11 Sebab Wajib Join Bisnes Online Terbaik di Malaysia | Aini Salleh

Sejujurnya dulu Aini tak pernah terfikir akan terjebak dengan bisnes online ini. Mungkin sebab tak tahu dan tak pernah terlintas nak berbisnes. Sebab dalam otak dah tanam nak kerja makan gaji sahaja. 

Tetapi sekarang dan dengan kondisi yang mendesak, bisnes online dah menjadi wajib untuk Aini mula dan buat. Sebab Aini ada keinginan besar nak balas jasa parent Aini dengan hadiahkan mereka kereta, tiket melancong dan boleh hadiahkan mereka wang setiap bulan.

Dan dalam masa yang sama nak bantu kakak-kakak dan abang dari segi kewangan. Dan bantu suami dalam perbelanjaan keluarga disamping untuk simpanan di masa akan datang.

Sebenarnya yang paling mendesak Aini untuk berusaha mulakan bisnes online ini ialah atas faktor kewangan diri sendiri. Aini perlukan duit untuk bantu diri sendiri.

Jika diri sendiri tiada duit simpanan, bagaimana ingin bantu orang lain. Betul ke betul?

Jadi semuanya bermula dengan diri sendiri, bantu diri terlebih dahulu. Kemudian barulah boleh bantu orang lain. Dan sebab ini jugalah Aini memilih bisnes online Shaklee.

 

Titik perubahan

Sebelum ini Aini tak pernah try mana-mana bisnes online. Dan Shaklee adalah yang pertama. Kalau ikutkan Aini ada juga join bisnes lain tetapi semua tak menjadi. Dan dulu kan mana ada bisnes online, so melalui offline dan edar flyers sahaja. 

Diawalnya Aini hanya mengambil supplement Shaklee untuk diri sendiri dan untuk bantu mak yang tak boleh berjalan akibat dari lutut yang bermasalah. 

Tetapi setelah melihat perubahan mak, dari tidak boleh berjalan, solat di atas kerusi dan tidak boleh nak lipat lutut, akhirnya dah boleh berjalan dan solat seperti biasa sehingga ke hari ini.

Dulu nak naik tangga pun tak boleh. Tetapi sekarang sehari naik tangga berkali-kali. Dah tak mengadu sakit lagi. Alhamdulillah.

Dan inilah menjadi titik tolak Aini untuk memulakan bisnes online ini. Sebab ianya berkesan dan memberi kesihatan yang baik kepada orang yang Aini sayang. 

Selain dari sebab ini, ada banyak lagi sebab yang membuatkan Aini boleh jatuh cinta dengan bisnes online Shaklee ini. Nak tau kenalah baca sampai habis.

 

Kenapa mesti bisnes online Shaklee? 
Kenapa bukan produk lain?
Kenapa bukan jual baju, tudung atau aksesories?

 

Ok sebabnya ialah

1. Evergreen

Sentiasa in trend, tak bermusim. Evergreen sepanjang tahun. Produk kesihatan sentiasa ada permintaan sebab kat luar sana ramai yang dah aware untuk lebih mnjaga kesihatan. Dan ramai yang aware kepentingan supplement untuk topup jurang nutrisi.

Dan sentiasa ada yang sakit, yang ingin tingkatkan tahap kesihatan diri, dan macam-macam lagi masalah kesihatan yang tak pernah habis. Klinik dan hospital pun tak pernah kosong dari terima patient. Kan?

 

2. Produk yang superb

Produk Shaklee adalah produk yang tertumpu kepada wellness semata-mata. Dengan ini, produk yang dihasilkan akan lebih berkualiti kerana tumpuan hanya pada produk yang terkait dengan kesihatan secara menyeluruh.

Sebab itu sebelum masuk dalam marketing, produk Shaklee akan dijalankan ujikaji terlebih dahulu bagi memastikan produk itu betul-betul selamat, berkesan dan terbukti membantu memberi kesihatan yang lebih baik untuk tubuh badan dalam jangka masa panjang.

Yang ini Aini akan ulas lebih lanjut dalam entry yang akan datang.

 

3. Sistem yang mantap

Shaklee telah menyediakan bisnes plan yang kukuh dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada distributor-nya. Walaupun kita hanya sebagai dropship, tetapi bonus boleh mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Malah boleh mencecah ratusan ribu ringgit sebulan. Ini bonus untuk sebulan ya. 

Kalau ikutkan tak logikkan seorang dropship boleh dapat bonus macam CEO. Tetapi percayalah.

Dan ini pun diakui oleh presiden baru Shaklee yang baru dilantik untuk cycle 2023/2024 ini. Sampai dia pun terkejut bahawa Shaklee tidak pernah culas untuk bayar bonus distributornya setiap bulan walaupun ketika ekonomi tengah gawat atau sepanjang PKP yang lepas. 

 

4. Convenient 

Semua online je. Nak order? 5 minit dah setel. Walaupun sebagai dropship, tetapi segala sistem untuk bisnes online Shaklee ini adalah yang paling tercanggih dan terkini. Once order masuk, kita akan terus key in pembelian ke dalam sistem.

Dan semua proses pembungkusan dan pengeposan akan diuruskan oleh pihak Shaklee. Malah sebarang masalah dari kerosakan, masalah penghantaran dan jaminan adalah dibawah tanggungjawab syarikat. 

So kita tak perlu risau.

 

5. Tak perlu modal

Yes, kita tak perlukan modal untuk membeli produk. Ianya berkonsepkan dropship, jadi tak perlu nak buat stok.

Kita akan order melalui duit yang customer bayar dan tanpa mngeluarkan duit kita sedikitpun. Jadi kita pun tidak akan mengalami sebarang kerugian. 

Haa best kan.

 

6. Tak perlu sewa kedai

Ini adalah yang paling best dan memudahkan kerana kita tidak perlu sewa kedai. Malah kita boleh menjual hanya dari rumah. Sebab kita tak perlukan ruang yang besar untuk berbisnes online especially bila menjadi distributor Shaklee. 

Semuanya dihujung jari sahaja. Yang diperlukan ialah handphone dan internet. Mudahkan.  

 

7. Tak perlu upah pekerja

Ini pun sama. Kita tidak perlu nak gajikan pekerja untuk uruskan stok, pembungkusan dan pengeposan. Terutamanya bagi yang baru mula bisnes online Shaklee ini. 

Kita hanya perlu menjual secara online dan tidak perlu memikirkan urusan pekerja atau peningkan kepala mencari pekerja.

 

8. Coaching disediakan secara free

Ok, ini specialnya bila join bisnes online Shaklee ini. Sebab setiap kelas dan coaching akan diberikan secara percuma. Malah akan di bantu dari A-to-Z. 

Sebab itu walaupun bermula dengan zero dan tiada pengalaman berbisnes, tetapi kita masih boleh buat bisnes Shaklee ini. Malah ramai yang dah buktikan bahawa walaupun tiada ilmu berbisnes, tetapi tetap boleh berjaya dengan bisnes Shaklee ini.

Segala bahan berkaitan marketing, cara nak mulakan bisnes telah disediakan. Tinggal nak buat sahaja. Best kan

 

9. Keuntungan lumayan

Ok ini yang Aini tak sabar nak cerita. Bila buat bisnes Shaklee ini, duit akan masuk melalui dua sumber iaitu hasil jualan produk dan juga bonus bulanan. 

Inilah bezanya dropship Shaklee berbanding yang lain. Sebab itu Shaklee ialah bisnes online yang terbaik di Malaysia.

 

10. Pakej perlancongan 5 bintang

Semua orang suka melancong. Tetapi bila nak pergi melancong, kena keluarkan duit sendiri. Duit hotel, duit belanja, duit kapal terbang atau duit minyak. Tetapi dengan Shaklee, 100% akan diberikan kepada kita.

Duit poket dapat, hotep penginapan pun dapat. Yang paling best, tiket kapal terbang dan bagasi pun diberikan. Tinggal kita hanya sediakan keperluan diri sahaja. Boleh juga bawa family sekali yang mana kos mereka pun akan ditanggung oleh Shaklee.

Bagaimana kalau tak dapat pergi? Haaa kalau tak dapat pergi, Shaklee akan tukarkan tiket itu kepada cash-in-lieu. Dan Shaklee tidak sedikitpun akan ambil bahagian kita.

Kerana ini adalah dari Shaklee untuk kita yang menjadi ajen di bawah company mereka. Jadi yang untungnya adalah kita. Kerana setiap tiket itu cecah RM7,000 dan RM20,000 untuk satu tiket. Kalau kita layak dua tiga tiket, darabkan sahaja. Banyakkan.

 

11. Car bonus

Ok last sekali ialah car bonus. Dan car bonus ini diberi dalam bentuk cash masuk akaun. Bermula dari RM520 dan tiada had. 

Dan dengan cash ini, ingin berbelanja selain dari kereta pun boleh. Ada yang menggunakan duit ini untuk membeli rumah atau boleh juga membayar segala keperluan lain. 

Dan car bonus ini adalah selamanya akan dimasukkan ke dalam akaun kita selagi kita berbisnes bersama Shaklee. Untungkan.

 

Ok ini adalah antara 11 sebab kenapa BISNES ONLINE terbaik di Malysia ialah bisnes Shaklee. Ada banyak lagi yang bestnya dengan bisnes Shaklee ini. Nanti Aini akan share lagi dalam next entry ya. 

Nak jadi bisnes partner Aini? Jom join Aini dan Impeeyan Academy. Whatsapp Aini di sini < 012 399 0287 >

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *