan sendiri yang ada masa bebas bersama anak isteri di rumah. Jadi definasi setiap orang berbeza-beza.

Cuma yang membezakan dua golongan ini adalah dari segi nature of the work itself.

Macam Aini sendiri, pernah mempunyai pengalaman bekerja di office sebelum ini dan sekarang merupakan sepenuh masa surirumah sambil berbisnes online dari rumah. Disamping itu, as a freelancer yang mengambil job membaca dan menganalisa data research student.

Jadi Aini memang fulltime berada di rumah. Sambil bekerja dari rumah sebagai bisnes owner.

Pada Aini kerja dari rumah memang best tetapi memerlukan disiplin yang sangat tinggi. Sebab itu ada orang yang biasa hidup berkerjaya dan makan gaji, akan memerlukan masa untuk adapt dengan kerjaya sebagai bisnesman/woman. Ini melalui pengalaman Aini sendiri.

Dan ada orang yang mudah adapt dengan situasi. Dan siapa dalam kategori golongan ini insyaAllah akan mudah berjaya walau apa jua cabang yang dipilih.

Ok di sini Aini akan listkan 3 ciri-ciri yang dapat membantu anda untuk menjadi seorang yang lebih produktif sekiranya anda ingin memulakan kerjaya dan KERJA DARI RUMAH.

 

3 cara untuk kekal produktif apabila bekerja dari rumah

1. Disiplin yang tinggi

Bila bekerja sendiri ini, disiplin adalah lebih utama dari motivasi. Sebab motivasi hanya memberi semangat pada ketika itu dan jika tiada tindakan, lama-kelamaan akan luntur semangat itu. Tetapi jika adanya disiplin insyaAllah akan lebih berjaya.

Sebab dengan disiplin itulah yang menjadi pemangkin untuk usaha yang lebih baik.

 

2. Tidak bertangguh

Ini pun terkait dengan disiplin. Sebab bila tiada disiplin semua kerja akan menjadi satu beban dan akan mula la tangguh kerja.

Dan dari sikap bertangguh inilah yang membawa kepada punca kegagalan.

Punca procastination ini kadangkala berpunca dari kurang fokus dan gangguan persekitaran rumah seperti anak-anak yang menyebabkan kerja tertangguh dan semakin hari semakin banyak kerja yang perlu diselesaikan sehingga terpaksa bekerja sehingga lewat malam.

 

3. Bijak memilih prioriti tugasan kerja

Ini pun menjadi satu ciri yang penting untuk menghasilkan kerja yang berkualiti pada masa yang sepatutnya.

 

Bagaimana cara untuk meningkatkan produktiviti kerja?Bagaimana cara untuk memastikan anda tidak perlu bekerja lebih masa sehingga terpaksa mengorbankan waktu malam dan hujung minggu?

Terdapat banyak tips yang dikongsikan diluar sana tetapi terdapat dua tips yang pada Aini sangat berkesan yang mana Aini juga amalkan dan berkesan untuk settlekan kerja on time.

Di sini ada dua tips yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian

1. Teknik Pomodoro

Sejarah – dicipta oleh Cirillo, seorang pelajar universiti ada tahun 1980 untuk mengekalkan produktiviti dalam kerja seharian beliau

Steps:

  • Senaraikan tugas yang ingin dilakukan dan tetapkan penggera (timer)
  • Tetapkan timer selama 25 minit dan fokus satu tugasan dalam satu masa sehingga timer berbunyi
  • Rehat selama 5 minit
  • Ulang langkah 2-3 sehingga 3-4 kali
  • Selepas habis 4 pusingan, ambil masa untuk berehat dalam tempoh 15-20 minit sebelum melakukan tugasan seterusnya.

Kelebihan:

Membantu menjaga kesihatan mata dari melihat sreeen terlalu lama. Dalam tempoh rehat selama 5 minit ini boleh diisi dengan melakukan regangan dan rehatkan mata dengan melihat objek yang jauh.

Tips:

  • Lakukan satu kerja dalam satu masa.
  • Sekiranya memerlukan masa yang lebih panjang untuk melakukan task, pecahkan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil.

 

2. Kaedah Ivy Lee

Sejarah – dipelopori oleh Ivy Lee, seorang konsultan yang membantu CEO Bethelehem Steel meningkatkan tahap kecekapan pekerja di dalam syarikat beliau iaitu Bethlehem Steel Corporation pada tahun 1918.

Steps:

  • Listkan enam tugas penting yang perlu disiapkan pada keesokan harinya setiap hari sebelum tamat waktu kerja.
  • Susun tugasan tersebut mengikut prioriti/kepentingan
  • Pada keesokan harinya, siapkan kesemua 6 tugasan itu mengikut list yang telah dilakukan pada hari sebelumnya. Tugasan ini perlu diselesaikan sebelum beralih ke tugas yang lain.
  • Ulang sehingga tugas ke 6.
  • Jika masih ada tugasan yang belum diselesaikan, masukkan ke dalam list untuk hari esok.

Kelebihan:

Tugasan yang dilakukan akan berjaya disiapkan mengikut prioriti yang telah dilakukan diawal sebelum memulakan tugas.

Walaupun masa yang diambil panjang tetapi kerja tetap boleh diselesaikan

Tips:

Susun dan pecahkan list kepada beberapa subtopik untuk mengelakkan masa melakukan satu kerja itu menjadi lebih panjang.

 

Dalam apa jua yang kita lakukan, carilah keseimbangan antara kerja, kehidupan dan famili. Tips ini mmbantu anda untuk menyiapkan kerja lebih pantas agar dapat mengisi masa bersama keluarga.

Selain itu, jaga kesihatan kerana badan yang sihat akan membantu kerja lebih produktif dan lebih baik. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

Jika diberi pilihan Aini memang lebih prefer untuk bekerja dari rumah. Ini kerana Aini suka melihat anak membesar di depan mata. Selain itu, Aini ada kebebasan masa tersendiri untuk menguruskan keluarga.

Di mana Aini boleh mengutamakan keluarga lebih dari segalanya. Pada Aini, inilah masanya untuk berbakti kepada kedua ibu bapa dalam usia mereka yang telah meningkat ini.

Aini nak bahagiakan ibu bapa Aini sebab itu Aini memilih untuk berbisnes. Sebab dengan keadaan makan gaji, Aini belum mampu untuk memenuhi impian Aini untuk hadiahkan kereta dan hadiahkan percutian istimewa buat mereka.

Suami Aini sendiri cakap kalau Aini nak memberi lebih kepada parent dan adik-beradik, bisnes adalah the best option untuk ada duit lebih dan mampu untuk buat saving dan memberi lebih kepada parent dan family yang lain.

Salah satu kerjaya yang memberi kepuasan tinggi adalah kerjaya yang mana anda memiliki masa yang lebih fleksibe. Boleh kerja di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Antaranya ialah dengan melakukan bisnes online dari rumah.

Nak tahu keistimewaan dan kelebihan yang akan dapat apabila join bisnes ini boleh whatsapp Aini di < 012 399 0287 >

 

Rujukan:

The Pomodoro technique https://todoist.com/productivity-methods/pomodoro-technique

The Ivy Le method: The Daily Routine Experts Recommend for peak productiviti http://jamesclear.com/ivy-lee

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *