Tips Travel Yang Jimat Masa, Duit dan Enjoy Sepanjang Perjalanan | Aini Salleh

Bila cakap pasal nak pergi bercuti, lain orang lain ragamnya. Ada yang jenis on the spot, ada yang jenis well-prepared. Dan Aini dan husband dalam kategori yang well-prepared berbanding dengan adik-beradik Aini yang lain, yang suka buat perancangan last minit dan on the spot.

Tetapi bila dalam keadaan keluarga macam ni, Aini pun memang dah prepared juga dari segi mental dan emosi. Kita layankan je. Sebab checklist untuk traveling sentiasa ada. So takdelah kelam kabut.

Bila nak travel, benda yang paling penting ialah rancang perjalanan dan barang yang ingin dibawa agar tiada barang-barang penting yang tertinggal. Barulah boleh enjoy every moment ketika traveling.

So dalam entry ini Aini akan share-kan TIPS TRAVEL dan cara Aini arrange dan handle everything dari sebelum pergi trip sehinggalah balik semula dari trip.

Aini akan bahagikan kepada 3 bahagian. Nak tau, kenalah baca sampai habis.

 

Tips travel enjoy sepanjang perjalanan sambil jimat masa dan duit.

Antara tips travel yang Aini biasa buat sepanjang Aini travel bersama family ialah

 

SEBELUM:

1. Buat checklist barang, bahagikan siap-siap kepada beberapa bahagian seperti

  • Toilettories seperti sabun mandi, shampoo, berus dan ubat gigi
  • Barang electrik sepeti extension dan charger
  • Kelengkapan dari atas sampai bawah untuk barang anak-anak, suami dan diri sendiri
  • Tisu kering dan basah
  • Towel yang mudah kering dan ringan
  • Socks jika cuaca sejuk di waktu malam

2. Survey tempat menarik yang ingin dilawati. Tak boleh la pergi takde plan kan. Kang terkapai-kapai tak tahu nak ke mana. End up wasting time and energy je. Lagi-lagi bila stuck dengan jem.

3. Kirakan kos perbelanjaan kasar dari segi tiket flight, minyak dan makan sepanjang perjalanan. Buat budget untuk elak terlebih belanja

  • Untuk kos penginapan – boleh search di AirBnB untuk homestay yang selesa. Actually kos stay untuk homestay lebih murah berbanding di hotel. Especially untuk yang ada anak-anak ramai. Jimat pun jimat
  • Untuk flight, search di private window (browser mozilla firefox) atau new ignito window (chrome) atau apps (AirAsia atau Malaysia Airlines). Sebab ada travel website akan naikkan harga bila anda membuat carian yang sama di laman web mereka sebelum ini.

4. Extra copies passport and document penting – ini penting sekiranya kita bercuti di luar negara. Sebagai langkah kselamatan.

5. Bawa lock – in case nak tinggalkan barang berharga di dalam bilik hotel. Ini sekiranya kita tinggal dalam tempoh yang lama, dan nak panggil room service untuk kemaskan bilik sewaktu kita tiada.

6. Bawa extra plastik untuk bungkus baju kotor – ok ini pun kena prepare juga. Takdelah nanti kita nak campur baju kotor dan yang belum pakai kan.

Boleh juga bawa vacuum beg akan menjimatkan space. Tetapi kena ingat, bila masukkan barang dalam vacuum beg, luggage akan mempunyai space yang banyak dan mnjadikan beg lebih berat.

So nak kata ini pilihan bijak, ia bergantung kepada ke mana anda travel. Jika menaiki flight dikhuatiri overlimit pulak dan lagi-lagi beg dibaling-baling boleh pecah. Unless travel menaiki kereta sendiri yang mana kita nak jimatkan space di dalam kereta.

7. Suppement dan ubatan – bagi yang ada anak-anak kecil, preparation sentiasa ada. Kadangkala penat dan perubahan cuaca yang menjadi faktor masalah kesihatan sepanjang trip. So be prepared.

Semua nak travel dengan enjoy sepanjang travel, dan tiada siapa yang nak habiskan masa stay di hotel sahaja.

Untuk diri sendiri dan family, Aini sentiasa sediakan supplement utama seperti vitamin C, Omegaguard, Alfalfa, Vivix/ResV untuk kekalkan kesihatan yang baik dan kekal bertenaga sepanjang perjalanan.

8. Last but not least, kemas rumah terlebih dahulu sebelum keluar. Ramai yang terlupa berkaitan hal ini.

Macam Aini sendiri memang tak suka nak tinggalkan rumah dalam keadaan bersepah bila keluar rumah. Tak kiralah pergi trip lama atau sekejap. Walaupun balik kampung dua hari.

Sebab Aini akan rasa lebih tenang bila tinggalkan rumah dalam keadaan kemas dan bila balik tengok rumah bersih sahaja. Senang hati dan kepala tak serabut.

Lagi satu, kita tak tahu apa akan jadi, boleh jadi tiba-tiba ada tetamu nak datang ziarah on the spot, family yang join trip sekali nak tumpang mandi dan solat.

Jadi bila tetamu datang rumah dalam keadaan mengejut dan rumah bersepah, memang tak best la kan. So better prepare for worst scenario.

 

SEMASA:

1. Keluar berjalan bawa yang perlu bukan semua. Bawa wang yang mencukupi, bawa 1 sahaja kad debit / cc. So if anything happen, boleh recover

2. Cara nak jimatkan bateri handphone – set hp ke airplane mode untuk jimat bateri dan caj dengan cepat.

3. Penggunaan maps tanpa internet

  • Google maps boleh digunakan tanpa internet – caranya taip OK MAPS, maps yang sedang anda lihat akan disimpan smartphone anda dan boleh digunakan offfline
  • Atau waze untuk mencari lokasi yang dituju – set terlebih dulu destinasi yang ingin dituju sebelum keluar dari hotel. One dah set destinasi, boleh off wifi dan aktifkan airplane mode.

3. Penggunaan internet

  • Gunakan FourSquare untuk mendapatkan password wifi terdekat yang diberikan diruangan komen

 

SELEPAS:

1. Check setiap ceruk hotel untuk elakkan barang tertinggal

2. Kemaslah bilik dan tempat tinggal sebelum check out. Walaupun kita bayar sepanjang stay di sana, tetapi ini tak bermakna kita perlu tinggalkan bilik dalam keadaan yang bersepah selepas check out.

Ini bukan sahaja terkait dengan sikap, tetapi maruah kita. Ramai yang terlepas pandang bab ini. Tetapi ketahulah, bila kita memudahkan kerja orang, Allah akan memudahkan kerja kita. Bukan itu je, maruah kita pun akan terjaga.

Jika di rumah kita boleh jaga kebersihan, why not di luar juga. Dan ini semua datang dari sikap responsibility and discipline yang kita terapkan dalam diri kita. Dan jangan biarkan orang lain membuka ruang untuk memburukkan diri kita walaupun sewaktu ketiadaan kita.

Ini terkait juga dengan agama yang kita pegang. Ada kisah disebalik ini. Tapi panjang pula. Nanti Aini share dalam next entry.

Apa yang pasti, benda ini nampak remehkan, tetapi besar impaknya.

 

Ok, inilah style Aini bila travel. Dan untuk Aini, TIPS TRAVEL ini memang Aini guna sepanjang Aini dan family pergi bercuti tak kira jarak – dekat atau jauh, dan tak kira berapa lama – sehari atau lebih. So mungkin style anda berbeza. Takpe, as long as kita buat perancangan yang terbaik dan enjoy sepanjang trip.

Mungkin anda boleh share juga style anda dengan Aini di ruang komen untuk sama-sama kita tambahbaik dalam merancang perjalanan kita.

Dan pada yang nak supplement sebagai preparation ketika traveling, boleh direct whatsapp Aini di no ini < 012 399 0287 >

InsyaAllah Aini akan bantu berikan cadangan yang terbaik untuk anda. Jumpa di next entry.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *