PART I TIADA YANG SETANDING DENGAN MU

Ni kisah Orang yang Hebat. Kisah Dr Forrest C. Shaklee

Siapa Dr Forrest ni? Apa yang hebatnya Dr Forrest ni?

Dr Forrest C. Shaklee ni lahir November 1894. Masa lahir, dia tak nangis mcm baby lain. Dia keluar pucat dan biru. Bidan dan doktor dah kalut buat macam-macam nak stimulate pernafasan dia.

Baby Forrest disahkan menghidap TB lung, doktor jangka dia boleh hidup sampai 8 tahun je. Masa tu treatment tak canggih. Forrest ni pulak lahir kat kawasan rumah yang crowded yang memang kawasan yang kotor dan sangat poor hygiene. So biasa orang kena TB memag tak lama hidup, apatah lagi kecik-kecik sejak baby dah kena. Kesian sangat.???

 

Bayangkan sampai ayah dia sendiri dah give up dan seolah-olah tunggu je anaknya mati je, putus harapan ? Tapi Mak dia, yelah kasih Mak kan… Taknak give up. Mak dia tukar pemakanan diorang kepada herba-herba yang ada healing properties. Yang bantu untuk berikan kesihatan yang baik pada anak dia.

 

Akhirnya ayah Forest pun bawak semua diorang anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Kat situ kawasan dia lebih kepada alam semulajadi dengan udara yang segar dan makanan yg fresh.

 

Mak dia terus usaha agar Forrest jadi sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak aktif, tapi maknya sangat positif. Sampailah baby Forrest umur 4 tahun dan boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali! Haa ni kalau korang nak tau, Forrest ni ada delay development. 4 tahun baru boleh berdiri ?

 

PANTANG MAUT SEBELUM AJAL!

Daripada doktor bajet dia hidup sampai 8 tahun je, Forrest elok pulak sampai dapat lalui zaman kanak-kanak dan remaja yang happy? Forrest habiskan waktu membesarnya dengan menjadi seorang pemerhati dan pencinta alam sebab dia memang sukakan alam sekitar.

Masa remaja, dia bebas TB tapi kesihatan masih lagi taklah tiptop macam teenagers lain kan. Forrest usaha lagi untuk jadi lebih sihat. Dia mula bersenam, pastu dia start kaji hubungan antara kesihatan tubuh badan, nutrien, gaya hidup dan pemikiran. Salah satu pegangan dia adalah fikiran positif.

 

Sebab tu kita selalu tengok kalau orang cancer tahap yang sama, yang lebih positif dan kuat semangat biasanya survive lebih lama, kan?

 

Ni bukan overclaim tau?

Forrest sangat minat bidang chiropractic dan bercita-cita mengubati orang ramai dengan bahan-bahan natural. So dia mendalami ilmu chiropractic dan daftar masuk ke Plamer School of Chiropractic dibawah kelolaan B.J Palmer.

Berinspirasikan kisah hidup dia sendiri, Forrest rajin kaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Dan dia tengok dan teliti, majoriti masalah kesihatan berpunca dari masalah samada

1. Kurang nutrisi atau
2. Terlebih makan

 

True enough!

Sampai sekarang mmg banyak penyakit berpunca dari makanan kan?

Ni lah tempat Forrest lahir. Kotor, jijik, poor hygiene. Dan crowded sebab tempat pelombongan?

Masa umur 21 tahun, Forrest cipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan, dan tahun 1915 terhasilnya supplement pertama dunia iaitu Vitalized Minerals. Hasil kajian dan usahasama dengan saintis lain. Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi, Forrest berazam nak tolong orang sakit yang tak mampu datang jumpa dia.

 

Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights (alah dua orang adik-beradik yang cipta kapal terbang tuu)???, Forrest jadi flying doctor pertama di kawasannya. Forrest mula aktif mengubati pesakit dan memastikan pesakitnya mengamalkan diet yang kaya dengan vitamin.

Tapi tapi tapi…waktu klinik dia makin maju dan meriah dengan patient, dia banyak guna xray untuk diagnose patient dia. Masa tu takda baju plumbum yg berat nanang tu. Kira dia takda protection dari x-ray? Dia mula develop ulcer dan burn kat bahu sebelah kiri dan peha sebab terlalu kerap terdedah pada x-ray. Yang ni takpasti cancer kulit atau tulang atau cancer apa. Tak jumpa pulak detail dia.

 

Tapi Forrest pegi jumpa oncologist (masa tu panggil cancer specialist), diagnose sebagai cancer. Pendapat kedua, dia pun pergi confirm diagnosis yang sama. Dan dia dijangka tak akan hidup lama ?

 

Satu lagi fasa kesedihan dalam hidup Forrest. Pakar suggest supaya tangan dan kaki kiri Forrest dipotong untuk elakkan kanser merebak. Tapi Forrest tak setuju, sebab dia masih komited nak rawat pesakit-pesakit dia. Komited nak buat research dan bantu orang lain sihat.

Yelah siapa yang nak kaki dan tangan kudung kan? Dahlah waktu tu dia ada sorang anak, dan isteri dia tengah mengandung anak ke dua. Nak support family lagi.

 

So Forrest ambik keputusan untuk jual kliniknya dan fokus untuk kembali sihat. Dia memang betul-betul percaya dengan fikiran positif dan pemakanan yang sihat. Antara motivasinya sebab dia nak terus berbakti, so pindah balik ke kawasan ladang dan mula dengan regime pemakanan berasaskan herba dan buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yang banyak.

 

Dia hanya ambik buah dan sayur yang fresh dan lengkapkan badan dengan nutrisi yang mencukupi. Masa nilah Forrest buat kombinasi 9 herba untuk detox, terhasillah Herb-Lax.

Tahun 1922, sakit beliau menunjukkan tanda-tanda sembuh setelah setahun mengamalkan gaya hidup sihat dan bergantung pada bahan semulajadi. Masa ni ulcer kat tangan dan kaki dia kering dan sembuh!?

Chiropractic Doctor
Doctor alternative medicine
Tahun 1924, Forrest sihat sepenuhnya dan membuktikan kepentingan nutrisi itu adalah sangat penting untuk penyembuhan.

 

Tapi klinik yang dia pi tu tak percaya dia sembuh semata-mata sebab jaga pemakanan dan suplemen? Aini yang duk buat research macam-macam termasuk research pasal kanser yang Aini pernah terlibat sebelum ni pun susah nak percaya. Tapi tulah, Rasulullah sendiri sebut setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.

 

Ilmu Allah Maha Luas!
Banyak lagi bidang nutrisi yang Aini tak sempat kaji walaupun belajar sepuluh tahun dalam bidang bio-perubatan dan research ni. Tapi takpa, banyak lagi yang Aini nak kena belajar. Yang penting jangan sombong, cari lagi ilmu tu dan banyakkan membaca buku ilmiah. Dan yang Aini pegang sampai sekarang, apa ilmu yang bukan bidang Aini, Aini akan terima dengan terbuka, disamping Aini baca lagi untuk kukuhkan ilmu pengetahuan tu.

Ok sambung cerita. Lepas sihat, Forrest bukak semula klinik, dan klinik dia jadi “first drugless clinic”. Klinik yang pertama tak mengamalkan penggunaan dadah. Dadah ni bukan dadah yang orang duk salah guna kat lorong gelap tu tau. Ni dadah yang digunakan dalam pembuatan ubat sekarang yang dos dia ditahap yang selamat dan tak membuatkan khayal dan ketagih selagi tak disalahgunakan.

 

5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar pulak? dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ dia bukak klinik dan sambung belajar.

Banyak betul ujian mamat Shaklee ni tapi seorang forrest memang tak mengaku kalah! Dah ada TB masa baby pun boleh hidup lama? Masa dia kena cancer tu pun dia cakap kat wife dia:

“I will live. I know I can do it”

 

Memang kuat semangat
Kalau kita klinik ke, kedai makan ke, rumah terbakar mesti down habis kan? Tapi Forrest tak pernah down. Masa tu semua ubat dan perkakas klinik terbakar, kecuali satu buku inspirasi yang bertajuk Little Journeys. Dalam buku tu ada satu quote:

“When all else are destroyed, only the product of the mind exists”

 

Forrest takdenya nak down lama-lama. Terus kembali aktif mengkaji dan menganalisis tentang kepentingan nutrisi. Dia bukak semula klinik yang prescribe formulasi makanan tambahan (supplemen) yang dia buat.

 

Satu demi satu kejayaan Forrest dapat, dan kemudian dia bergabung tenaga dengan anak-anak untuk wujudkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi.

1 April 1956 Shaklee Corporation mula beroperasi menjual produk makanan tambahan. Setiap pelanggan akan diberi pemahaman tentang nutrisi sebelum menjadi pelanggan sbb Dr. Forrest nak semua orang sedar tentang kepentingan nutrisi.

Dia tak jual produk, tapi dia EDUCATE customers. Dia tak fokus rawat penyakit, tapi dia fokus promoting health dan cegah penyakit dengan pemakanan dan gaya hidup sihat?

Dr. Forrest pernah cakap kat anak-anaknya dia:

“We’ll teach some and they’ll teach others”

 

Bermulalah kisah Shaklee mengorak langkah dalam dunia supplemen sampai tercipta pelbagai jenis vitamin untuk kesihatan orang ramai.

Semangat Dr. Forrest masa disahkan menghidap kanser memang perlu dipuji, dia bersemangat waja, yakin setiap penyakit boleh sembuh, dan still jalankan kajian serta penyelidikan walaupun tengah sakit.

Memang Forrest seorang yang cekal, bersemangat tinggi dan tak mudah mengalah. Legasi Forrest sedang diteruskan oleh ramai SID (Shaklee Independent Distributor) di seluruh dunia termasuklah Aini dan team Aini, team IMPEEYAN yang bernaung bawah SAFAR dan D’ Alfatih Empire (DAE).

 

Bayangkan kalau Forrest down lepas klinik terbakar, atau dia mengalah lepas dapat kanser, mesti kita pun tak kenal shaklee hari ni kan? Berkali-kali dicop “takkan hidup lama”, satu sebab TB, lepas tu sebab kanser, TETAPI prinsip Forrest ni pantang maut sebelum ajal?

Forrest meninggal dunia pada usia 91 tahun, kalau zaman ni boleh kata panjang umurlah jugak? cause of death dikatakan sebab jantung. Siapa sangka patient TB dan kanser boleh survive sampai umur 91tahun.

 

Dan usia penuh manfaat pada org ramai

 

Kita yang Islam ni naik malu kalau baca sejarah dia. Sebelum join Shaklee, Aini memang tak tau pun shaklee ni apa? Asal dari mana? Syarikat apa? Siapa ceo? Main join je? Teruk betul Aini ni.

Padahal masa Aini nak sambung belajar pHD ni, Aini memang tanya habis siapa supervisor nya, orang nya macam mana, kerjanya macam mana, research nya macam mana. Semua benda la Aini tanya. Lagi-lagi bila nak teruskan dalam bidang Neurology (otak) ni ? Padahal sebelum tu Aini langsung tak ambik port pun??

 

Korang yang kat luar tu pun mesti macam tu kan. Sebelum masuk kerja kat mana-mana company, mesti study jugak kan siapa ceo, background history syarikat, etc…

 

So Aini harap korang dapat something lepas baca post ni. Jangan setakat baca je ya. Tapi baca sambil fahamkan

Ni baru sikit tau. Nanti Aini sambung Part II pulak ya.